Trafik 1000 Sehari Taklah Susah Pun Sebenarnya

Reading Time: 2 minutes

Entri ni aku fokuskan kepada penulis blog personal.

Bila dah masuk tahun kedua menulis blog dalam bahasa Malaysia ni, aku sedar yang menulis blog ni taklah susah sangat. Apa sebenarnya kriteria kejayaan sebuat blog? Nak kena ada trafik dengan pageview terkumpul sebanyak 31 ย juta macam Blog Serius? Atau nak dapat income RM1000 sebulan?

Aku rasa benda tu semua bukan penanda aras kejayaan sesebuah blog personal.ย Penulis blog peribadi macam aku dan kebanyakan diluar sana patut letakkan aras kejayaan pada kepuasan mereka dalam menulis.

Contohnya, aku sangat ย berpuas hati bila ramai komen cakap mereka dapat memahami dengan lebih mendalam tentang masalah ekonomi Amerika dan kesannya kepada dunia setelah membaca entri yang aku tulis beberapa hari lalu.

Walaupun topik tu memang berat dan aku sendiri pun ambil masa untuk faham, tapi olahan semula dalam entri tersebut telah membantu ramai pembaca lain untuk memahami perkara tersebut.

And that my friend, is priceless. Itu sebenarnya contoh kejayaan yang boleh dikecapi oleh penulis blog personal, bukan trafik dan bukan income. Respon orang lain terhadap entri kita adalah priceless, lebih-lebih lagi kalau mereka dapat poin yang cuba disampaikan.

Ada orang menulis blog sebab mereka terdengar ada blogger siap kena isi borang LHDN tiap-tiap tahun untuk bayar cukai hasil kerjaya menulis blog mereka. Come on la.. Yang dapat macam tu taklah ramai mana pun.

Menulis blog bukan skim cepat kaya. Bila kita melihat blogging sebagai skim cepat kaya atau tempat untuk mencari pendapatan, kita mulalah gopoh nak mengejar trafik 1000 sehari, buffered earning, advertorial dan sebagainya.

Memang ada jenis blog boleh buat duit dengan cepat, tapi bukan blog personal. Blog personal hanyalah untuk kepuasan peribadi untuk menulis tentang sesuatu, meluahkan perasaan, mengarut atau apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai.

Nak dapat 1000 sehari senang je sebenarnya. Dalam setahun dua kalau anda menulis secara konsisten, akan ada pembaca tetap dan kalau entri anda bagus, tak emosional sangat dan tak annoying, aku boleh jamin trafik 1000 sehari tu boleh dicapai. Tapi kalau hari ni buat blog tapi esok nak tengok ada 1000 trafik masuk memang tak dapat la..

Aku tak pernah terfikir dan berhajat pun sebenarnya nak masuk suratkhabar melalui penulisan blog tapi bila peluang datang, kita manfaatkan dan nikmati ia selagi boleh. Yang penting, teruskan menulis dan pastikan anda berpuas hati dengan blog anda.

Write good stuff. Tak semestinya perlu entri berilmiah, entri biasa pun kalau betul cara penyampaian kita orang akan baca.

Blog Abang Ensem adalah salah satu blog personal yang aku selalu masuk. Tujuan dia menulis adalah untuk memperkenalkan tentang dunia hartanah, tips dan selok-belok urusan bank serta benda yang berkaitan tapi cara penyampaian dia memang menghiburkan dan santai. Kalau tak minat nak melabur dalam hartanah pun aku rasa kisah harian dia memang lucu kadang-kadang.

 


Posted

in

by

Comments

104 responses to “Trafik 1000 Sehari Taklah Susah Pun Sebenarnya”

  1. anastasyea Avatar

    Kalau tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Betul tak ? (“,)

  2. zack Avatar

    terbaek….

  3. Sepukul Avatar

    memang entri yang sesuai utk newbie mcm aku nih..orang kata blog ariffsah nih bez..arini baru nak terjah..
    Nah!!memang sempoi n menarik isi kandung dia..

