Tips Pembayaran Deposit Pembelian Rumah

Reading Time: 2 minutes

deposit beli rumah

Ada client saya yang merupakan seorang doktor call saya tempoh hari berkenaan pembayaran deposit pembelian rumah. Kalau jumpa doktor ni, selalu memang perjumpaan tu meleret sebab saya tanya macam-macam. Yelah, dah jadi takaful specialist ni kenalah jugak jadi specialist bab penyakit. At least kalau client lain tanya pasal penyakit, bolehlah jawab sikit-sikit.

Situasi dia macam ni, dia dah bayar 3% untuk pembelian rumah under construction. Jadi soalannya, bila nak langsaikan lagi 7% deposit tersebut dan sign perjanjian jual beli?

Jawapan saya senang je, bayar masa dah sign dapat loan letter offer daripada bank, memandangkan dia nak beli rumah tu dengan loan.

Kenapa?

1. kalau permohonan loan reject, boleh dapat balik 3% booking fees tadi dengan mudah.

2. Kalau loan tak dapat 90% boleh pertimbangkan balik pembelian tu samada nak terus cari loan dengan bank lain atau cancel terus pembelian. Biasanya, booking fees ni memang akan dipulangkan kalau customer cancel pembelian.

Disebabkan sekarang ni dah makin susah nak dapat loan, kena hati-hati sikit bila nak letak booking pembelian rumah. Untuk subsale, kalau boleh, masa booking tu nyatakan dalam booking form klausa yang membolehkan korang cancel dan dapat semula booking fee sekiranya tak dapat loan 90%.

Kalau takde klausa ni, contohnya bila kita dapat loan 80% pun dah kira kena proceed dan kalau nak cancel booking fee tadi boleh lebur. Jangan main-main..

Jadi hati-hati. Sebelum sign surat perjanjian jual beli dan langsaikan deposit lagi 7%, pastikan loan dengan margin 90% dah secured dan signed.

Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada saya. Bukan sifu hartanah pun, mana yang saya tau saya share. Kalau ada yang terkurang, harap yang berpengalaman boleh tambah.


Posted

in

by

Comments

12 responses to “Tips Pembayaran Deposit Pembelian Rumah”

  1. raihanah Avatar

    Good info tuan

  2. azimah mohd zainuddin Avatar

    good info, baru 1st time dengar ni booking fees boleh dapat balik. Selalu memang burn je. Mungkin kena alert dengan clause :0

  3. Haqim Avatar
    Haqim

    informasi yang sangat berguna bagi sesiapa yang mahu memiliki rumah. Thanks

  4. Nurul Huda Avatar

    Rumah impian dan cita-cita untuk sampai ke arah itu. Tinjauan kawasan dan kemudahan semua diambil kira selain berurusan dengan pihak pemaju. Semoga cita-cita dan impian terlaksana.

  5. emalinmohd Avatar

    Klau tak jadi beli tapi loan lulus boleh refund ke untuk New house?

    1. Ariff Avatar

      Kalau dengan developer, rasanya takde masalah.

      Always sebelum letak deposit, check dengan penjual (developer, agent, owner). Dan kalau boleh pastikan apa yang dicakap tu ada dalam perjanjian

  6. eyriqazz Avatar

    Agreed, kena hati2 tengok clause ni..dulupun almost burn bayaran deposit untuk pembelian vega..nasib baik ada rakan2 yang kasi pendapat camne nak dptkan kembali pembayaran deposit tersebut..

  7. rahimah Avatar

    Rasanya kalau yang under construction susah nak dapat balik 3 % tu kalau loan tak lepas. Kalau yang subsale pun better buyer letak clause booking refund .Kalau urusniaga melalui agen kena tengok term dalam booking tu silap-silap lebur kalau tak specify betul-betul.

    1. Ariff Avatar

      Terbalik pulak dengan apa yang saya dengar. Biasa saya dengar under-construction la senang nak dapat deposit balik kalau loan tak lepas. hm..

      1. rahimah Avatar

        Itu la..saya ada terbaca pasal ada developer yang buat macam tu. Tapi kena hati-hati jugalah sebab urusan jual beli rumah ni memang kena handle betul-betul sebab melibatkan jumlah duit yang banyak.

        1. Mazni Azmi Avatar

          3% nampak macam sikit. Tapi kalau dah main duit Beratus ribu.

          Memang kena hati hati
          Perbincangan yang sangat bermanfaat. 2 thumbs up

  8. Suriya Avatar

    masaklah kalau dah sign agreement, tapi sebenarnya loan lepas 80%. huhuhu