Tukar Pasangan Setiap Kali Bertukar Fasa Dalam Hidup?

Masa juga mempengaruhi love life kita

Mula kenal perasaan suka ni masa sekolah menengah. Masa tu memang hebat bercinta bagai nak rak. Kalau boleh nak buat satu kisah cinta agung tidak terperi; kisah yang paling hebat di alaf ini. Yeah.. memang kalau baru-baru menjejaki zaman akil baligh ni, hormon tak betul sket. Masa tu cinta adalah segalanya. Dalam takde duit pun sanggup tahan lapar sebab nak beli hadiah untuk awek.

Habis sekolah menengah, ambil haluan masing-masing. Yang rezeki bagus sampaikan dapat scholarship ke luar negara pergilah ke luar negara, yang kurang bernasib baik tu belajar kat institut pengajian tinggi tempatan je. Bila macam ni, bila dah terpisah ikut haluan masing, kisah cinta yang panas tadi mulalah jadi hambar. Tambah-tambah kalau berjauhan, 95% kemungkinan akan putus. Kalu bukan faktor jarak, faktor kemahuan diri masing-masing menjadi sebab utama hubungan tadi terputus.

Di alam universiti, jumpa orang baru. Kenal sana sini. Kalau yang aktif dalam aktiviti persatuan dan kelab ni, lagilah ramai kenalan. Perkara sama berulang, cinta berputik. Bercinta, cuma kali ni mungkin lebih serius. Mungkin jugak time ni dah mula berkena-kenalan dengan ibu bapa pihak si dia. Harapannya yelah, nak bersama sehingga ke akhirnya. Tamat belajar dan mula bekerja maka bermulalah kisah cinta terabai. Awal-awal kerja ni memang demanding sket, nak nak kalau dapat kerja yang ada prospek bagus. Baca kes Cinta Atau Kerjaya

Alam kerjaya ni merupakan fasa terakhir mencari cinta. Yelah, kalau nak tunggu waktu pencen nanti dah lambar sangat. Time tu patutnya dah ada anak. Masa nilah nak cari yang betul-betul berkualiti, yang boleh simpan, pakai dan harap sampai mati. Mungkin senang, mungkin susah. Kalau yang memilih sangat tu silap-silap boleh jadi bujang terlajak atau mungkin andartu. erm.. harap diajauhkan dari itu. Mak bapak pun dah mula mendesak supaya dicarikan menantu. Kalau jenis mak bapak yang belum ada cucu, kalau boleh tiap-tiap bulan telefon tanya dah ada calon ke belum.

Itulah sebenarnya realiti masa kini. Berapa kerat pun yang kekal dengan pasangan sejak high school dulu? 95% kes yang aku dengar tak sampai ke mana. People change. Apabila berubah fasa hidup ni, kemahuan kita berubah. Priority kita pun berubah dari masa ke semasa. Dulu aku tak percaya konsep people change ni, tapi bila dah alami sendiri baru aku faham. Orang cakap takdir, tapi aku tak suka salahkan takdir. Bukan tak percaya, cuma come on la, accept the reality. Benda buruk tu mesti datang daripada diri kita sendiri.

Lagi satu, bercinta zaman sekolah menengah adalah pembaziran. Waste of time and money. Pengalaman yang dapat pun takdelah penting sangat. Jadi elakkan ye ;)

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

69 Comments

  • ARieF

    29 August, 2010 at 5:51 am

    btol bro..
    aku sokong statement “Lagi satu, bercinta zaman sekolah menengah adalah pembaziran. Waste of time and money. “.
    lebih baik tumpukan blajar je..
    rasenye cume 2% je kot yng boleh kekal.

  • orkid

    26 August, 2010 at 8:06 am

    As Salam

    bile ader pasangan baru..baru muncul fasa baru dalam hidup (ade x???)
    dlm keadaan skrg ni yg dikelilingi dgn org2 yg byk prob ngan pasangan dorg wat org rs b’syukur plak still single ni…
    you will never understand men/women..tiap2 org ader WOW…WAHHHH…OOOO…dorg yg t’sendiri…unik nyer cipta Tuhan ni
    Hanya DIA yg tahu

  • Shahiran

    25 August, 2010 at 6:15 am

    Saya agak pemalu masa sekolah, time matrikulasi hilang malu camne ntah, time ni pernah kne rejek, pernah jadi perampas gak, pernah diminati gak, di universiti lak takla aktif ape2 persatuan ke ape, tapi ramai orang minat, ada gf baru, bercinta lama konon serius last2 single gak sekarang. Apa yang pasti, sekarang rasa lagi matang, dah takde rasa tiap kali tengok perempuan je nak kenal-kenal macam dulu.

