Tips Membayar Hutang Kad Kredit

hutang kad kredit

Selalu kita dengar orang terdekat kita mengalami masalah dalam pembayaran kad kredit. Kadang-kadang masalah ni memang tak dapat dielakkan dan bersempena tema kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, saya yakin ada sesetengah daripada kita terpaksa berhutang dengan bank pengeluar kad kredit.

Sekarang ni berhutang dengan bank adalah sesuatu yang normal. Negara yang kaya dengan sumber minyak pun berhutang, inikan pula orang biasa yang bekerja makan gaji dengan orang setiap bulan. Untuk selamat, perlulah pandai berhutang secara berhemah dan mengurus pembayaran hutang dengan baik.

Biasanya mereka yang mempunyai masalah dalam pembayaran kad kredit adalah yang mempunyai banyak kad kredit. Yang ada satu kad biasanya tak pening sangat. Antara tips yang boleh diamalkan:

1. Kurangkan kad kredit. Kalau ada dua, potong salah satu. Ini adalah untuk mengelakkan kebergantungan yang berterusan terhadap kedua-dua kad kredit tadi.

Kalau hutang dah terlalu banyak, maksudnya perbelanjaan anda dah tak terkawal. Tengok balik kat mana terlebih belanja setiap bulan dan kurangkan mana yang tak perlu.

Bila dah kurang kad kredit, kurang alasan anda untuk berbelanja lebih setiap bulan.

2. Jangan buat pembayaran minimum. First rule kalau nak berhutang dengan kad kredit ini ialah untuk tidak membuat pembayaran minimum. Biasanya pembayaran minimum ni adalah 5%  daripada hutang atau RM50 setiap bulan (mana-mana lebih tinggi). Bila buat pembayaran minimum, tinggi hutang tertunggak maka tinggi faedah yang dikenakan.

3. Katakan dalam kes ada banyak kad kredit tadi, hutang mana nak bayar dulu? Paling bagus adalah lebihkan pembayaran pada kad yang paling banyak hutang dulu. Ingat, lagi banyak hutang tertunggak, lagi banyak caj faedah yang dikenakan.

Prioriti kedua adalah melebihkan pembayaran pada kad yang mempunyai caj faedah paling tinggi. Caj faedah ni bergantung kepada jenis kad dan bank, lain kad/bank, lain kadar faedah yang mereka kenakan.

kad-kredit-hutang

4. Jangan lambat bayar. Alasan seperti terlalu sibuk dengan komitmen sehingga menyebabkan anda terlepas tarikh akhir membayar kad kredit adalah satu alasan yang tidak boleh diterima.

Kadang-kadang saya rasa orang yang lambat bayar bil sehingga dikenakan caj lambat bayar ni sepatutnya dikenakan caj 10% berbanding 1% yang dikenakan kebanyakan bank sekarang. Tak hairan orang yang lambat bayar bil ni akan menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk pada masa hadapan.

5. Bayar online. Sekarang ni semua orang ada Maybank2U dan CIMB Clicks. Jadi tak perlu dah pergi ke cawangan bank untuk melakukan pembayaran. Jangan bazirkan minyak, tenaga dan duit parking semata-mata nak membayar hutang. Hari gaji masuk terus bayar.

6. Jangan meminjam untuk membayar. Ini memang ramai orang buat. Bila dah max out pada kad kredit, mereka buat personal loan untuk bayar hutang. Katanya korek lubang sini, tutup lubang situ.

Kalau kena gayanya, memang menjadi. Tapi risikonya adalah pada diri kita sendiri. Bila nampak duit banyak, nafsu nak berbelanja tu mesti datang. Mesti ada je benda yang nak dibeli/ditukar.

Bila meminjam untuk membayar, kita tak betulkan apa yang silap sebelum ni (banyak hutang kad kredit terkumpul). Masalahnya adalah cara hidup dan perbelanjaan kita. Bukan gaji tak cukup, tapi hidup di luar batas kemampuan. Kalau ini tak diperbetulkan, sampai bila-bila anda akan berdepan dengan masalah kewangan.

Harap tips yang diberikan ni dapat membantu anda melangsaikan hutang dengan lebih efisyen. Macam saya cakap, berhutang tu memang normal dalam keadaan hidup sekarang tapi ia boleh menjadikan hidup anda tidak normal sekiranya ia tidak dikawal.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

18 Comments