TM High Speed Broadband (HSBB) Malaysia Speed Test – Memang LAJU!!

Haha~ Kali ni aku nak reveal kelajuan sebenar TM High Speed Broadband kat Subang Jaya, Malaysia. Screen shot ni diterima direct daripada sumber, tapi tak boleh la bagitau siapa sumber aku. Dengan kelajuan sebanyak ni, barulah layak kita panggil internet broadband. Nak download apa-apa pun tak payah pening-pening dah.

Laju giler!! Aku teruja dengan kelajuan macam ni. Sedangkan 1 Mbps kat tempat aku ni pun dah cukup ok dah, ni sampai 17 Mbps, memang seronok la. Cuma harga dia.. entah la. Yang tu tak dapat maklumat lak. Tapi yang pasti dengan kelajuan macam ni, kurang-kurang price dia RM150 gak sebulan.

Harap kualiti High Speed Broadband ni takdelah sesampah macam Streamyx dulu.


71 thoughts on “TM High Speed Broadband (HSBB) Malaysia Speed Test – Memang LAJU!!

  1. tadi aku pegi register streamyx. utk 4Mbps pon dah RM160 sebulan. HSBB takkan dapat RM150 lah. hahaha. lagi pon baru beberapa kawasan je yg dah siap install fibre. 24 hari bulan ni dia orang announce harga dan semua.
    .-= Cerita terbaru mrkay.. Aku dan Orange 4 Kay =-.

    • tu kalau direct dan takde cap. biasa akan ada cap, jadi running speed dia lebih kurang 2-3 mbps la kot

  2. Salam arifshah ~saye pelik lah kenapa kat wordpress saye comment luv die tulis “bad juju has happened” tapi kat page anda ok jek tu yang hairan dan bingung

    Tm Highspeed broadband? Wow Batu 3 Shah alam dapat tak agak2? hehe
    .-= Cerita terbaru nizam6281.. SENARAI SCHOLARSHIP & TIPS UNTUK TEMUDUGA SCHOLARSHIP ATAU UNIVERSITI =-.

    • Bad juju tu biasa problem ngan RSS. Tak faham sangat, tapi kalau ada kena pergi comluv.com dan unban url. Tapi saya check tadi ok je.

      Batu 3 shah alam, sebelah2 subang jaya je. Confirm dapat nanti

  3. huh~~ mmg dasyat laju gtu. mmg gelak2 la sedut movies..
    memandangkan kerajaan pun dah wat pendekatan utk perluasan penggunaan tenet ni, moga2 murahla harganya nnt..

  4. aku dulu pakai 1Mbps pown dah 100+..ni 17Mbps mmg aku tak rasa boleh murah la..tapi kalau mahal sangat, tak ada orang nak beli. anyway, rasanya harga tak mahal tak murah la. yang pasti lepasni syarikat laen akan panas punggung dan turut bersaing. speed makin meningkat dan harga makin menurun. untungnya pengguna yang dapat. tapi bukan dalam masa terdekat ni la..haha
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Firefox Tips : Full Page Screenshot Dengan Screengrab =-.

    • Ha.. Biar padan muka telco2 lain ni. Bagus gak, lepas ni Digi, Maxis n Celcom terpaksa la turunkan harga.

  5. streamyx wifi dah agak laju jugak sebenanya nak banding ngan broadband laen2..hsbb xpenah try lagi..mahal..haha
    .-= Cerita terbaru iyllienaz.. bertambah serabut fikiran.. =-.

    • Hm. Dapat HSBB kat rumah aku nanti, memang senang la nak jadi blogger paling friendly kat GB

      • Adeh arif… antara syarat2 blogger friendly kt GB kene highspeed internet connection ae? Hahaha..
        Aku suka statement ni.. baru aku leh tersenyum pg ni..
        .-= Cerita terbaru TycoBlogger.. Manusia Di Dalam Perut Buaya =-.

    • mmg best la.. laju gak… aku baca kat forum2, negara lain ada dah smpai 100mbps…skrg dgr kata Korea Selatan invest lg nak capai 1GBPS. hu hu hu…
      .-= Cerita terbaru TycoBlogger.. Manusia Di Dalam Perut Buaya =-.

      • hm. tak faham apa motif nak laju gila macam tu, tapi internet ni keperluan masa hadapan. Jadi kalau ada negara boleh ada internet paling laju pada harga yang murah, ada advantage la untuk pelabur masuk melabur kat negara tu

    • haha~ Brader Hensem kena optimistik sket. Kita kasi peluang untuk TM buktikan kehebatan HSBB ni dulu.

    • Waa.. best gak. Streamyx WiFi tu camne sebenarnye? Dia ada kawasan je yang ada ke?

  6. aku tak rasa boleh dpt RM150 utk speed macam ni. Tapi kalau dapat, aku tak kesah bayar RM150 utk speed dan service yg bagus. lebih dari berbaloi sebab kerja aku mmg 100% depends pada connection internet. Makin laju internet, makin byk kerja aku boleh buat.

    • Betul2. Setuju sangat. Internet laju memang sangat diperlukan oleh orang2 macam kita

  7. tapi yang sakit hatinya dia buat bukan utk rakyat..tp untuk business jer..penetration utk orang awam hanya kat lembah kelang..orang sana je leh pakai..lembab sangat malaysia ni..tapi speed memang tak boleh agak kalo sampai mcm tu skali..memang rasa macam naik bugatti veyron..
    .-= Cerita terbaru Rokku.. Erkk..Alyah Oh Alyah =-.

    • Well. Dah nama company, kenalah buat business dulu. Tapi in a way bantu rakyat gak sebab kalau untung banyak, dia bayar tax banyak kat government. Duit government adalah duit rakyat la kan. Sepatutnya macam tu la.

      Pasal penetration tempat lain tu.. sedia maklum je la kan. Diorang boleh kasi 1001 alasan pasal ni

  8. bedesup tu.. haha.. pastu aku dapat tau gak kali ni tm tak cap p2p dah.. boleh la donlot torrent sampai lebam.. tapi sure hard disk cpt kong (bkn admin gb tu)..

    • haha. Kaki torrent nih. Kalau kat tempat aku orang yang guna torrent dah kira ketinggalan zaman. Semua nak main Rapidshare ngan Megaupload je

    • pasal billboard aku tak tau lak. Aku kat Russia. Tapi betullah, ni memang direct source. Wohoo~ Laju gile High speed broadband nih

  9. tapi sesampah-sampah streamyx, berjaya jugak download movie, game yg berat2..
    kalau harap P1-W1, maxis, celcom, skrg latest digi broadband…lagilaaaaa sampah masyarakat!

    so saya masih setia dgn streamyx

    • P1 tak tau sangat. Tapi ikut pengalaman wimax ni bagus kalau depan rumah ada tiang pemancar dia. Time tu memang berdesup la internet. Kalau dah jauh-jauh tu kirim salam je la

      • tp utk yg latest ni agak berbaloi kalau invest banyak pun…sbb future husband gile game.dia kata kang kat rumah baru pn dia nak pasal streamyx.alang2 better yg baru ni kan…tgk mcm mana….=)