  • eiffel

    24 August, 2010 at 9:28 am

    hehehe..soklan member2 sy ketika high school…

    tak bosan ker kt dlm cls jumpa, nk rehat jmpa, nk g/balek skola jumpa…
    siang mlm…yela, asyik berkepit jerk…last2 sampai xda derk citer…

  • azurie_zue

    24 August, 2010 at 9:51 pm

    kadang2 cinta monyet zaman sekolah ni mmg la buang masa n duit tapi kadang2 kelakar bila nk ingat balik. dulu zaman kat sekolah siap ada pompuan gaduh kat padang sekolah fasal lelaki nama hafizol..haha siap kene lempang la pompuan tu..

    dah masuk zaman university mmg cari awek n pakwe lain la..nampak yg lawa n handsome sikit je nk terus tackle..bila dah dapat megah pulak tu…but some of my lecturer said “korang cari la gf/bf dari sekarang”..because nnt dah kerja x bnyk leisure time nk cari.

    * Pls be honest, trust and loyal to ur partner
    * budak2 local uni. pun ok gak kan?

  • Irsalina

    24 August, 2010 at 3:28 pm

    Saya setuju dengan lizza. Saya belajar kat IPT tempatan je. Kalau nak ikutkan, member- member saya ada ramai je yang belajar oversea tapi bukan sebab dia orang punya SPM tu gempak sangat tapi sebab parents banyak duit hantar diorang. Result SPM kitorang yang belajar di IPT tempatan is better dari diorang yang ditaja Pa & Ma untuk ke oversea sedangkan result SPM tak best mane pun… It’s unfair right?

    • eba

      24 August, 2010 at 1:33 pm

      betul…sy stuju…tapi mak abah sy pula diorang suruh cari calon sendiri…kalu dah sesuai diorang on je…ni pun susah gak ni…tang nak cari calon 2 yang pening…huhuhu

  • eba

    24 August, 2010 at 12:42 pm

    memang membazir masa untuk belajar… best 2 mmg ar best masa bercinta tapi bnyk pengorbanan yg perlu dilakukan…padahal pengorbanan kita pada masa 2 adalah mengejar ilmu pengetahuan bukan untuk mengenali dan timba pengalaman merasai percintaan…pengalaman boleh ditimba bila tiba waktunya..masa kat bangku sekolah la kita enjoy…lepas ni xleh dah coz bnyk tanggungjawab yg perlu diuruskan termasuklah percintaan…

  • Fina

    24 August, 2010 at 12:20 pm

    hehe..kebanyakannya saya setuju. tapi tak dinafikan ada ramai gak member2 sek yang still lagi bersama.cuma tak kawin je lagi.people change (totally agree!)

  • mr cEro

    24 August, 2010 at 11:28 am

    sebenarnya takde laa buang masa pun..
    dari sudut berbeza, ianya bagi kita pengalaman,
    mengajar kita baik buruk dlm hubungan..
    mana ada org yg terus pakar walaupun skali hbuat sesuatu…

    tp dr segi lain, banyak yg terbazirkan..
    terutamanya wang dan masa..
    so, pandai2 laa bawa diri sndiri..
    kan??

    • ariff

      24 August, 2010 at 12:07 pm

      Terpulang la pada diri sendiri. Pada aku banyak yang terbazir terutamanya dalam bab masa untuk belajar. Kalau tak bercinta, concentrate pada pelajaran mungkin boleh dapat keputusan bagus2 dan dapat peluang belajar kat luar negara. Timba lebih banyak pengalaman.

      Tapi itu pada rasional aku la. Lain orang, lain kemahuan dia.

      • lin

        24 August, 2010 at 12:46 pm

        dulu masa umur masih kurang everything is black & white and x der grey area, x der kompromi after dah terlebih makan garam baru faham people change

  • lizza

    24 August, 2010 at 11:20 am

    Yang belajar bagus dapat peluang ke luar negara, yang kurang tu belajar kat institut pengajian tinggi tempatan je

    maksudnya, bdk2 yg study kat ipt tempatan tak bijak la ek..tak baek…salah ni.

