Tips Beli Tiket Murah AirAsia 2017

Reading Time: 2 minutes

AirAsia ni banyak promosi, jadi bila sebenarnya yang boleh dapat tiket paling murah ni? Di sini saya senaraikan bagaimana nak dapat tiket murah daripada AirAsia.

1. Beli awal. Biasanya AirAsia akan buat promosi free seat, atau RM1 fare atau yang sewaktu dengannya untuk jual seat dengan promosi paling banyak. Tiket ni biasanya untuk travel 6 bulan ke hadapan. Memang murah waktu ni.

Of course masa jualan ni bukan semua route boleh dapat fare seperti diiklankan. Contoh, route yang popular pada masa cuti sekolah memang susah nak dapat free seat seperti yang diiklankan, tapi still murah kalau beli time ni.

2. Between 4-6 months sebelum travel. Kalau nampak dia tulis promo tu, maksudnya memang habis promo dah. Kadang-kadang akan ada promosi 20% off atau promosi lain yang buat harga promo tadi turun sikit, tapi ikut nasib. Untuk tempoh masa ni, kena perhatikan dua faktor penting, destinasi tiket yang kita nak beli dan timing masa nak travel samada high season atau low.

Kalau pergi ke destinasi yang jenis suam-suam kuku dan bukan major tourist attraction, boleh tunggu waktu promosi between 4-6 months before travel.

3. Destinasi dan timing. Destinasi dan timing memainkan peranan yang besar dalam penentuan harga tiket dan promosi. Mana-mana destinasi popular waktu cuti sekolah memang confirm takkan ada promosi gila-gila. Jadi penting sebenarnya untuk buat homework tentang destinasi yang anda nak lawati tu samada masa tu tengah high season atau tidak dan samada destinasi tersebut major tourist attraction atau tidak.

4. Final Call promo. Biasanya promo Final Call ni untuk travel date sehingga empat bulan ke hadapan. Masa ni boleh gunakan Big Points untuk redeem tiket. Tak perlu tunggu final call promo ni kalau destinasi popular sebab anda memang takkan jumpa tiket murah. Final call promo ni sesuai untuk destinasi suam-suam kuku sahaja. Destinasi popular memang kirim salam la nak dapat.

Selain tu, waktu promo seperti Final Call ni sahaja yang sesuai redeem Big Points. Waktu lain lupakan. Fixed redeption Big Points tu sangat mahal sebenarnya exchange rate dia kalau tukar daripada reward points kad kredit (kira sendiri sebab rate berbeza ikut jenis kad kredit dan bank). Elakkan redeem tiket guna Big Points kalau takde promo.

5. Tiket awal pagi. Untuk destinasi yang ada banyak flight dalam sehari, biasanya tiket awal pagi lebih murah berbanding tiket tengahari-petang. Sebabnya yelah. Orang yang ada bajet tak kuasa nak bangun terlalu awal untuk ke airport. Cuma jangan terlepas flight sudahlah ya.

Point is, Tony Fernandes always win. haha.

Kunci untuk penjimatan maksimum kalau travel ni adalah planning. Kalau plan setahun awal untuk travel, confirm boleh save banyak sepanjang travel sebab tahu semua aspek yang boleh jimatkan duit. Minimal or last minute planning biasanya akan menyebabkan anda spend lebih untuk travel.

Apa-apa pun tips saya ni subject to change bergantung kepada polisi AirAsia dan ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Tak semestinya apa yang saya tulis ni boleh dapat 100% dan artikel ini hanya untuk memberikan gambaran tentang macam mana anda boleh dapatkan tiket murah AirAsia. Ok?

Siapa ada tips lain boleh tambah bawah.


Posted

in

by

Comments

4 responses to “Tips Beli Tiket Murah AirAsia 2017”

  1. jama mat yunus Avatar

    Info yang berguna utk berjimat jika plan nak gi holiday… Tq

  2. asyrafasri Avatar

    Okay baru tahu. Thanks for sharing mentor ..

  3. Nurul Nadiah Avatar
    Nurul Nadiah

    Bagus info ni.. Next time travel overseas boleh la berjimat sekali..hehe

  4. JMR Avatar

    at the end, TF gak yang menang..terbaik