Top 10 Performance RHB Small Cap Jewels 2013

rhb top jewels

Tadi jumpa client takaful yang berminat tentang pasaran saham. Sambil-sambil sign borang, sempatlah bersembang pasal property investment dan saham. Saya ni nak cakap pakar tu takdelah, tapi kalau setakat nak kongsi pengalaman daripada masa mula main saham dan property sebagai fresh graduate tu bolehlah. Seronok bercerita dengan orang muda yang ada minat yang sama.

Oleh sebab itu, saya sambung sikit lagi cerita pasal saham dalam blog ni.

Kalau dah cukup lama dalam pasaran, anda mungkin akan dengar pasal senarai RHB 30 Small Cap Jewels yang dikeluarkan setiap tahun. Senarai ini merupakan senarai syarikat yang pada analisis dan kajian RHB mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk berkembang dan memberikan pulangan tinggi kepada pelabur.

Senarai macam ni memudahkan pelabur baru sebab RHB dah buat kajian yang mendalam terhadap syarikat-syarikat ini. Biasanya company yang tersenarai di sini akan mengalami kenaikan minimum 10% setahun. Untuk senarai 2013, 50% daripada syarikat yang tersenarai mencapai target ini.

Berdasarkan prestasi daripada Ogos 2013 – Jun 2014, ini adalah top 10 syarikat yang tersenarai berdasarkan prestasi adalah seperti berikut:

top-rhb-small-cap-jewels

Berdasarkan performance top 10 company ni, you get the idea lah syarikat yang tersenarai dalam ni bagus ke tak.

Untuk RHB Top 30 Small Cap Jewels 2014, senarai company dah dimasukkan dalam watchlist ni. From time to time, silalah refer senarai ni untuk prestasi semasa dan mungkin untuk buying opportunity.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

6 Comments