Tips Penggunaan Kad Kredit

Kalau blogger ini anti kad kredit, saya pula pro kad kredit. Sebenarnya takde apa yang buruk pun pasal kad kredit ni sebab yang buruk tu adalah tabiat pengguna kad kredit itu sendiri. Kalau diri sendiri tak boleh dikawal untuk berbelanja, tak digalakkan untuk memiliki kad kredit.

Kali ini saya ingin berkongsi 5 tips penggunaan kad kredit berdasarkan pengalaman saya lebih daripada 3 bulan menggunakannya.

1. Yuran tahunan – Biasanya kad kredit ada yuran tahunannya yang tersendiri tetapi ada juga kad kredit percuma seumur hidup – tiada langsung yuran tahunan.

Ada juga kad yang menetapkan jumlah minimum penggunaan yang perlu diikuti supaya tiada yuran tahunan akan dikenakan kepada pengguna kad tersebut. Dalam kes ini, asalkan anda menggunakan kad tersebut (biasanya sekali sebulan), yuran tahunan akan tidak akan dikenakan. Nilai yang digunakan tak kisah, nak isi RM10 untuk minyak motor pun takde masalah. Masih dikira.

2. Cukai RM50. Setiap kad kredit akan dikenakan cukai oleh kerajaan sebanyak RM50. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan pembayaran cukai ini adalah dengan menggunakan kad yang menawarkan rebet wang tunai kepada pengguna baru.

3. Bayar penuh. Walaupun saya pengguna tegar kad kredit, saya melakukan pembayaran penuh setiap bulan. Dengan ini saya tidak akan dikenakan apa-apa caj faedah oleh bank.

Untitled

Total rebate RM25 untuk satu bulan. Kalau setahun?

4. Pilih kad yang menawarkan rebet wang tunai. Kad yang saya gunakan sekarang (UOB One) menawarkan 5% rebet untuk petrol. 5% ni nampak sikit tapi kalau sebulan dapat save dalam RM7, setahun dah ada RM84. Kan banyak tu..

5. Gunakan kad untuk bayar barangan orang lain. Contohnya, rakan sekerja nak isi minyak tapi bayar cash. Takpe.. kita ambil cash dan swipe guna kad tadi. Dapat dah rebet percuma dari situ.

Bank cipta kad kredit untuk menggalakkan kita berhutang. Daripada hutang tersebut, mereka akan mengenakan pelbagai caj dan faedah ke atasnya. Oleh itu, jadilah pengguna bijak. Jangan ikut kehendak bank yang mahukan kita berhutang dengan mereka dan anda tidak akan menghadapi apa-apa masalah dengan kad kredit.

43 Comments