  • Fie

    24 August, 2010 at 10:51 am

    Actually bukan lah waste of time and money…that’s the amount that we had to pay for the experience…all most semua org melaluinya..we must actually appreciate that exp as an added value to our love life…berjaya atau tidak percintaan seseorang tu bukanlah mengikut fasa sebenarnya tapi tepuk dada tanya selera…knp ade yang successful in marriage for these type of couple yg bercinta dr sekolah? Lumrah nya manusia sentiasa berubah dan mudah berubah bila peluang yang ada didepan mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain hanya utk kepentingna diri sendiri….entahlah…

  • princesseryna

    24 August, 2010 at 10:48 am

    hurmm… sume org pernah alami… cinta monyet… cinta palsu… mcm2 gelaran org beri… itu lumrah dlm bercinta….

    tp kn, aku x nak komen psl tuh….

    aku nak bg pendapat aku tentang frasa “Benda buruk tu mesti datang daripada diri kita sendiri”….

    apa yang aku tau… dari kecil aku telah diajar… buruk dan baik itu datangnya dari Allah SWT… dan kita patut menerimanya dengan tabah…. itu namanya qada’ & qadar…

    Memang segala keburukan dan kebaikan itu datangnya dari Allah SWT… dan KITA hanya sebagai pelaksana… repeated.. PELAKSANA…

    Hanya sekadar memberi pendapat…

  • mastura

    24 August, 2010 at 10:32 am

    ye..sokong..bercinta time skolah mmg tak best..nnt kne denda malu je kt makwe..ke pakwe..
    dulu mase nk masuk skolah menengah..mak awal2 dh warning..no abg angkat..kn selalunye start dr abg angkt pastu last2 terangkt..hahaha..ape tak cukup ke dh ade abg kandung..hahaha..aku mmg takut ngn mak aku dr dulu smpai skrg..hehehe..so..aku mmg tak de terjebak part bercinta time skolah ni..aku rase tak cool langsung time tu..hehehe..tp kalo dh jodoh tu mmg kuat mmg lucky la..tp mase kt U dulu..ade la bercinta skit2..tp tak berpnjngn pn..sebab..faktor jarak yg sgt jauh..serta perbezaan mase yg sgt ketara..jarak mase selama 8 jam..bile sorg dh tdo..yg sorg kt sane br bgn tdo..so..cmne nk communicate??..hehe..tp tak de la smpai lautan api snggup aku renangi..mmg crk masalah sndri tu..kne bercinta dgn diri sendri dulu baru boleh nk bercinta dgn org lain..btol tak??

  • skudiver

    24 August, 2010 at 9:16 am

    aah..ak sokong time bercinte mse skola mmg waste time n money…ak dlu xpnh kapel time skola tp pnhla ske kat beberapa mamat kt skola ak…jeles gakla ble kt skola org lain kapel,kite xde lak..rse cm looser pon ade…huhu..tp skang ble pk2 blek bercinte time skola mmg bodohla,xkemane…last2 pts gak…juz nk sronok2 lehla…better cri time study kat ipta..tgk gak sejaoh mne kesetiaan kite ngan psgn kite..klu sorg kt kl n sorg lg kt png pon ssh gak..last2 msg2 bwk haluan sndiri cz xslalu brjmp n xtau ape yg psgn kite wat..tp tgk gak la klu jdh kite kt ctu..ade mmber ak pas abis ipta pon still xde balak lg..huhu…nk tggu time kje ak rse da lmbt sgt cz klula jmp..klu xjmp,andartula jwbnye..bnde ni seyes gak..xkan kite nk dok sorg2 lak..so spe2 yg ade tu sayangila psgn anda seadanya…p/s:nnt wat topic bagaimana nk mempertahankan sesebuah perhubungan=)

  • cik dara

    24 August, 2010 at 9:12 am

    cinta zaman sekolah mmg satu pmbaziran…
    akal msh budak-budak w/pun dh akil baligh,mula2lh katakan..
    kawan2 nk bcinta,nk ikut jugak..

    sekarang ni,teringin nk jumpe kwn2 yg slalu bcinta zmn2 skolah..msti dh jumpe pasangan yg lain dari citarasa dulu2…mcm ariff ckp,nk yg bkualiti,boleh simpan,pakai dan harap sampai mati..hehehe

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:37 am

      Pada saya memang pointless cinta zaman sekolah ni. Orang cakap pengalaman, mungkin ya, tapi kalau yang betul-betul pengalaman ni cinta masa zaman kolej/ipt la. Masa tu bercinta adalah berfikir gak.

  • merpatyputeh

    24 August, 2010 at 8:56 am

    tak semestinya cinta zaman skola x berakhir ke alam perkahwinan.
    ramai juga saya dgr kawan sejak zaman skola, kawen jugak akhirnya.
    even x ramai bertuah.
    ada juga yang x bertahan lama
    itu namanya bukan jodoh la 2.

    itu semua adalah takdir dan ketentuan.
    jika ada jodoh, x kemana jugak 2.

