Tips Memilih Penginapan Di Luar Negara Melalui Airbnb

Sejak Airbnb diperkenalkan, rasanya jarang sangat dah saya book hotel untuk semua trip luar negara sepanjang dua tahun ni. Kalau book hotel pun sebab takde listing dalam Airbnb je.

airbnb-dapur

Dapur unit Airbnb saya masa kat Florence hari tu. Tak tau kenapa, tapi most of the time masa kat rumah ni haritu memang duduk kat dapur je walaupun ada ruang tamu yang besar.

Kepada yang tak pernah guna Airbnb, dua sebab utama kenapa Airbnb ni bagus ialah:

  1. Lokasi. Anda boleh dapat penginapan di lokasi pilihan anda dengan lebih mudah dengan Airbnb. Ada sesetengah tempat yang takde hotel tapi ada listing Airbnb. Sesiapa sahaja yang mempunyai hartanah boleh setup hartanah mereka untuk disenaraikan dalam Airbnb.
  2. Murah berbanding hotel. Airbnb tidak menyediakan perkhidapatan penuh seperti yang ada di hotel. Oleh sebab itu, kos pengusaha jadi lebih rendah menyebabkan kadar sewa menjadi rendah.

Daripada banyak-banyak penyenaraian Airbnb tu, mana yang terbaik? Ok. Katakan harga semua lebih kurang dalam lokasi yang sama. Ini cara saya memilih Airbnb.

Entri ni untuk pemilihan lokasi Airbnb luar negara di dalam bandar besar seperti Tokyo, Milan, Florence dan sebagainya. Tak terpakai untuk lokasi Airbnb dalam Malaysia ya.

Dekat Dengan Pengangkutan Awam

Pilih lokasi yang berdekatan dengan pengangkutan awam dan yang dimaksudkan dekat di sini ialah kalau boleh ada perhentian bas depan rumah. Dengan ini, kuranglah nak jalan untuk ke stesen dan kalau keadaan mengizinkan, tak perlu naik teksi untuk ke stesen keretapi/bas sebelum ke lapangan terbang.

Contohnya, masa saya kat Milan haritu. Kalau naik teksi / Uber untuk ke stesen keretapi, paling kurang dalam €13. Kalau nak tarik beg, memang jauh nak sampai ke perhentian bas yang terdekat. Jadi terpaksa naik teksi.

Buka Google map dan kaji lokasi yang dipilih betul-betul. Jalan kaki lebih kurang 5 minit ke perhentian awam terdekat is okay.

pilih-airbnb

Masa kat Jepun awal tahun haritu, jalan tak sampai 5 minit dah sampai stesen JR Komagome. Kalau kat Jepun, laluan JR (warna hijau) paling banyak digunakan sebab laluan ni adalah yang paling awal dibina oleh kerajaan Jepun dan menghubungkan majoriti destinasi utama di Tokyo.

airbnb-jepun

Superhost

Saya akan sentiasa cari listing daripada Superhost. Kenapa? Sebab biasanya lebih senang berurusan dengan Superhost. Kalau tak, takkanlah mereka senang-senang boleh dapat title tersebut dalam Airbnb kan.

airbnb-superhost

Antara kriteria Superhost:

  • Komited. Jarang batalkan booking. Fyi. Booking anda boleh dibatalkan oleh hos.
  • Rating tinggi. 80% 5-star review
  • Cepat. Boleh berikan respon yang pantas kalau ada mesej daripada klien/bakal klien
  • Berpengalaman. Dah terima sekurang-kurangnya 10 trip di Airbnb.

Harga superhost dengan host biasa lebih kurang je sebab pricing Airbnb ni sangat telus. Yang mahal sikit biasanya nampak cantik dengan perabot baru, sepadan dengan harga. Kalau dalam satu-satu kawasan tu ada banyak listing Airbnb, biasanya host ni sendiri akan bersaing untuk berikan yang terbaik, jadi mereka tak boleh caj mahal sangat.

Newly Renovated

airbnb-newly-renovated

Unit yang kat Milan ni newly renovated. Everything is new.

Saya akan pilih unit yang newly renovated over unit-unit lain. Biasanya host Airbnb akan tulis sendiri dalam listing mereka sekiranya unit tersebut newly renovated. Of course la sebab nak renovate apartmen bukan murah. Jadi kalau dah keluar modal banyak, mereka memang akan tulis dalam listing.

Satu kelebihan unit yang newly renovated ni ialah perkakasnya baru. Puas hati guna. Unit Airbnb saya kat Florence haritu walaupun daripada Superhost tapi bukan newly renovated. Walaupun apartmen tersebut bersih dan selesa, mesin basuh dia memang tak best sebab mesin basuh lama (>5 tahun).

Jadi inilah tiga kriteria utama saya dalam pemilihan unit di Airbnb. Setakat ni semua penginapan saya melalui Airbnb tidak mengecewakan langsung. Kepada yang baru nak try perkhidmatan ini, boleh follow kaedah saya.

Kepada yang belum ada akaun Airbnb, boleh register sini dan dapatkan kredit RM90 percuma untuk penginapan Airbnb pertama anda. Oklah kan. Bukan hari-hari boleh dapat RM90 untuk travel.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

12 Comments