Tukar Tempat Kerja Dan Kesannya Kepada Permohonan Pinjaman

tukar tempat kerja loan rumah

Saya tertarik dengan status Tuan Azizul Azli berkaitan fenomena lompat kerja. Secara directnya memang saya terlibat dalam fenomena ni. Tahun ni je dah dua kali melompat, silap-silap terlompat lagi sekali sebelum masuk 2015.

Rata-rata golongan SENIOR ni kurang faham masalah gen Y sekarang. Saya terpaksa tekankan perkataan senior tu supaya yang terasa kekal terasa biar betul-betul terasa. Anda tak faham kemelut dan kesusahan fresh graduate zaman sekarang.

Kenapa kena rajin melompat tempat kerja?

Sebab pertama, sebab duit. Gaji. Rata-rata syarikat akan beri 10% kenaikan setahun (kalau bernasib baik berada di syarikat yang betul). Bayangkan kalau gaji RM3,000, apalah sangat kenaikan RM300 tu. Minyak naik 20 sen terus lesap nilai kenaikan tahunan tu. Bila lompat tempat kerja, sekurang-kurangnya kena dapat RM1,000 baru berbaloi.

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Tuan Azizul, melompat dengan kenaikan RM400-RM500. Yang tu memang tak lah strategik sangatlah, kecuali kalau tempat baru tu ada peluang yang lebih besar.

Sebab kedua, jenama. Contoh mudah, antara kereta Proton dengan Honda, mana yang orang ramai akan pilih kalau duit tak menjadi masalah? Of course Honda kan. Sama macam dalam dunia pekerjaan. Kalau dalam resume ada senarai nama-nama MNC berbanding calon lagi satu yang hanya ada nama syarikat tempatan, mana yang lebih diberi keutamaan kalau kedua-dua calon setara? Sudah tentu yang ada pengalaman kerja MNC akan diberi lebih keutamaan.

Untuk career growth (dalam erti kata lain, bekerja untuk cepat jadi boss), dalam resume kena ada jenama dalam industri anda supaya resume dan profail anda laku. Sekurang-kurangnya, bila anda jadi boss, orang lain tak boleh perlekehkan ada sebab ada background daripada nama-nama hebat dalam industri.

Kalau nak masuk dalam alam pekerjaan, kena pegang pada dua sebab ni untuk melompat. Kalau tak sampai bila-bila kita akan berada di takuk lama. Susah nak maju ke hadapan.

Ketiga, peluang. Satu yang positif tentang pembangunan kat Malaysia dan serantau ini ialah kemasukan MNC ke sini secara pukal. Bila MNC masuk, mereka bawa duit banyak dan mampu bayar gaji yang kita minta. Jadi kurang cerdiklah kalau tak ambil inisiatif sendiri buat kajian dan memohon pekerjaan daripada MNC ni. Bila lagi nak dapat peluang macam ni.

Jadi betul ke melompat-lompat ni mengganggu permohonan loan rumah?

Ya, dan tidak.

– Tidak kalau gaji kita besar. Bayangkan macam ni lah, kalau kerja gaji RM5k dengan kerja gaji RM3k, mana lagi senang dapat loan rumah? 3 bulan dah cukup untuk apply loan dan ada syarikat bagi confirmation selepas 3 bulan. Tiada masalah. Itu sebab saya cakap, kalau nak lompat biar berbaloi.

– Ya, kalau mohon pada bank harimau. Saya dengar kalau dah 4-5 bulan kerja dan dah confirm pun bank harimau ni tak nak bagi loan dan reject atas alasan ‘new in employment’, walaupun keseluruhan pengalaman kerja dah 2 tahun . Memang berlagak sikit bank ni. Bank lain takde masalah.

Dua tahun lepas masa saya mula-mula kerja dengan gaji RM2,000 basic dan apply loan untuk rumah kos rendah, saya belum confirm dan hanya minta majikan surat pengesahan bekerja je. Takde masalah. Loan lepas pada cubaan pertama. Cuma sebab gaji rendah je saya terpaksa pledge dalam Fixed Deposit supaya dapat 90% margin.

– Ya, kalau tiap-tiap bulan anda melompat. Tapi macam tak logik je sebulan dua kerja lepas tu tukar kerja.

Jadi kepada yang satu generasi dengan saya, kalau jumpa peluang yang lebih baik, go get it!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments

  • farahisham

    17 November, 2014 at 6:47 pm

    Salam..
    sy juga dri Gen Y..
    sgt stuju dgn Dr Salwa..
    pengalaman sy lompat2 kerja mmg perit..lebih byk contra nya.
    selain xdpt expand n master kn skill..ni juga mngundang mental problem about our value life..
    seperti anjing dgn bayang2..
    tiada compas tiada arah..
    Melihat kpd adik sy yg xpelajaran..mse 1st dye keje di company sbuah kereta brand eropah..
    Dye cuma bdk hingusan..
    xpndai ckp english..
    slalu diherdik oleh senior..
    5 thn keje..sdh naik sales manager..
    ckp english bbuih..
    mse zaman jahiliah dye kt situ..
    Sy tnye knape xberhenti je..
    dye jwb..Allah mrh klw sy putus asa..
    Dlm family dye sorank je yg thp SPM..tpi dye sorank jgk yg dh ade rumah sendiri n pakai camry..
    Dri situ tfikir knape semua org yg hebat2..mesti yg xskolah tinggi..mungkin sbb degree sy xleh lawan semangat dia..
    Dye slalu pesan..
    “Kak stick in one place n learn till u know how to fly high in the sky.

