Tukar Theme Lagi

Dalam kenangan

Dalam kenangan

Dua tahun sekali tukar theme. Oklah tu. Invest sikit. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Theme kali ni nampak bersih dan kacak.

Objektif saya tukar ni adalah untuk mendapatkan fungsi Responsive Web Design untuk blog ni. Responsive ni bermaksud kalau buka blog ni dalam apa-apa gadget sekali pun (dari skrin kecil hinggalah besar), rupa blog tetap kacak.

Dulu orang guna plugin mobile device, tapi sebab cara pengaturcaraan dan penulisan code untuk laman web sekarang dah semakin maju, tak perlu dah plugin tu. Blog ni sendiri boleh menyesuaikan diri dengan saiz paparan yang anda gunakan. Canggih!

Saya beli theme ni RM140 je. A small investment untuk penggunaan 2-3 tahun lagi. Nak ajak blogger WordPress lain tukar theme sekali. Buang theme lama yang bukan Responsive. Boleh beli kat ThemeForest sebab kat sini ada lebih daripada 600 theme WordPress.

Suka beli kat sini sebab developer semua bekerja keras untuk hasilkan theme terbaik! Jadi pembeli yang untung sebab theme yang dihasilkan berkualiti tinggi dan banyak features. Lebih 2 bulan jugak la mencari theme baru.

Terima kasih kepada semua yang setia dengan saya =)

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

40 Comments