  • zulman

    24 August, 2010 at 8:15 am

    lumrah kehidupan… ada pasang surut dan ada hitam putih… ada awalan ada akhiran.

    Seronok bila mengimbas kembali zaman persekolahan yang tanpa cinta, takut terjerumus dengan alam percintaan, tetapi ada jugak yang cuba2 ambil kesempatan, memang tak boleh nak elak. Cuma, yang nyata hati dan perasaan dalam cinta memang tidak boleh dipaksa… tidak boleh dipaksa..~

  • NoorAfzan

    24 August, 2010 at 7:57 am

    rakan2 saya ramai yang kahwin dengan pasangan masa high school.
    ada la dalam 7-8 pasangan.
    sangatlah kagum dengan mereka.

    saya?
    tak pernah bercinta masa high school.
    dan dah bertunang dengan coursemate time belajar dulu.
    mmg dugaan sikitlah nak jaga hubungan lepas berkerjaya.
    but, u have to.

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:39 am

      Betul. You just have to. Hubungan ni perfect macam mana pun mesti ada dugaan dan ujian dia. Kena sentiasa tabah dalam mempertahankannya.

      • NoorAfzan

        24 August, 2010 at 12:39 pm

        yup, exactly.
        masa zaman high school manalah matang kan.
        sentiasa sahaja nak perhatian dan very manja.
        tapi, bila dah stage berkerjaya, dah matang.
        kenalah pandai menjaga hubungan tu kan.
        huhu~

  • al

    24 August, 2010 at 7:25 am

    hurm…betul..fasa yang sebenarnya sesuai mencari peneman hidup adalah bila dah berada dalam fasa kerjaya..Dalam fasa ni pemikiran dah sedikit matang dan cara hidup dah sedikit stabil.

    Couple time sekolah ni adakalanya berkekalan dan sebaliknya bergantung pada diri masing2.Agak lucu bila melihatkan kawan2 yang dah bercouple bagai nak rak masa zaman belajar akhirnya bukan orang yang sama jadi pasangan akhir hayat.Pelaburan hidup yang agak berisiko dan sia2 bila masih lagi dalam tanggungan mak ayah melepas begitu sahaja..

    Bagi aku istilah “peneman hidup” ni biarlah orang yang sama sekali sehingga akhir hayat,waktu belajar ni gunakan istilah berkawan dengan sesiapa sahaja sambil mencari yang berkenan di hati sebelum melangkah ke alam kerjaya dengan langkah yang seterusnya =)
    *sekadar pendapat…

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:42 am

      Terima kasih atas pendapat.

      Mungkin itulah, bila ibu bapa hantar pergi sekolah, kita pulak sibuk bercinta. Jadi keberkatan tu takde. Bila takde keberkatan tu, macam-macam lah jadinya..

  • Hamli

    24 August, 2010 at 6:11 am

    Betul tuh, people change. Dalam bercinta, yang kita cari sebenar2nya adalah untuk mendirikan rumah tangga. Tapi tak jugak, ada yang bercinta tapi realitinya yang dicari adalah kawan untuk tempat meluahkan masalah. Tapi bila dah berkerjaya, memang patut pun cari jodoh yang betul2 sepadan dan secocok untuk sehidup semati bukan takat dengan si dia, tapi dengan satu family die yang besar…

    Akhirul kalam, semoga bertemu jodoh yang sepadan~~ :))

  • khaizarien

    24 August, 2010 at 5:55 am

    Cinta alam sekolah ada yg kekal ada yg x…ade jugak yg bercinta zaman d universiti tetapi masih jugak x membawak makna….
    ape2 pun terletak pada diri sendiri dan pasangan tu….
    ade yg nk cari awal2 sbb tkut nati yg hebat2 d rembat org..ade yg nk cari lambt2 sbb nak cari yg betul2 punye pasangan….
    tapi yg penting semuanya berbalik pd soal jodoh

  • nursarah

    24 August, 2010 at 5:32 am

    saya bukan lagi budak sekolah, tapi cinta di zaman sekolah masih begitu bermakna buat saya. Amacam? mendalam tak ‘perasaan’?

    lain orang lain jiwanya. but some love stories are short stories. itu kadangkala benar.