  4. RedBoys Avatar

    apa jenis niche blog sekalipun, yang penting usaha berterusan perlu ada.. jangan mengalah dipertengahan jalan..

  5. hpmurah2u Avatar

    bes entri anda…kene usaha lagi supaya org minat tgk blog kita hari2…

    regards,
    jom tgk hnpon

  6. Sya Isya Avatar

    banyak blog yang bermula dengan blog personal, lepas tu mula dah tak berapa personal bila dah kenal banyak blog lain.

  7. titan Avatar

    emm..isu blog personal ni..dari 3-4 tahun lepas dah ada. Nampaknya masih kekal tegar isu ni.

    Bagi aku, bergantung pada blogger. Apa yang diorang mahu dari blog mereka. Nak duit, usaha kena keras la. Nak suka-suka..terpulang pada mereka.

    Jangan dah dok cuba setahun dua..pastu tak dapat duit sana-sini..masa tu, mulalah salahkan orang lain. Yang tu, mahu kena penyepak baru sedar agaknya..

  8. cEro Avatar

    pergi mana2 blog peribadi, kalau ada entri macam ni, mesti dia akan kata ‘kepuasan diri sendiri adalah utama’, tapi esoknya dia post entri ‘earning Nuffnang kaching kaching kaching..’

    yup, most people, easier said than done…

  9. Faizal Fredley Avatar

    buat blog personal paling susah bagi aku….sebab tu la susah nak berjaya dgn blog personal…

    1. Pacifista - X Avatar

      seronok berblog personal ni bro :D

    2. titan Avatar

      boleh aje. Nak atau tak nak aje..

  10. Lizz Avatar

    update blog please, jangan main game je.hahahahahah!!! ok, guwau jerrrr

  11. ejat_mu89 Avatar

    btol2 ak stuju..
    ak dh lme wat blog ni tp xaktif..
    tp bile tgk ade owg msk bce n comment kat entry kte..
    smangt nk mengarang tu smpai hehehe

    jln cni…

  12. Azueriena norash Avatar

    betul tu usaha kena lebeyyy…hmm nampak nyer bulan puasa nie ramai yg berminat nengok makanan lerrr…betul x?

  13. Piratz Avatar

    Aku rasa cam dah komen dah.. tapi nak komen lagi… haha.. bila trafik dah tinggi ramai yang suka. update hari2. spam sana, spam sini.. tukar wordpress.. pastu bandwidth abes.. haha…

    1. syahrilhafiz Avatar

      pastu niche ko pun terbiaq macam tu ja err..bak sini nak update..haha

  14. haiqal Avatar

    Perghh,mula2 ingat susah tau.Tapi pernah dapat,itu pun aku jenis update sekali sahaja.Cuba update 3-4 kali sehari?mesti boleh.

    Kah kah,ada blogger mana entha update sampai 5-6 kali sehari.Tapi…….

  15. lAl Avatar

    btoi gak.. yg penting penulisan tu bagi ada kualiti sket.. :D

  16. Pojie Avatar

    yup setuju.

    Kadang kadang susah untuk mengekal kan “personal” tu sebab nak keja traffic.

    ;p

  17. Lizz Avatar

    huhhhu. yup,tak susah sangat tapi bukan boleh dapat kalau takat tenung je dashboard blog.hahahaha!! kena usaha. kena belajar.mesti ada tricks.hehehe

  18. dharn Avatar

    Too bad I don’t understand what this says but I do understand the picture. Either of the two routes is good as it all ends with the same ending, haha… I’m gonna share this.

  19. Aizul Avatar

    Usaha Tangga Kejayaan. Itu sahaja.

