Tips Mendapatkan Kulit Lebih Putih

Setiap kali balik Malaysia, ramai orang cakap kulit saya ni jadi makin putih. Ada rahsia ke? Nak sangkal pun tak boleh jugak sebab haritu bertembung dengan pelajar jurusan perubatan kat sini masa New Year, diorang cakap muka saya ni ada rupa orang Vietnam. Lagi kelakar tapi Vietnam ok lagi la sebab pelajar Vietnam kat sini semua top achievers kat universiti. Jangan rupa macam budak Myanmar sudah.

Orang cakap gambar ni ada feeling kpop sikit..

Jadi saya pun tak tau sangat macam mana boleh cerah kulit muka. Mungkin sebab cuaca kat sini sejuk sangat, lepas tu tak pakai pelembab kulit (moisturizer). Orang lelaki kan, manalah ada masa nak tepek-tepek moisturizer kat muka ni..

Akhirnya, kulit kering. Bila kulit kering, banyak sel kulit mati dan diganti baru. Kira macam salin kulit lah ni. haa.. Lama-lama, dapatlah warna kulit yang lebih cerah.

Ni teori main-main je. Jangan percaya bulat-bulat pulak. Tapi kalau nak try sendiri, duduklah seharian dalam rumah salji. Dengar cerita kat i-City pun dah ada rumah salji sekarang. Duduk dalam tu tiap-tiap hari selama seminggu/sebulan. Tengok ada efek tak..

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

21 Comments