Tukar Pasangan Setiap Kali Bertukar Fasa Dalam Hidup?

Masa juga mempengaruhi love life kita

Mula kenal perasaan suka ni masa sekolah menengah. Masa tu memang hebat bercinta bagai nak rak. Kalau boleh nak buat satu kisah cinta agung tidak terperi; kisah yang paling hebat di alaf ini. Yeah.. memang kalau baru-baru menjejaki zaman akil baligh ni, hormon tak betul sket. Masa tu cinta adalah segalanya. Dalam takde duit pun sanggup tahan lapar sebab nak beli hadiah untuk awek.

Habis sekolah menengah, ambil haluan masing-masing. Yang rezeki bagus sampaikan dapat scholarship ke luar negara pergilah ke luar negara, yang kurang bernasib baik tu belajar kat institut pengajian tinggi tempatan je. Bila macam ni, bila dah terpisah ikut haluan masing, kisah cinta yang panas tadi mulalah jadi hambar. Tambah-tambah kalau berjauhan, 95% kemungkinan akan putus. Kalu bukan faktor jarak, faktor kemahuan diri masing-masing menjadi sebab utama hubungan tadi terputus.

Di alam universiti, jumpa orang baru. Kenal sana sini. Kalau yang aktif dalam aktiviti persatuan dan kelab ni, lagilah ramai kenalan. Perkara sama berulang, cinta berputik. Bercinta, cuma kali ni mungkin lebih serius. Mungkin jugak time ni dah mula berkena-kenalan dengan ibu bapa pihak si dia. Harapannya yelah, nak bersama sehingga ke akhirnya. Tamat belajar dan mula bekerja maka bermulalah kisah cinta terabai. Awal-awal kerja ni memang demanding sket, nak nak kalau dapat kerja yang ada prospek bagus. Baca kes Cinta Atau Kerjaya

Alam kerjaya ni merupakan fasa terakhir mencari cinta. Yelah, kalau nak tunggu waktu pencen nanti dah lambar sangat. Time tu patutnya dah ada anak. Masa nilah nak cari yang betul-betul berkualiti, yang boleh simpan, pakai dan harap sampai mati. Mungkin senang, mungkin susah. Kalau yang memilih sangat tu silap-silap boleh jadi bujang terlajak atau mungkin andartu. erm.. harap diajauhkan dari itu. Mak bapak pun dah mula mendesak supaya dicarikan menantu. Kalau jenis mak bapak yang belum ada cucu, kalau boleh tiap-tiap bulan telefon tanya dah ada calon ke belum.

Itulah sebenarnya realiti masa kini. Berapa kerat pun yang kekal dengan pasangan sejak high school dulu? 95% kes yang aku dengar tak sampai ke mana. People change. Apabila berubah fasa hidup ni, kemahuan kita berubah. Priority kita pun berubah dari masa ke semasa. Dulu aku tak percaya konsep people change ni, tapi bila dah alami sendiri baru aku faham. Orang cakap takdir, tapi aku tak suka salahkan takdir. Bukan tak percaya, cuma come on la, accept the reality. Benda buruk tu mesti datang daripada diri kita sendiri.

Lagi satu, bercinta zaman sekolah menengah adalah pembaziran. Waste of time and money. Pengalaman yang dapat pun takdelah penting sangat. Jadi elakkan ye ;)

2010/2011 Premium Sponsor


69 thoughts on “Tukar Pasangan Setiap Kali Bertukar Fasa Dalam Hidup?

  1. btol bro..
    aku sokong statement “Lagi satu, bercinta zaman sekolah menengah adalah pembaziran. Waste of time and money. “.
    lebih baik tumpukan blajar je..
    rasenye cume 2% je kot yng boleh kekal.

  2. As Salam

    bile ader pasangan baru..baru muncul fasa baru dalam hidup (ade x???)
    dlm keadaan skrg ni yg dikelilingi dgn org2 yg byk prob ngan pasangan dorg wat org rs b’syukur plak still single ni…
    you will never understand men/women..tiap2 org ader WOW…WAHHHH…OOOO…dorg yg t’sendiri…unik nyer cipta Tuhan ni
    Hanya DIA yg tahu

  3. monyet tak monyet, kalau stat bercinta tu memang tak ingat dunia punya…confirm!

  4. Saya agak pemalu masa sekolah, time matrikulasi hilang malu camne ntah, time ni pernah kne rejek, pernah jadi perampas gak, pernah diminati gak, di universiti lak takla aktif ape2 persatuan ke ape, tapi ramai orang minat, ada gf baru, bercinta lama konon serius last2 single gak sekarang. Apa yang pasti, sekarang rasa lagi matang, dah takde rasa tiap kali tengok perempuan je nak kenal-kenal macam dulu.

  5. hehehe..soklan member2 sy ketika high school…

    tak bosan ker kt dlm cls jumpa, nk rehat jmpa, nk g/balek skola jumpa…
    siang mlm…yela, asyik berkepit jerk…last2 sampai xda derk citer…

  6. kadang2 cinta monyet zaman sekolah ni mmg la buang masa n duit tapi kadang2 kelakar bila nk ingat balik. dulu zaman kat sekolah siap ada pompuan gaduh kat padang sekolah fasal lelaki nama hafizol..haha siap kene lempang la pompuan tu..

    dah masuk zaman university mmg cari awek n pakwe lain la..nampak yg lawa n handsome sikit je nk terus tackle..bila dah dapat megah pulak tu…but some of my lecturer said “korang cari la gf/bf dari sekarang”..because nnt dah kerja x bnyk leisure time nk cari.

    * Pls be honest, trust and loyal to ur partner
    * budak2 local uni. pun ok gak kan?

  7. Saya setuju dengan lizza. Saya belajar kat IPT tempatan je. Kalau nak ikutkan, member- member saya ada ramai je yang belajar oversea tapi bukan sebab dia orang punya SPM tu gempak sangat tapi sebab parents banyak duit hantar diorang. Result SPM kitorang yang belajar di IPT tempatan is better dari diorang yang ditaja Pa & Ma untuk ke oversea sedangkan result SPM tak best mane pun… It’s unfair right?

    • yup. memang camtu la.. adeh. kena rephrase balik ayat tu. Ramai pulak salah faham nanti.

    • betul…sy stuju…tapi mak abah sy pula diorang suruh cari calon sendiri…kalu dah sesuai diorang on je…ni pun susah gak ni…tang nak cari calon 2 yang pening…huhuhu

  8. memang membazir masa untuk belajar… best 2 mmg ar best masa bercinta tapi bnyk pengorbanan yg perlu dilakukan…padahal pengorbanan kita pada masa 2 adalah mengejar ilmu pengetahuan bukan untuk mengenali dan timba pengalaman merasai percintaan…pengalaman boleh ditimba bila tiba waktunya..masa kat bangku sekolah la kita enjoy…lepas ni xleh dah coz bnyk tanggungjawab yg perlu diuruskan termasuklah percintaan…