Tips Cari Kerja Di Jobstreet

Saya sedang mencari beberapa pekerja baru melalui platform Jobstreet.com. Dalam entri ni, saya listkan apa yang boleh membantu anda dapat peluang pekerjaan yang lebih baik dari kaca mata orang yang mencari pekerja.

Entri ni sesuai sangat untuk mereka yang apply job banyak-banyak tapi susah betul nak dapat panggilan interview. Ramai kan macam tu dan perasaan tu memang mengecewakan sebab langsung tak dapat peluang. At least kalau pergi interview tu ok lagi.

1. Resume dan Profile Yang Lengkap

Masukkan maklumat seberapa banyak yang boleh dalam profile supaya nampak macam betul-betul nak cari kerja. Kalau profile sendiri dalam Jobstreet tu pun nampak macam tak ikhlas je nak isi, rasanya orang yang nak hire tu nak ke entertain permohonan anda?

Jangan salah faham antara maklumat lengkap dengan maklumat yang tak perlu. Contoh. Kalau permohonan bukan fresh graduate, rasanya tak perlu dah maklumat persekolahan kecuali kalau masuk sekolah hebat-hebat dan dapat result straight A.

Bagi yang dah berpengalaman, terangkan sikit jobscope pekerjaan sebelum ni dan achievement, certification & award kalau ada. Apa-apa training yang pernah dihadiri yang sesuai dengan industri/jawatan yang dipohon pun boleh disenaraikan.

Bagi yang ada creative skills, upload your own resume sebab memang akan dilihat. Kalau takde skill, upah orang lain buatkan sebab benda-benda ni semua mencerminkan effort anda nak cari kerja.

Point is, resume lengkap ni supaya bakal employer spend lebih banyak masa nak teliti permohonan anda. Betul, memang mereka ni tak banyak masa nak baca permohonan yang berjela-jela, jadi pandai-pandailah sampaikan maklumat dalam format yang ringkas tapi padat.

Ni bukan cerita nak dapat job terus, ni baru cerita nak dapatkan peluang interview tu. Kalau interview pun tak dapat, nak cakap apa kan.

2. Make Your Pitch!

Sebelum tekan Apply Position, akan keluar form Make Your Pitch. Yang ni penting. Dari sini employer akan lihat perkara ni:

  1. Adakah candidate dah buat homework pasal company yang dia nak apply?
  2. Adakah dia cukup fasih dalam bahasa Inggeris seperti yang dia claim dalam language proficiency pada profile?
  3. Adakah dia bersungguh-sungguh nak apply kerja ni atau sekadar buang masa?

Make your pitch ni adalah ruang untuk anda tunjukkan yang anda dah study pasal company tersebut dan position yang ditawarkan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang ada pada position tersebut.

Make your pitch adalah benda pertama yang employer baca sebelum mereka buka profile anda. Jadi kalau mereka cari orang yang fasih Bahasa Inggeris, dari sini dah boleh filter kriteria tersebut.

Kalau application beratus-ratus, besar kemungkinan employer hanya filter daripada pitch pemohon. Gila ke nak buka resume satu-satu kalau volume permohonan terlalu banyak?

3. Jobstreet English Language Assessment (JELA)

Nasib baik takde assessment untuk bahasa Russia :p

Saya suka assessment ni sebab saya dapat point 39/40. Nampak hebat kan. Kalau nak masuk MNC, language proficiency memang penting. Come on la. Ni bukan zaman tok kaduk dulu-dulu. Kalau English masih lagi menjadi masalah, then you’re in a big trouble.

JELA ni sekadar untuk membuktikan Language Proficiency yang anda claim dalam profile. Kalau dalam profile tulis Written – 10, Spoken – 10 tapi JELA ni dapat bawah 30, memang nampak sangat nak menipu.

Kalau tak silap JELA ni boleh diambil semula setiap enam bulan sekali. So improve yourself and keep it updated.

4. Jangan Taip Macam Orang Tak Sekolah

Anda mungkin budak wicet yang kebanyakannya taip macam budak terencat akal. Tapi kalau nak apply kerja, keluarlah daripada kepompong budak wicet tu dan taip betul-betul.

Benda basic macam huruf pertama dalam ayat mesti hurut besar, lepas koma/noktah ada space dan kata nama mesti huruf pertama huruf besar patutnya dah jadi standard bila nak apply kerja. Takkan itu pun nak ajar?

Majoriti employer kat Jobstreet tak cari orang yang tak sekolah sebab platform ni berbayar.

5. Profile Picture Yang Jelas

Saya dapati ramai calon yang hantar application tak ada gambar profile yang sesuai. Gambar mesti ada sebab first impression matters. Kalau syarikat nak hire orang untuk bekerja dan mewakili syarikat tersebut menghadap customer, susah nak shortlist candidate kalau dalam takde gambar dalam application.

Daripada gambar profile, syarikat boleh filter terus samada individu ni kemas/well groomed, mesra atau jenis susah nak senyum bila hadap customer mereka nanti. Zaman Facebook / Instagram dah sekarang ni, semua orang ada smartphone, jadi tak logik kalau dapat permohonan yang masih tak ada gambar.

Make an effort. Gambar mesti terang, ada lighting yang cukup. Tak digalakkan full frontal face sahaja, at least biarlah sampai ke paras bahu tapi tak sampai ke paras perut. Baju warna neutral sahaja, tak perlu flashy sangat dan ikut kesesuaian tempat kerja yang nak dipohon.

Kalau mohon kerja kerajaan / semi-kerajaan, gambar mesti formal, kemeja dan tali leher. Kalau kerja ofis/GLC/MNC, kemeja tanpa tali leher ok lagi. Kemeja putih menampakkan yang anda ni sesuai jadi pekerja sebab stereotype pekerja ofis adalah pakai kemeja putih.

Suit dengan tie menampakkan anda ni fresh dan tak tau apa-apa, atau nak apply kerja kerajaan, ataupun dah berpengalaman dan nak minta jawatan manager. Saya elakkan imej ni sebab nampak terlalu formal dan serius.

FYI. Gambar senget atas tu berjaya dapatkan saya panggilan interview untuk dua MNC.

Filtering Process

Daripada beratus-ratus permohonan yang diterima, pertama sekali syarikat akan filter pemohon berdasarkan kesesuaian dengan jawatan yang dipohon dari segi pengalaman, jantina, education background, gaji yang dipinta, language proficiency dan kriteria lain yang mereka dah tetapkan. Ada job perlukan calon fasih berbahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

Kemudian kalau masih ada banyak lagi permohonan, mereka akan filter out pada benda yang anda rasakan remeh tadi seperti takde gambar profile, gambar profile yang tak bersesuaian dan yang skil menaip macam orang tak sekolah.

Kalau boleh, syarikat nak panggil interview orang yang serius dan layak sahaja sebab yang approve nanti adalah boss dan boss memang sibuk. Jadi pastikan permohonan anda solid supaya anda pun tak buang masa apply tapi tak dapat.


Follow tips penting ni supaya dapat peluang yang lebih baik untuk dipanggil interview melalui Jobstreet. Saya rasa platform lain pun lebih kurang je. Nak dapat panggilan interview ni kunci dia adalah application yang mantap dan job position yang sesuai dengan anda. Itu je sebenarnya.

Share kepada kenalan anda espcially fresh graduate supaya tak lakukan kesilapan biasa seperti di atas.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

2 Comments

Leave a Reply