Travel Tips: Gunakan Emirates Online Check In

Aku benci beratur kat airport panjang-panjang just because nak check in bag. Fed up! Sepanjang 4 kali aku ulang alik Moscow-KL ni, senang je kalau aku nak potong line masa beratur ni; aku check in online. Sekarang ni semua syarikat penerbangan utama ada menyediakan perkhidmatan check in online.

Bila dah check in online, korang tak payah beratur sebab diorang ada bukak satu kaunter khas untuk customer yang dah check in online. Biasanya kaunter tu kosong, sebab ramai tak tahu, lupa dan mungkin tak reti nak gunakan perkhidmatan ni. Mereka lebih selesa untuk beratur panjang-panjang macam pendatang asing tanpa izin yang nak kena deport. Aku kesian tengok diorang..

brought to you by

Kadang-kadang kalau Emirates tau tak ramai yang dah check in online, diorang gabungkan sekali kaunter check in online tu dengan kaunter check in untuk business class.. haha.. Jadi orang yang tak tau ni nampak macam kita ni check in kat business class padahal sama je naik economy class. haha..

Lagi satu advantage kalau check in online ni, boleh tengok seating plan lepas tu pilih seat mana yang best. Aku suka kalau seat double dan seat sebelah tu takde orang. Puas hati. Takde orang kacau. Itu sebab selama aku balik ni, aku tak pernah kisah nak balik ngan sesiapa. Aku plan sorang-sorang, beli tiket sorang-sorang. Ramai-ramai pun kadang-kadang leceh, walaupun murah sikit sebab bayar taxi tu cutting ramai-ramai. Tapi entah.. aku ni memang jenis lone ranger kot. Nak try dapatkan free upgrade to Emirates Business Class. Tak mustahil tapi kena pandai mengayat dan memang ikut nasib. Tengok ah macam mana nanti..

Oh ya.. masa korang baca ni aku dah halfway to Malaysia. ekeke… Esok kalo sape bertembung ngan aku kat Mid or KLCC jangan terkejut lak. Tapi korang tak perasan kot sebab aku potong rambut dulu sebelum sampai rumah.

p.s Kalau sape-sape rajin terutamanya admin page Bloggers Malaysia Facebook, tolonglah share benda ni. Terima kasih~

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

13 Comments