Tips Kerjaya – Apa yang Dimaksudkan Dengan Expand Your Skill?

tips-kerjaya

Saya belajar nak jadi engineer lama dulu, dekat 7 tahun masuk foundation. Bila dah belajar lama dalam bidang ni, mindset kita susah nak ubah. Kalau belajar jadi engineer, nak jadi engineer je. Silap-silap mati nanti pun nak mati sebagai engineer.

Then, bila masuk industri, saya sedar kalau mindset macam ni, memang susah nak climb tangga kerjaya (career ladder). Engineer ni terlalu ramai sebab kita bukan setakat hantar student ke luar negara, locally pun dah banyak ‘kilang’ yang menghasilkan engineer. Bila supply melebihi demand (jawatan kosong) lebih-lebih lagi dalam bidang aviation ni, standard gaji boleh diturunkan dengan mudah oleh majikan.

Engineer yang kaya dalam bidang aviation hanyalah yang memegang lesen atau licensed engineer. Mereka boleh demand sebab lesen tu laku di seluruh dunia. Tapi yang kelakarnya, licensed engineer ni route dia lain sebab tak perlu ambil degree. Ramai dalam industri argue sebenarnya tak sesuai panggil licensed engineer kerana mereka ni hanyalah licensed technician yang 100% bergantung kepada manual kapal terbang dan pengalaman mereka. Itu orang kata lah..

Berbalik kepada topik, jadi macam mana saya keluar daripada belenggu gaji murah ni ke gaji cukup makan dalam masa kurang daripada setahun?

Saya totally keluar dari jadi engineer kepada jadi something else yang tak memerlukan saya buat kerja engineer, tapi perlu knowledge sebagai engineer dalam bidang aviation ni dan pada masa yang sama menaikkan gaji saya.

Langkah saya bermula bila saya terima jawatan sebagai Technical Programme Representative di sebuah syarikat dari Singapura yang merupakan vendor kepada sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia.

Kerja dia simple je. More of customer support untuk component management operation syarikat penerbangan ni. Senang cerita, I’m the front face of the company kat sini, jadi apa-apa yang berlaku pada pengurusan spare part kapal terbang, sayalah yang akan dipanggil report. Kalau barang tak cukup mereka cari saya, kalau ada upgrade program, saya yang akan bantu menguruskan.

Downside of the job ialah lokasinya yang jauh. Pada masa tu, saya tak kisah sangat. Asalkan gaji naik, ok. Nak gaji naik ni pun mainly sebab nak teruskan aktiviti membeli rumah dan of course, sebab dah berkahwin la. Gaji lama tu kalau hidup single bolehlah selesa lagi.

Saya buang terus title engineer. Pernah pergi interview untuk jawatan engineer di sebuah syarikat pembuat helikopter, tapi dengar macam offernya taklah lumayan mana, cuma company ni benefit banyak. Masa tu saya sedar, kalau nak gaji selesa dalam bidang aviation sebagai graduate engineer, the only way adalah join airline.

Tiap-tiap hari selama tiga bulan saya belajar benda baru. Logistics, shipping, turn around time untuk sparepart kapal terbang dan segala masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal terbang setiap hari. Oleh sebab itulah saya rasa agak kelakar bila benda kecil yang berlaku pada MAS sekarang semuanya dilaporkan dalam berita padahal benda remeh-temeh macam ni berlaku all the time. Everyday ada something dan kalau saya cerita satu-satu orang yang tak faham aviation takkan naik kapal terbang lagi.

Then, comes another job offer. Benda sama yang saya buat, cuma company ni dari Switzerland dan handle non low-cost airline. Pay is higher and the rest is history.

So apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah:

1. Kalau duduk di suatu tempat terlalu lama, kita jadi selesa dan takut pada perubahan. Bila takut nak berubah, kita terpaksa tunggu opportunity dalam bidang yang satu tu je, dan tunggulah sampai bila-bila kalau ada opening jawatan dengan function yang lebih kurang sama di tempat lain.