  • Dr Salwa

    1 November, 2014 at 5:41 pm

    Pesanan saya kepada anak lelaki saya sama juga sepertimana seorang ibubapa yang typical ,tiada jalan pintas untuk mencapai absolute kejayaan dalam hidup.Kalau kita bertukar kerja just nak satisfies nafsu rm than kita akan jadi hamba kepada rm itu sendiri.Alasan rm… pendapat saya tidak valid sebab kita ada pilihan lain untuk cari pendapatan tambahan especially young ppl like you all, yang IT literate atau buat part time job.Saya pernah lihat sendiri seorang warga spore yang buat 3 job in a day off course dont force yourself lah.

    Nasihat saya to my son,kerja dgn ikhlas,dont quit your job now,cari pengalaman,berinteraksi dgn manusia dan ,ikut sunah nabi jadi entrepeneur.

    Kata-kata perangsang yang saya beri padanya ialah contoh ,Ali ada 10 gerai burger merata-rata di taman ini,kalau 1 gerai boleh dapat average rm100 sehari than pendapatan kamu ialah rm1000 sehari tolak kos operasi dan bahan you are earning at least rm500 per day which is rm15k per mth average …jauh lebih baik dari lompat sana lompat sin yang penting ada banyak masa utk melakukan suruhan Allah swt.

  • emalinmohd

    1 November, 2014 at 9:50 am

    Tukar tempat kerja bagus untuk career development tapi dengan tempoh masa kerja tempat sebelum ini yang kira agak lama. Kalau 1 tahun dah tukar tempat kerja 2-3 kali mungkin majikan baru akan fikir kita tak loyal. Kurang plak markah

  • Fyda Noh

    1 November, 2014 at 2:04 am

    Saya ni jenis tak boleh kekal lama2 kat sesuatu tempat, cepat boring tapi sebab kami houseman memang sekejap je kat satu dept, rasa tak best sangat sebab baru nak pandai dah masuk dept lain.
    Jadi, bagi saya lebih baik duduk diam kat 1 tempat dan usaha untuk maju.

  • Suriya

    30 October, 2014 at 4:00 pm

    bagus gak lompat kerja nie, senang naik gaji. tapi kalau sebulan dua kerja nak tukar, tu macam ada yang tak kena. biarlah few years. resume pun cantik…

  • Mazni Azmi

    30 October, 2014 at 11:34 am

    Kalau lompat kepada kerja sendiri, lepas jumpa bisnes yang sesuai buat sampai habis.

    Tak sama macam kerja makan gaji.

    Buat bisnes selalu sangat lompat takkan nampak hasillah gayanya

  • akubiomed

    30 October, 2014 at 9:58 am

    Saya pernah jadi panel temuduga ada juga dapat permohonan mereka yang suka melompat-lompat ini. Beberapa kriteria kami tengok betul-betul pemohon tersebut berkelayakkan. Kalau freash graduate kerja tidak sampai setahun sudah melompat mungkin ada peluang untuk diterima kerja atau tidak bergantung. Kalau kerja sedia tidak berkaitan bidang akan dipertimbangkan.

  • Dr Salwa

    29 October, 2014 at 11:10 pm

    Saya termasuk kategori senior seperti yang ariff maksudkan.You see,golongan kami selalu berfikir secara rational dan long term gain bukan sahaja itu malahan working environment,bos baru rakan setugas baru semuanya baru means we have to start all over again.Persoalannya adakah betul tindakan kami lompat lompat kerja.Golongan kami juga selalu ingat memang bukan senang nak faham gen Y,yang hidup dizaman berlumba-lumba dalam semua aspek kehidupan.Kami tidak faham dan tidak akan faham disebabkan pola pemikiran berbeza but whatever yang gen Y lakukan cuba minimise risk sebab walaupun diusia muda ramai yang dah berkahwin dan ada tanggungjawab.Ekonomi keluarga pun kena ambil kira sama.Pinjaman bank tidak susah sebab dimana-mana bank pun serupa ada formula untuk dapatkan client dengan very minimal risk.Formula bank pun mudah boleh beri pinjaman setakat mana kita boleh buktikan mampu membayar on paper.

  • Aida

    29 October, 2014 at 4:04 pm

    Saya tukar-tukar kerja pada mulanya pasal woorking environment dan commitment company.. tanpa disedari saya dapat upgrade position drpd officer ke manager. alhamdulillah rezeki 2014