Tips Mengumpul Rebet Dengan Kad Kredit

credit-cards_2007247b

Enam bulan ni memang saya banyak belanja. Biasalah, dah nak kahwin, memang banyak barang nak kena beli.

Terus terang, saya dengan gembiranya swipe kad kredit ni setiap kali membuat pembelian sebab saya tahu setiap kali swipe, ada rebet. Tapi kadang-kadang takut jugak swipe-swipe ni.. hmm..

Cuma bila pembelian dah dirancang dengan bajet yang telah disediakan sejak awal lagi, takdelah terasa sangat.

So berapa banyak rebet terkumpul?

Total rebet enam bulan: RM145.88. Selama 3 bulan saya tak dapat settlekan penuh balance kad kredit, jadi terpaksa tanggung finance charge sebanyak RM64.35. Kemudian, kena charge cukai kad kredit RM50.

Jadi jumlah bersih rebet saya ialah RM145.88 – RM50 – RM64.35 = RM31.53.

Kad kredit adalah salah satu sumber pendapatan bank yang lumayan, tapi sebab saya pandai guna, bank rugi duit sebab bagi kemudahan kad kredit kepada saya.

Tak susah sebenarnya nak buat macam ni. Tips saya:

  1. Belanja ikut kemampuan.
  2. Bayar penuh bil kad kredit setiap bulan. Jangan kumpul hutang.
  3. Baca dan fahami syarat rebet kad kredit. Kemudian, amalkan.

Esok saya nak cuba dapatkan kembali cukai RM50 tu. Ada caranya dan memang boleh dapat balik.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

9 Comments