  20. Adam Roslan Avatar

    Sekarang dah ada mobile blogging, hari hari boleh update :)

  21. puanbee Avatar

    banyak nya komen , habis semua saya baca .. ermm blog saya masih personal walo pun dah selit cerita2 lain , tapi cerita2 lain tu masih yang saya suka nak share kalau tk suka nak share saya tak masukkan dlm blog .. apa pun bak kata kak jie , memang susah juga nak kekalkan prinsip untuk tidak terikut2 trend blogger .. wahaha.. adess susah .. saya dah rasa..

  22. madammondoq Avatar

    macam susah je nak cari blog yg btol2 personal.. kebanyakan nya dah bercampur baur dah..

  23. nik Avatar

    kalau ikut hati nak kejar trafik.entry ke mana trafik ke mana.

  24. nash Avatar

    blog abang ensem?
    nanti aku wusha ek
    hehheee
    btw blog ariffshah ni mst pageviews 1000 sehari kan? :P

  25. HaiDa HiDa Avatar

    hida suka baca blog personal terutama ble blogger bercerita pasal keluarga, teman2 dan juga pelajaran.. hida tak pernah fikirkan traffic ble mula berblog smpai skank.. yg penting kepuasan menulis sbb penulisan adalah hpbi hida.. kebanyakan gmbar pun bersama family dan teman2 seperjuangan.. pernah dapat email dari pembaca menyatakan happy ble baca pengalaman hida bersama keluarga dan teman2.. itulah kepuasan yg hida perolehi..

  26. ct N honey Avatar

    sekarang ni saya buat entry tentang apa saja,sambil study apa kehendak sebenar pembaca yang datang ke blog saya….walaupun kadang2 saya copy&paste tapi saya akan pastikan cerita itu adalah yang terkini…

  27. Izwan Avatar

    quote “hari ni buat blog esok dapat 1000 visit” tu menarik..
    yup,blog boleh buat duit tapi blog personal payah sikit..aku pun rasa camtu..atau mungkin aku yg tak reti monetize blog utk duit..haha

  28. Fyzal Avatar

    Entri ini boleh bagi reset mind setting bloggers supaya berblog dengan tujuan yang betul. yes it is true money can be a good motivating factor. tp kalau duit adalah prioriti teratas, takkan sampai ke sana.

    tidak dapat tidak. aku mesti bersetuju 100% dengan entri ini.

  29. eiela Avatar

    kepuasan tuh best, tulis je apa yang nak ditulis. masalahnya bila bab santai dan personal sikit, diorang lebih banyak jadi pemerhati je.

  30. Zack Hariri Avatar

    yg gua nampak, ada komitmen dan kesungguhan. tak lama blog mcm itu akan arise ke dalam komuniti blogging.

    ah, mcm blog serius. gua cuba godek alexa, first2 gua jumpa adalah blog serius, pakai domain blogspot haha. mmg serius hot.

  31. akubiomed Avatar

    Pemerhatian untuk mendapat trafik lebih mudah dengan gambar dan video di blog. Walaupun komen tidak tinggi mana pun trafik tetap dapat cuma tidak ada rasa sentuhan sahaja.

  32. hana ahmad Avatar

    aku rasa kepuasan tu penting. dan tujuan sebenar kite menulis. income yg kte dapat tu sbnrnye sampingan je. ade rezeki alhamdulillah kan. :)

  33. isza Avatar

    salam,
    akak selalu memilih blog personal untuk dilawati sambil bersantai. Bagi akak.. banyak yang kita boleh belajar dr pengalaman orang lain..

    1. Mus Avatar
      Mus

      biasa blog personal mmmg banyak info yang kita mungkin tak tahu..
      pengalaman orang..

  34. razis Avatar

    tapi sebelum nak mendapat trafik 1000 sehari dengan mudah tu. pasti akan menempuh ranjau dan pelbagai dugaan. At least kena bersusah payah dalam tempoh sebulan dua atau mungkin setahun dua..