2. To expand skill, stay dalam bidang yang sama, tapi ambil jawatan dan fungsi lain di company lain. Kelebihannya kat sini ialah knowledge dalam bidang tu masih lagi boleh digunakan dan of course, gaji lebih tinggi. Kalau pilih jawatan gaji lebih rendah silap laa…

3. Career progression ni memang memerlukan pengorbanan sikit. Yes, our first companya biasanya tempat yang paling nostalgic, paling selesa dan paling kita sayang sebab kat situ kita dah belajar macam-macam, tapi untuk progress, you can’t stay at the same place.

Memang saya tak tahan travel hari-hari dari Damansara ke LCCT dulu dan menahan stress kerja sebab HQ kat Singpore dan kita sorang-sorang terkontang-kanting menghadap customer but now, pengorbanan tu dah membuahkan hasil.

4. It’s okay to jump awal-awal ni especially dalam dua tahun pertama bekerja. Semua employer faham. Jadi pleaselah, jangan ada perasaan sayang yang terlalu banyak pada company. Loyalty doesn’t pay your bills or can afford you better property. Kalau kesetiaan tu dibayar dengan bonus enam bulan, then by all means, stay kat company tu sampai bila-bila.

To all the ex-bosses, I will be forever grateful. Kepada fresh graduate yang membaca, boleh follow apa yang saya tulis ni sebagai panduan kalau sesuai dengan situasi anda. Share this with your friends yang sedang menghadapi problem ni.

Next move is to get another promotion jadi untuk manager without jumping to another company. Jangkamasa untuk capai ni sangat subjective dan boleh berlaku paling cepat dalam masa setahun, atau tak berlaku langsung. The key is to be really good in what you do and stand out from the crowd.

23 Comments

  • eva

    11 June, 2014 at 3:28 pm

    Pergh, terserempak baca nie tetiba macam naik semangat plak. Saya nie kerja as a Landscape Architect, pun dilema gaji rendah. Maka dengan ini harus guna bakat sedia ada untuk dapatkan income yg masyuuuuk…mengidam sangat beli rumah dah nie

  • amnan

    31 May, 2014 at 9:52 pm

    saya sekarang pun tengah fight untuk keluar dari zon selesa.. dah bosan dengan suasana kerja kerajaan…. nak cuba kerja sendiri pulak…. baru rasa nikmat hidup….

  • Hafizul

    27 May, 2014 at 1:00 pm

    Emm terbaiklah bro ariff…

    “The key is to be really good in what you do and stand out from the crowd.”

    Saya pun rasa nak buat sesuatu gak la…

  • Effa

    23 May, 2014 at 10:18 am

    Salam. My sister yg share this link pagi tadi. Sambil2 tunggu ERL nak ke opis, saya pun baca la satu2 entri ni. Menarik. Saya pun dalam proses mengagahkan diri utk meninggalkan nostalgic company after almost 6 years. Dah stand out of the crowd but too much political views & drama dalam company GLC ni. Im in Sales line so, regardless jumping from telecommunication industry to finance. I guess its worth to try. Moga Allah beri jalan yang terbaik & di berikan kekuatan. Pray for me. Tanx. Peace.

  • Faizal Fredley

    23 May, 2014 at 2:33 am

    thanks bro..tips ni memang sgt berguna kpd saya sebab sebulan lagi saya bakal jadi fresh graduate juga dalam bidang engineering….at least mind set saya lpas baca entri x der lah nanti nak fokus kpd lepas keluar nanti kena jadi engineer…

  • yangbaik

    22 May, 2014 at 11:48 pm

    dalam zaman perebutan kerja… skill memang perlu dikembangkan. Walaupun kadang-kadang bimbang juga bila dah banyak sangat skill yang ada… semua kerja kena buat sendiri… :)

  • asyifa'

    22 May, 2014 at 8:22 pm

    Assalam..sgt membina. Nk cte pgalaman ckit… Sy pn start kje dlm usia muda..abes je study kt u..sblum grad..alhamdulillah dh dpt keje.. Skrg dh staun kje..slalu rasa passion bukan dlm bidang ni.. Tp tu la gain mmg byk pgalaman..bonus pn alhamdulillah.. Tp mcm yg sy bgtahu..passion bukan dlm bidang ni..how come eh? Tp dgn sume benefit yg sy dpt..sukar nk say gud bye kt position skrg..

