Skip to Content

Tips Dapatkan Trafik: Komen di Blog Juga Boleh Meningkatkan Trafik

Tips kali ni simple je sebenarnya. Buka Google.com.my, search 'tipu untuk kebaikan'
[Klik Sini]

Tipu untuk kebaikanResult mungkin berubah mengikut keadaan semasa

Korang akan nampak entri kat blog.ariff yang bertajuk Semua Orang Menipu kat front page SERP (search engine results page). Kalau tengok betul-betul salam search result tu, Google bold kan perkataan 'tipu' dan 'kebaikan'. Tapi kalau tengok sendiri dalam entri aku tu, takde langsung perkataan kebaikan (kecuali dalam tags tapi yang dalam tags tu aku baru letak masa tulis entri ni).

Sekarang scroll bawah sikit dan tengok komen daripada Iamsura.

Komen jana trafikSeluruh perenggan pertama komen Iamsura Google amik

Google quote result search daripada komen dia aje dan aku dah dapat trafik/front page Google results search page. Simple je kan cara ni? Kita galakkan orang komen kat blog kita dan kalau nasib baik memang boleh dapat trafik dengan komen orang.

Macam mana pula nak dapatkan orang lain untuk tinggalkan komen kat blog kita? Yang tu banyak faktor dia, antaranya ialah:

  • Topik yang menarik, diminati, mudah difahami dan diterima oleh orang
  • Ramai kawan, biasanya kawan yang akan datang komen kat blog korang dulu sebelum sesiapa. Jadi mesra-mesrakanlah diri anda, bergaul dengan blogger lain
  • Google PR tinggi. Ramai orang mencari blog dan website yang mempunyai Google Page Rank yang tinggi.
  • Kelancaran semasa meninggalkan komen. Blog korang mesti load pantas, takde widget-widget bodoh yang pop up, takde word verification dan tak payah nak susah-susah login untuk tinggalkan komen. Sepatutnya nama, email, dan url dah memadai.

Jadi itulah setakat ni. Remember, comments do matter.

Ariff Shah: Blog anda maju dan anda mahu berpindah dari blogspot ke self hosted wordpress dengan premium hosting PERCUMA? Contact aku untuk maklumat lanjut.

Related Posts with Thumbnails


23 Responses to “Tips Dapatkan Trafik: Komen di Blog Juga Boleh Meningkatkan Trafik” Leave a reply ›

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Posts linking here

  1. Favicon for http://www.google.com/s2/favicons?domain=www.imcurtain.com IMCurtain.com