    Kalau dalam tempoh ini cepat give up. mmg msk kuburla blog tu. tp takpe, blog dalam kubur boleh korek balik. hehehe

  35. Dida Avatar

    saya mula berblog bila terpengaruh dgn trafik dan menjadikan saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya present utk readers, sampai satu saat saya jadi letih dan malu pada diri sendiri kerana saya tidak rasa keseronokan berblog, sampailah saya ambil keputusan utk berhenti memaksa diri & cuba utk merasai keseronokan sebenar blogging..dan sekarang masih dalam tahap belajar & berseronok berblog.

  36. hazwan Avatar

    betul tu..teruskan usaha..jangan putus asa
    mesti boleh jadi blogger hebat…
    kisah ni boleh jadi motivasi untuk aku jugak

  37. amoi Avatar

    entri biar ikhlas. kalau tulis semata mata kejar traffik baik tak yah.

    =..=

    1. aman Avatar

      betul..betul…betull.. :D

    2. muhammad fakhruddin Avatar

      +100. Kalau ikhlas, apa yang baik kita akan dapat kelak.

    3. Mr.Bintang Avatar

      +1000 setuju hehehe..

  38. Que Avatar

    berbloglah utk kepuasan sndr dan brkongsi ilmu.
    bile kejar trafik n income mule timbul isu copy paste,entri serupa newspaper dan xde kualiti..

  39. reezluv Avatar
    reezluv

    yup..betul tu..memang boleh..tapi setiap blog ada tempoh matangya..mana leh arini buat..esok nak dapat 1000 visitor dah.gile ke ape…ish3..

    mmg seronok dapat tengok peningkatan blog personal..blog aku dulu aku tak kisah pun..baru tahun ni nak meningkatkan lagi reputasi.matlamat dah hampir tercapai..:D

  40. iqbalhakimi Avatar

    menulis secara personal akan mendatangkan kepuasan dalam diri..jangan di banding kepuasan diri kita dengan apa yang kita tengok pada blog orang,tapi belajar untuk lebih baik..

  41. Pacifista - X Avatar

    macam2 alasan blogger berblog ni.semuanya balik kepada individu tu sendiri.kalau baik,baik la ia.kalau rosak,rosak la ia :)

  42. matjoe Avatar

    setuju. hhaahaha komen utk dpt point

    1. ariff Avatar

      hehe.. sila2. orang start redeem dah ni

  43. Kampung traveler Avatar

    Yang bab “menulis secara konsisten” yang ni saya payah skit :)

  44. qimaxx Avatar
    qimaxx

    x susah???
    erkkkk

    1. ariff Avatar

      dalam jangka masa panjang, kalau kita menulis secara konsisten tak mustahil nak dapat.

  45. naimulfirdaus Avatar

    topik yang menarik..

  46. aslam Avatar

    blog abang ensem ngan ariff memang terbaik..

  47. ub3y Avatar

    susah nak tarik loyal readers. tak tahu cara nak menulis yang paling berkesan

  48. KNizam Avatar

    when you monetize your hobby, it’s x fun anymore. hehe :)

    1. ariff Avatar

      +10000. Agree with this.

  49. Kujie Avatar

    Banyak blog yg mendakwa Blog Personal sebenarnya bukan ori personal, bukan , sebab itu kejayaan diukur dgn ranking, trafik atau pun earning.
    Bukan mudah utk terus kekal berprinsip dgn melawan keinginan berada dalam aliran semasa dunia blog.

    P/s – test komen kali kedua

    1. ariff Avatar

      test berjaya.

      Itulah, ramai kadang2 claim nak jadi blog personal sebab nak jadi humble, tapi genre dan cara penyampaian dalam blog semakin lama semakin hilang personal touch dia.

  50. jyundoo Avatar

    menulis dengan ikhlas, dapat manfaat bersama. tu yg terbaik :)

  51. namee Avatar

    sungguh betul. :D saya pun jadi gembira bila ada respond dari orang, itu je dah buat rasa best. kalau nak kejar traffic and $$, kita akan paksa diri kita untuk tulis. end up..rubbish saja. even tak kejar benda2 tu, but still baca-baca dari blogger lain tentang tips blogging.

    thanks. gembira bila blogger famous tulis benda macam ni. semangat.

