4 Tips Meninggalkan Jejak di Blog Lain

Ni tips sikit kepada blogger-blogger yang rajin blogwalking, tentang macam mana meniggalkan kesan di blog lain dengan lebih efektif. Kalau siapa-siapa nak tambah boleh pos kat ruangan komen.

1. Gravatar

Ha. ni kalau sesiapa tertanya-tanya kenapa ada sesetengah orang yang komen kat sini ade gambar, tapi ada yang tak. Ni lah rahsia dia. Blog WordPress memang support Gravatar ni, untuk Blogspot pihak Gravatar masih dalam perbincangan dengan mereka. Ni mesti sebab Google banyak paham la ni..

Kalau selalu komen/melawat blog-blog WordPress, eloklah ada Gravatar ni. Cun sikit komen tu nanti. Register ngan email, upload gambar dan setlle.

Jadi apa penting sangat Gravatar nih? Kalau blog korang ada logo sendiri, seperti contoh blog Kenwooi maka boleh la guna logo tu. Bila komen mana-mana, orang yang baca komen and setakat tengok logo blog tu pun dah tau siapa yang komen. Ni dah kira macam branding jugak la dan top-top blogger lain memang guna cara ni untuk branding blog diorang. Blog aku xde logo lagi (xreti buat), so guna gambar sendiri sudah.

2. Chatbox

Korang baru tulis pos baru yang memang target untuk orang-orang tertentu yang korang rasa mesti mereka minat punya nak baca dan lepas tu tinggalkan komen. Jadi tinggalkan link ke pos yang tu terus bila pos kat chatbox diorang supaya senang bila diorang datang balik, pos tu terus terpampang depan mata.

Bila kita mudahkan orang macam ni, dengan harapan rajinlah nanti diorang nak baca pos korang tu. Yelah, kita ni tulis blog je pun, belum tentu apa yang kita tulis ni orang nak baca. Kalau pembaca tu tinggalkan komen, memang dah cukup bagus la. Kiranya tak sia-sia la memerah otak tulis pos panjang-panjang. Bukan semua orang ada banyak idea nak tulis artikel-artikel menarik sepanjang masa.

3. Follow selagi ada apa yang boleh di follow

Oklah, ni aku mengaku aku pun xperfect sangat dalam bab follow-follow ni. Tapi ada la juga mana yang mampu aku tolong tu, aku tolong la.

Jalan-jalan, jumpa blog baru. Tengok kat Google Friend Connect tu pun adelah dua tiga orang je jadi dengan ikhlas hati follow la blog tu. Bukannya apa, kasi moral support sikit. Nanti dia mesti curious, “sape pulak yang follow aku nih” dan terus melawat blog orang yang follow dia. Dari situ secara tidak langsung dah dapat visitor baru.

Kalau blogger tu ade Twitter and korang pun ade, follow je. Dah follow tu tegur la dia kan kat Twitter. At least boleh tau account Twitter tu dia letak bot ke x. Aku memang fed up kalau terfollow bot nih. Bot akan Tweet non-stop, lepas tu ntah hape-hape yang mengarut je dia Tweet.

Aku awal-awal dulu pun lemah semangat je kalau blog ni sunyi sepi. Tapi sebab ade geng-geng yang selalu datang, bertahan la jugak.

4. Tinggalkan komen

Yang ni cara paling berkesan. Sape xbaca sampai habis memang rugi sebab tak tau. :p

Bila ada komen mesti kita approve komen tu kan? Secara automatiknya memang 75% of the time kita akan melawat blog commentator tu. Lagi bagus komen dia, lagi tinggi keinginan kita nak melawat blog dia balik. Betul x?

Kalau blog tu ada CommentLuv lagi bagus. Free-free je link kita diadvertise kat blog tu. Untuk pengguna Blogspot, aku dah buat Tutorial Pasang CommentLuv pada blog korang. Tak test lagi, so tak tau boleh ke x. Korang try. Aku penah explain kenapa aku suka CommentLuv ni. (English)

p.s: Rasa macam nak buat contest la. Tapi tengok keadaan dulu. Banyak contest kat blog lain masih open, tak nak kacau line.


151 thoughts on “4 Tips Meninggalkan Jejak di Blog Lain

  1. Assalamualaikum. Salam perkenalan. Bagus sekali artikelnya. Mungkin lepas ni saya akan lebih kerap ke sini. Tip yang ke4 ramai yang lakukan untuk dapat pengunjung hadir ke blog kita.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana sudi membaca. Blog kamu juga tak kurang hebatnya. Macam-macam boleh saya pelajari lebih-lebih lagi dah nak tamat pengajian ni.

  2. hehe
    bagus gak nie….ariff ade x gravatar untuk blogspot punyer?
    Oh yer lagi satu… bile la ko nak wat post tentang cara2 nak setup domain sendiri guna wrdpress? hosting n domain ape yang sesuai guna kat m’sia ni? slalu juga cari topik ni tapi x paham sangat..hehe tambah2 mat salleh punyer

  3. Pingback: IMCurtain.com

  4. bagus la bagi tips..
    aku bese wat no 2 tuh..
    sebok2 kat chatbox org..
    tapi aku baru lagi dlm bab blog2 nih..
    masihlagi nga blaja cam ne nak godh2 blog aku tuh..
    nway.. thanx sbb kongsi tips..