  • Lord Zara

    24 August, 2010 at 5:22 am

    *ehem*

    ariff dah mula disinggahi rasa cinta sesama manusia ya? Maksud aku cinta yang mendalam barangkali? Kalau benar, tahniah ya Ariff?

    Dan aku setuju kalau dikatakan cinta sekolah menengah adalah amat membazair kalau tak pandai handle betul2. Yes, sekolah tempat mencari ilmu, tempat struggle for everything, ke arah yang lebih baik, supaya masa depan lebih teratur. No matter ke universiti, kolej ke mana2 lagi, yang penting, dapatkan keputusan terbaik sebagai jaminan mendapat tempat terbaik dalam legasi meneruskan kehidupan.

    :)

    Budak2 sekolah kalau kemaruk sangat nak bercinta, janganlah abaikan belajar. Yes, ramai senior2 aku kawen dgn kawan sekolah menengah masing2, tapi dorang dah sama2 berjaya dah pun. budak2 sekarang, dah la bercinta kat sekolah, bergaduh pasal pakwe/makwe pun kat sekolah.

    tak tau segan, wal hal, maknya yang basuhkan seluar dalam lagi.
    Haish.

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:46 am

      hahahaha… gaduh2 kat sekolah. Memang memalukan. Nasib baiklah aku dulu sekolah berasrama, semua buat sendiri. Jadi faktor ibu bapa tu takdelah berkait sangat (still duit mak bapa kasi).

      Cinta yang mendalam? aaa… takdelah. Entahla.. untuk aku ni susah nak cari. Siapalah yang sudi..

  • wai

    24 August, 2010 at 4:56 am

    dlm hati ade taman dah yea ariff..:P

    rsnya cinta monyet time skolah jarang kekal..tp ade gk la yg kekal tp percentage die tk byk la…

    n sokong gk la time keje ne kdg2 dh jd mcm tekanan bile parents dok push suh kawen esp kalo single lg..

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:51 am

      ish.. ish.. belum lagilah. Cuma sedar benda ni berlaku di mana-mana sahaja.

      Kalau aku, mak aku tak push lagi kot. Dia lagi nak suruh aku kahwin lambat adalah, or at least tolong keluarga dulu. Banyak tanggungjawab anak sulung ni.

  • sweetymui2

    24 August, 2010 at 4:44 am

    ada org cakap….ni org yang cakap ek..
    cari pasangan time study kat uni sebab time keje nanti susah nak dapat yang masih single..ye ke?
    kalau ada jodoh xkan ke mana.hehe.cuma perlu usaha je untuk cari kan kan :)

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:54 am

      Time kerja nanti, mungkin susah la sebab macam aku yang engineer ni, takkan nak cari yang engineer gak kan. Aku sendiri tak nak. Kalau time study ni, bersosial kat tempat study, kurang-kurang aktiviti sosial tu sihat la.

      Time kerja bersosial macam mana? Kalau tak kat tempat karaoke, pub, disko dan tempat-tempat macam tu jadi pilihan. Boleh ke jumpa orang yang boleh pakai dan berguna kat tempat macam tu? Harapan agak tipis la..

  • dian

    24 August, 2010 at 4:30 am

    salam. ariff.. sy nak suakan pendapat..
    sy x setuju klu kate cinta zaman sekolah
    just waste the time n money.. x setuju di ctu..
    abg sy, die bercinta seawal umo 13 tahun..
    skrg die da kawin dgn dat gurl tu
    smpi la da ada anak.. lama tuh dorg kapel.
    time kakak ipa kt u pon,
    abg sy setia. so.. x semua cinta zaman sek
    membazir masa dan duit. kite kena pandai
    mengawal cinta. bukan cinta mengawal kite..

    p/s : neway.. nice entry.. (=

    • ariff

      24 August, 2010 at 11:57 am

      Wow. Hebat. Kalau sejak dari umur 13 tahun tu, alhamdulillah la diorang bertemu jodoh awal. Tak payah pening-pening lagi.

  • nurulbadiah

    24 August, 2010 at 4:18 am

    even kdamg2 cinta di awal2 remaja ni xlebih dari cnta kera je,…tp best la..ade gk kenangan..fikir nk suke ketawa je..
    cinta di usia dah tue skit cam gini..kena lebih komited..da xbleh huhahuha..tp..bercinta mmg best la…bg i la..:P

  • azizan4444

    24 August, 2010 at 3:34 am

    kisah cinta aku mcm ariff kot, tp awek yg dpr ke luar negara.bkn aku..nak setia mmg bole.tp bila rindu, tuhan saje yg tahu.,,aku jgk yang menganggur kat cni..