Tiket Percuma Business Class Singapore Airlines Kuala Lumpur – Istanbul

Reading Time: 3 minutes

Benda ni dah lama saya tahu, cuma baru sekarang dapat buat. Jadi saya ajar sikit macam mana.

Tiket Business Class Singapore Airlines return Kuala Lumpur – Istanbul ni harganya bermula dari RM13,500 dan cukainya adalah RM141.10. Dari KL, bertolak samada dengan MAS, Silk Air ataupun Singapore Airlines. Kalau pilih Singapore Airlines, boleh dapat naik kapal terbang baru Airbus A350-900. Kalau flight dah hampir penuh, harga tiket dia pun naik lagi.

Bila nak terbang destinasi jauh ni, sentiasa cari kapal terbang baru, baru puas hati.

Saya dapatkan tiket percuma Singapore Airlines ni menggunakan tebusan points Krisflyer. Sebanyak 90,000 points diperlukan untuk redeption flight ni. Pada asalnya kami bercadang untuk ke Cape Town dengan nilai redemption yang sama, tapi nampak gayanya macam susah nak tiker yang confirm.

Untuk tebusan points Krisflyer ni, ada dua kategori iaitu Saver dan Standard. Saver lebih menjimatkan berbanding Standard dan biasanya tiket Standard memerlukan 90,000 points lebih banyak berbanding Saver (bergantung pada route). Saya redeem tiket Saver untuk route ni. Apa bezanya? Kebanyakan tebusan Saver akan Waitlist manakala majoriti Standard rate akan terus confirm.

Waitlist tu apa? Waitlist tu maksudnya kena tunggu dulu sebelum dapat tiket. Tak tentu berapa lama kena tunggu, kadang-kadang sehingga beberapa hari sebelum tarikh berlepas. Itu sebabnya kadar terbusan Krisflyer points lebih rendah berbanding Standard. Walaupun begitu, kadang-kadang Standard rate pun boleh jadi Waitlist.

Waitlist ni bukanlah maksudnya susah nak dapat, just that mereka nak utamakan orang lain yang ada membership status lebih tinggi dan penumpang yang membeli. Nak tinggikan peluang dapat confirmation cepat banyak caranya dan saya dah ceritakan dalam entri sebelum ni: Understanding Krisflyer Redemption – How to Successfully Redeem Your Miles

Macam mana nak dapat point Krisflyer banyak ni?

Selain daripada beli tiket Singapore Airlines untuk kumpul point, boleh gunakan redemption point kad kredit untuk dapatkan point Krisflyer. Kadar tukaran kad kredit yang saya guna adalah 8480 point bagi setiap 1000 Krisflyer points. Untuk dapatkan tiket ni, saya perlukan 763200 point dalam kad kredit saya.

Saya dapat 5 point bagi setiap RM1 perbelanjaan. Jadi saya dah spend dalam RM152,640 dalam kad kredit untuk dapatkan tiket ni. Disebabkan kad ini digunakan untuk pembelian inventori business saya, dapatlah kumpul jumlah point sebanyak itu selepas dikumpulkan hampir tiga tahun.

Setiap Ringgit yang saya spend gunakan kad kredit ni akan dapat balik 8.8 sen untuk dapatkan tiket Business Class ni. Oklah, 8.8% pulangan. Kalau tukar ambil voucher Giant, baru dapat 0.01 sen bagi setiap RM1 perbelanjaan. Rugi! Untuk memaksimakan nilai point kad kredit, paling berbaloi adalah tebus tiket flight. Tak dapat Business Class, Economy pun jadilah.

Banyak kad kredit lain yang boleh dapatkan nilai pulangan yang lebih baik. Jadi tengok baliklah kad kredit anda bagi tukaran macam mana. Kad yang saya gunakan ni bukan yang paling bagus, tapi bolehlah jugak nak dapat. Yang penting buat homework dulu sebelum pilih kad kredit. Tak boleh main ikut cakap orang ambil mana suka.

Kalau nak beli sendiri tiket Business Class, belum mampu lagi. Bila dah buat bisnes ni, merasalah jugak.

Ada soalan boleh tanya kat bawah. Sharekan pada kawan/family yang gunakan kad kredit.


Posted

in

by

Comments

6 responses to “Tiket Percuma Business Class Singapore Airlines Kuala Lumpur – Istanbul”

  1. Azha Avatar
    Azha

    Yang ni Maybank AMEX KrisflyerGold Credit Card ke atau any credit card convert ke KrisFlyer miles?

    1. Ariff Avatar

      Amex Krisflyer boleh. Kad2 lain pun boleh, kena check dengan bank

  2. Eray Majid Avatar

    baru nak cuba-cuba travel luar Malaysia, impian pusing dunia sebelum tutup mata

  3. Kal Avatar
    Kal

    Kalau kad debit valid ke dapat point?

    1. Ariff Avatar

      Ada yang dapat, ada yang tak. Check dengan bank

    2. M Azmi Avatar
      M Azmi

      Kalau belanja guna debit card, pointnya ciput saja. Biasanya 1/18 dari kad kredit.