  5. tip yang bagus tuk blogger baru mcm aq ni…Ariff jom gi makan roti canai,aq belanje,ko bayar nak,untung skit….ngeh3

  6. Saya dah buat Commentluv tu..hampir 2 jam baru settle..huhuh..sangat happy bila dah berjaya buat!!
    Tapi buat masa nie, tak de entry baru lagi, jadi tak boleh la nak tunjuk hasil lagi..heheh
    Owh, point utama tinggalkan comment kat sini sebab nak ucap THANK YOU!!!!
    Lov ur blog! :D
    .-= Zana´s last blog ..PSIKO Diri Member anda ! =-.

  7. Saya dah buat Commentluv tu..hampir 2 jam baru settle..huhuh..sangat happy bila dah berjaya buat!!
    Tapi buat masa nie, tak de entry baru lagi, jadi tak boleh la nak tunjuk hasil lagi..heheh
    Owh, point utama tinggalkan comment kat sini sebab nak ucap THANK YOU!!!!
    Lov ur blog! :D

  8. Commentluv mmg boleh buat gua suke nak komen :P hehehe ~
    .-= Eldy Voon´s last blog ..Entri paling sedih, terbaru dan juga terakhir =-.

  9. hehe.. nak komen juge lah.. :P
    dah komen.. ekekeke.. gurau jer..

    thx 4 sharing.. ade yg aku x wat lagi rupenye.. hehe..
    tp kan yg shoutbox tu.. aku slalu wat cam ni.. kat URL tu kita letak link terus ke post kita.. lagi best.. diowg men tekan jer secara x langsung terbaca gak entri yg kite targetkan kat diorg tu.. haha..

    • chatbox xberat sangat sebab dia text je. biasa yang berat widget lagu dan gambar. kalau widget tu kena load dari site lain tu yang buat lambat.

  10. sy kadang2 tak suke orang yang kedekot nak letak shoubox..sebab kite bg peluang dia promote link kat blog..tp dekat blog dia takde..tpi nak org click ads..;(

  11. chatbox tu penting woo. komen the best way actually kan? hehe.
    good info !
    .-= Lizz´s last blog ..Senarai penyertaan contest 3 in 1 Lizarazak.com =-.

    • ha. cik lizz ni la yang recommend letak chatbox.

      hm.. ‘cik’ eh?

      btw. Selamat Hari Raya Aidil Adha

  12. terima kasih
    tips nie sgt berguna..
    kalau nak lebih meletop..
    gunalah nama artis jika tinggalkan jejak di shoutbox. ahha
    gerenti deorang klik punya..
    ak dah buat nie.
    sampai ada orang sangka ak ni artis. ahha :P
    .-= elyaszbha´s last blog ..Entry Melekat : 18/11/2009 =-.

    • betul2.

      cuma kadang-kadang aku tengok gak sape2 follow aku and dari situ aku singgah la blog diorang. yang ni memang terpulang pada individu tu la.

    • haha. terima kasih banyak2.
      maka saya pun follow blog awak. no problem.
      nnti senang2 datang klik nuff okeh.

  13. salam. hi orang jauh. tips yang bagus. dan saya amalkan dalam separuh sedar. haha. banyk lagi yang perlu saya pelajari dalam wordpress. maklum la.sebelum ada domain dan hosting sendiri, saya pengguna setia blogspot. so, apabila beralih ke wordpress, automatik saya menjadi seorang newbie kembali dalam blogging. ini baru tahu, itu tak tahu. yg ni mcm mane, itu macam tu ke. Tips yang bagus dan berkesan untuk newbie macam saya. keep it up! sharelah anything about Russian. I am waiting for that. ^__^

  14. aku dtg sini sbb ko dh buat langkah yg ke-4 mcm ko bgtau kt entri.. hehe..
    commentluv memang bagus..

    tips lain nk tinggalkn jejak, melalui widget mybloglog, blogcatalog.. tu pn kalo blog tu ade letak widget tu laa.. biasa sblom aku jelajah blog org lain, aku login dulu mybloglog, blogcatalog, dan semua bende yg bleh meninggalkn jejak.. kalo aku masuk blog yg ade widget mybloglog, otomatik avatar aku akan kuar kt situ.. dah pn ade jejak kt blog org tu.. hehe..

    byk lg cara sebnarnye.. tp wat yg simple2 sudah.. asalkn ade kesan tapak kaki ckup la.. chiow~ :p
    .-= Anarm´s last blog ..Tolong hentikan hantar email spam! =-.

    • haha. tau xpe. =)

      btw, pada pendapat ko mana lagi bagus? mybloglog atau blogcatalog? orang malaysia banyak guna yang mana?

  15. Bagus sungguh pendekatan kamu..
    Cuma part yang follower tuh Pojie xsetuju sgt..
    Pada Pojie kita follow sum1 bukan sbb dia follow kita atas sebab dia blogger baru n nak bagi support..
    Kita follow bila blog tuh rasa interesting dgn diri kita, suka membaca, ada info berguna..
    Bila follow membuta tuli, itu jadik kes follower blog ramai, tp commentor sekor dua.. xsyok la kan!
    Klo dia rasa nak tarik follower baca blog dia, dia mesti cari pendekatan baru..

    P/S: Nak buat contest bagus gak tuh, dapat tambah pembaca n follower. Blog kamu pun berinformasi walaupun kamu blogger baru..
    .-= PoJiePooh´s last blog ..||| Happy Birthday AwieFadzly ||| =-.