Tilam Statfree Goodnite Untuk Tidur Yang Lebih Nyaman

Saya seorang yang sangat pentingkan tidur. Saya jarang tidur lambat kecuali kalau terpaksa dan rutin ni memang dah diamalkan sejak zaman sekolah dulu lagi. Saya sentiasa pastikan masa tidur saya sentiasa cukup.

Selain daripada masa tidur yang mencukupi, tilam yang digunakan juga memainkan peranan yang penting untuk tidur yang lena. Itulah sebabnya saya excited bila diberi peluang untuk melakukan review tilam Statfree daripada Goodnite.

Goodnite adalah pengeluar tilam tempatan yang telah bertapak di Malaysia sejak 1989. Dengan pengalaman mereka, sudah tentu tilam yang mereka keluarkan berkualiti tinggi.

Kenapa tilam yang bagus penting? Pertama sekali untuk memberikan sokongan pada seluruh tubuh badan kita semasa tidur. Tilam yang bagus akan memastikan berat tubuh tidak tertumpu pada satu bahagian sahaja yang menyebabkan postur tidur yang salah. Bila postur tidur tak betul, mulalah masalah sakit belakang.

Tilam Statfree Goodnite mempunyai 5 zone pocket system di mana lima bahagian tilam mempunyai kadar sokongan yang berbeza untuk memastikan tulang belakang sentiasa berada pada alignment yang betul sepanjang malam. Memang terasa perbezaannya selepas malam pertama saya tidur atas tilam ni.

Apa itu Statfree? Tilam Statfree daripada Goodnite berfungsi untuk membebaskan badan daripada elektrik statik yang terkumpul di dalam badan akibat daripada pendedahan kepada barangan elektronik dalam kehidupan seharian.

Untuk pengetahuan anda, badan manusia berupaya menyimpan sehingga 30,000 Volt elektrik statik dan kadar elektrik yang tinggi inilah yang menyebabkan masalah tidur tak lena, sakit kepala, letih dan lesu. Dengan teknologi Statfree, ia akan mengimbangkan elektrik statik yang berlebihan dalam badan kepada paras yang normal.

Teknologi Statfree dihasilkan dengan menggunakan gentian serat karbon di dalam lapisan fabrik tilam Statfree Goodnite. Gentian karbon menyerap elektron daripada lapisan fabrik yang bersentuhan dengan tubuh badan kita dan akan membebaskannya ke udara pada voltan yang rendah (4000 Volt). Pergerakan elektron keluar daripada tubuh badan kita akan mengurangkan tekanan pada tubuh seterusnya memberikan kelegaan dan tidur yang lena.

Teknologi Statfree telah dikaji keberkesanannya oleh Profesor Dr Idzikowsky dan hasil kajian memberikan keputusan yang sangat memberangsangkan. Teknologi Statfree memberikan kualiti tidur yang lebih baik dan menangkis pengumpulan habuk pada tilam (bagus untuk mereka yang mempunyai asma).

Tidur yang berkualiti tu penting lebih-lebih lagi bila dah berkerjaya dan berkeluarga. Dulu masa student kita mungkin anggap tidur ni tak penting, selalu tidur lambat dan tak cukup tidur, tapi bila dah semakin dewasa, kesan tidur yang tak berkualiti boleh dirasai serta merta. Bila tidur tak cukup, mulalah takde mood dan sentiasa negatif sepanjang hari. Prestasi kerja akan terganggu, mood orang sekeliling kita pun akan terjejas.

Gembira sebab ada tilam Statfree sekarang. Memang dapat rasa perubahan besar. Untuk info selanjutnya, boleh layari laman web Goodnite. Untuk masa sekarang, mereka tidak mempunyai showroom tapi kalau nak beli, bolehlah dibeli dari pengedar mereka atau daripada lawan web Goodnite.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment

Leave a Reply