  52. alex adriana Avatar

    yepz. aku suka org baca blog sebab dia suka baca penulisan seseorang/info/perkongsian yang original.

    mmg satu kepuasan.

  53. megat Avatar

    kepuasan, ya itu yang aku suka dengar. terima kasih atas info berguna untuk semua blogger.

  54. Syazwan Sarawak Avatar

    ayat dah macam iklan MasterCard lak. kekeke

  55. sjiehan Avatar

    betul tu… jatuh bangun kita dalam dunia blog yang membuatkan kita matang dan berjaya utk dapatkan 1k sehari

  56. Bean Moreno Avatar

    aku menulis sebab aku nak share apa yang aku jumpa dan tahu sambil2 ilangkan stress dalam kepala

  57. mamat Avatar

    seronok bila orang suka akan entri kita.. :D

  58. CMRatu Avatar

    thanks atas tip yang sangat baik.. saya akan terus menulis.. setidaknya menjadi diari hidup saya dan keluarga.. :)

  59. afiq aiman Avatar

    tu la, org yg anggap blog sebagai skim cepat kaya mmg salah sama sekali. bukan mudah untu buat duit dgn blog. ada setengah tu just copy paste berita, mmg la trafik banyak tp macam tak best pulak. ada setengah lg pulak sedang membina kepercayaan pembaca blog, kalau dah pembaca percaya, sng nak buat pape, kempen ke apa ke. insha Allah berjaya.

    nak bercakap pasal trafik ni mmg aku pun tak reti sgt sebenarnya, tp berdasarkan apa yg aku lihat, yg selalu dpt trafik tggi ni mereka yg rajin BW. itu yang di Malaysia la. beza dgn blog luar negara. trafik diorg rendah je tp alexa tggi. contoh thinktraffic.net, trafik diorg xdelah sampai 100k sebulan. ada je blog malaysia 100k sebulan tp dr segi trafik yg berkualiti (audiens yg betul) mst lah mng kpd thinktraffic

    1. http://arnamee.blogspot.com/ Avatar

      Setuju. Tapi aritu cuba22 juga apa yang boleh buat ramai datang blog selalu, ialah kita cuba beri apa yang kita sendiri nak cari. Insyaallah.

    2. mamat Avatar

      terbaik la fokus blogger :D

      1. namee Avatar

        mamat power. menyampah.

    3. ariff Avatar

      blog bahasa inggeris dah lain cerita sebab trafik dia satu dunia masuk tu sebab ranking alexa global diorang mantap.

  60. Hisyam Avatar

    Aku dapat visitor blog sehari 200 pun dah ok dah. Lagipun entri blog aku pun ntah ape2, just blog personal tak berapa personal

  61. farra-eng Avatar

    hmmm daku tak ada bakat menulis

    1. ariff Avatar

      tak perlu bakat sangat pun sebenarnya. Just write.

  62. BloggerHowtt Avatar

    Ni nak dapat 100 UV pub susah

  63. nizam ijam Avatar

    happy blogging penting.. :)

  64. Lord Zara Avatar

    Aku menulis sebab aku suka menulis. Dari dulu lagi begitu dan insyaALLAH, mungkin dalam hujung September atau awal Oktober, akan bergerak ke satu tahap lagi.

    :)

    Doakan aku ya Ariff?

    1. ariff Avatar

      wow. Ni mesti nak tulis novel dah. Go go zara! all the best!

  65. kaizen Avatar

    bagi sy seorang student, berblog sbb nak menyatakan pendapat sendiri kalau ade rezeki tang Churp2 & Says tu ade laa…

  66. hazwan Avatar

    as a student, kdg2 x trmampu nk slalu update blog dgn entri berkualiti..