    • Ariff

      22 May, 2014 at 8:44 pm

      In your case, cara paling mudah adalah bersyukur. Kita merancang dan mungkin kita ada minat yang lain tapi kalau Allah dah tentukan rezeki dalam bidang yang bukan minat kita, terimalah seadanya.

      Tu yang pertama la. Next is, rajin-rajinkan cari position yang berkaitan dengan bidang yang diminati. Who knows, ada peluang dapat?

      • asyifa'

        22 May, 2014 at 11:14 pm

        Betul la tu bro..sejujurnya sy sgt bersyukur diatas rezeki yg Allah berikan.. Ketika kwn2 sbaya masih tercari2, sy dh berada d position sy skrg.. Kita merancang,Allah merancang,tp perancangan Allah tetap yg terbaik & sempurna.. Btw..passion in writing.. Who knows kn sy bleh jd penulis buku ke..alang2 dh masuk finance field ni, bolehla tlis buku psl financial management.. Inshaa Allah.. Or mayb sy bleh start tlis blog.. 1st step..

  • Norain Yusoff

    22 May, 2014 at 5:43 pm

    sangat membina.. Nak gaji tinggi tapi pengalaman takde, memang tak dapat lah lam dunia penuh cabaran nih.. dengan semua orang berlumba-lumba nak dapatkn jawatan tersebut.. pape pon, all the best.. ada usaha, maka adalah kejayaan.. in shaa Allah :)

  • akubiomed

    22 May, 2014 at 4:14 pm

    Bergantung kepada bidang yang diceburi. Beruntung kalau mempunyai sijil kompeten lebih laku berbanding lepasan diploma dan ijazah. Mereka yang mempunyai sijil kompeten dan termaktub keperluan Akta lebih mudah mendapat kerja dan gaji yang lumayan.

    • akak tulip

      23 May, 2014 at 11:52 am

      LAE mmg takde degree. Mereka ikot modul. Tapi duration tu macam org buat degree. Lagi teruk. Nak lepas dapat license pun bukan mudah. Boleh meraung masa kena soal dgn QA .tu baru 1 license. Nanti lain kapal , lain pulak license.
      Apa jadi pada kapal tanggungjawab LAE. Jadi walaupun mereka takde degree dan bergaji besar, mereka layak untuk itu.

      • Ariff

        23 May, 2014 at 12:28 pm

        Haa.. betul2. Gaji LAE ni kira justified la sebab kalau kapal problem, memang panas punggung. Biasalah tu, dalam industry yang senior engineer degree holder pun nak ada ego masing-masing. Tu sebab dengar statement2 macam ni.

        Hebat jugak akak tahu pasal ni. Husband LAE ka?

        • akak tulip

          23 May, 2014 at 5:48 pm

          Dak..but some of my friends & family members are LAE. my coursemate masa kat uitm ada juga yg join MAS. Depa byk cerita dan kita sendiri pun ada buat kajian sikit utk pengetahuan am .

  • Izwan

    22 May, 2014 at 3:50 pm

    love the last quote. stand out from the crowd.
    kreativiti dalam kerjaya tak semua ada. berani ambil risiko menjadi lain, adalah belajar sesuatu.

    good luck!

  • Ezlaila

    22 May, 2014 at 2:45 pm

    Inilah dia realiti kehidupan. Setiap point yang dikongsikan amat sesuai dijadikan panduan buat siswazah2 yang bakal masuk ke alam pekerjaan. Dan saya amat setuju dengan ayat terakhir dalam entri ini :)