  67. Lompat tikam Avatar

    Camne nak baca blog pasal ekonomi usa yg lepas? Xjumpa archieve pun… huhu…

    1. ariff Avatar

      oh. sebelum ni takde pun cerita pasal tu. Banyak cerita pasal gold.

  68. ekspresiruang Avatar

    sama mcm aku, kepuasan kepada pembaca adalah apabila diorang dpt ilham daripada gmbr yg aku kongsikan di blog. dan lebih puas lg apabila dpt memberi motivasi kpd pembaca dlm mengejar cita2 utk ada rumah yg hebat2 di masa akn dtg :)

  69. aizuddin Avatar

    kalau konsisten, idea pun banyak yang best memang tak mustahil..

  70. iddin Avatar

    yala… yang penting kepuasan dan jangan terlalu meletakkan harapan yang meninggi dalam masa yang singkat

  71. Fakarepain Avatar

    Kena usaha dgn lbh gigih untk mncapai 1000 UV sehari.. huhuh

  72. cik sha Avatar

    betul..menulis biar untuk kepuasan dan ada isi yg cuba disampaikan walaupun santai..tak semestinya nak tulis kena berilmiah yg macam dalm buku..kadang-kadang menulis menceritakan pengalaman hidup pun boleh dikatakan berilmiah jika betul cara penyampaian dan ada pengajaran yg dikongsikan..

  73. gomokpendek Avatar

    betul tu.. macam bila kita baca majalah yang ilmiah dan pembacaannya berat.. berapa kerat lah student nak baca… dengan blog yg semakin popular nih, elok2 student tgh bw boleh juga tambah ilmu… huhuhu~

  74. serol Avatar

    blog abang hensem memang sempoi. santai je cara dia menulis.

  75. aini Avatar

    menulis blog dengan gmbira tanpa bermatlamatkan trafik dan duit feeling dia lain. Dan biasanya bila ada feeling mcam tu, outomatik, trafik dan duit datg sndiri ke blog tnpa diharap…

    1. arnamee Avatar

      Tapi aritu cuba22 juga apa yang boleh buat ramai datang blog selalu, ialah kita cuba beri apa yang kita sendiri nak cari. Insyaallah.

  76. Adib Avatar

    kalau dapat kejar traffic dan mampu mengawal traffic tanpa bantuan SEO, memang hebat..entri pasal ekonomi US tu memang hebat..Tahniah

  77. anis alya Avatar

    yup!!! sangat setuju. menulis untuk kepuasan lebih baik daripada menulis untuk trafik. sebab kalau kejar trafik sangat, apa yang ditulis pun entah2 dicopy mana2 or hasilnya sekadar2 je…

  78. Basri Avatar
    Basri

    Terima Kasih.. Ni yang boleh jadi semangat pada penulis.. tapi susah pada saya yang tak pernah menulis semasa budak2 sehingga umur 40+ ni.. Apa yang saya boleh buat.. bagi semangat kat anak saya!..

  79. topo Avatar

    yup.. bila terlalu kejar trafik dengan income, kemanisan menulis blog tu dah takde dan akan bosan pastu terus terkubur je blog tu hohoho

    1. ariff Avatar

      hohoho.. macam faham je

  80. Idasm Avatar
    Idasm

    Lama x singgah. Harap semua ok. Take care.

    1. naimulfirdaus Avatar

      amin..
      semoga diperkenankan..

  81. syafiqorangmelaka Avatar
    syafiqorangmelaka

    Semuanya terpulang kepada blogger..
    ape sebab mereka blogging..

    klo start aim mmg sbb nk dpt duit..
    tkut frust sbab bukan senang nk dpt trafik tggi
    + dpt duit dlm masa singkat..

  82. aimaniman Avatar
    aimaniman

    hiee.. ye kee… senang? entah laa.. dah penat jari2 ni menulis, tp x pemes2 pun, dah cuba memacam.. tapi x pa.. ibarat kata st nurhaliza pun pemes makan bertaun2 inikan plak sapa2 ntah kan kan… ok nak cr tips lagi…