Tiket Percuma AirAsia

Reading Time: 2 minutes

tiket-percuma-airasia

Saya bukan blogger AirAsia tapi disebabkan entri Bagaimana Mendapatkan Tiket Paling Murah AirAsia? mendapat sambutan luar biasa sampai pecah server, nak bagitaulah kepada mereka yang nak travel hujung tahun ni atau awal tahun depan boleh borong tiket percuma AirAsia bermula jam 12 tengah malam ni (23 Februari 2014).

Kepada yang tak tahu, tiket free ni adalah tiket yang korang hanya perlu bayar airport tax je. Tapi add-on lain seperti makanan dan checked baggage kena bayar sendiri la. Lemak la kalau semua benda nak free kan.. So macam mana nak dapat tiket free ni? Follow step bawah ni:

1. Syarat yang paling penting adalah korang kena jadi ahli Big. Pergi ke https://www.tune2big.com/web/guest/login

tiket percuma air asia

2. Klik apply untuk free membership tu. Ikut step untuk registration macam biasa. Very simple and straight forward.

3. Bila dah dapat akaun tu, standby jelah pukul 12 nanti. Akan ada banner untuk redeem tiket secara percuma (RM0 atau 0 point redemption). Klik pada banner, login dan cari tiket yang anda mahu. Kalau ada, sambar terus!!

Jangan jadi macam saya sebelum ni. Dah dapat tapi teragak-agak nak beli. Last-last terlepas.

4. Enjoy your free ticket! Share this article to your friends lepas korang dapat tiket korang.

Saya dengan wife dah ready ni untuk cari tiket. Mana tau ada yang menarik untuk 2015 punya travel.

P.s. Kan best kalau dapat jadi blogger AirAsia

Update

Ni senarai yang free kali ni untuk fly out from Kuala Lumpur.

airasia-free-kul


Posted

in

by

Comments

16 responses to “Tiket Percuma AirAsia”

  1. aishah Avatar
    aishah

    ashik *Authorisation Failed je.. memang dah tak boleh ae..

  2. elina Avatar
    elina

    salam abg ariff. saya dah register airasia big member ni kalau tak silap bulan 12 hari tu. sampai skrg belum dpt lagi kad dia. yg ade cume ID yg web bg mase register haritu. abg ariff dpt kad tu? blh ke nak buat sebarang booking atas airasia big kalau takde kad tu? thanks a lot

    1. Ariff Avatar

      Boleh. Kad tu guna untuk pembayaran je. Kalau guna kad, takde cas processing fee.

      Untuk tiket free, asalkan boleh login akaun Big, cukup dah

  3. nana Avatar

    xpsti la.. sbb register yg free ye ke erk.. huhu.. click kat BIG Points redemption then click icon flight Air Asia kan?.. dh wt then dia suh key in blik email n psswrd.. then dy tlis *Authorisation Failed. cm ne tu erk.. tolong leh x

    1. Ariff Avatar

      Rasanya saya tahu kenapa. Siapa yang register hari ni memang tak boleh masuk. Kena register semalam baru boleh masuk.

  4. nana Avatar

    nape xleh nk claim reward tu erk.. dh mskkn email n psswrd yg btl kot.. =(

    1. Ariff Avatar

      hm.. apa yang tak cukup? saya dah dapat tiket saya tadi

  5. Ashraf Avatar
    Ashraf

    Kenapa complicated sangat? Err… kejap BigShot ID kejap password…

    1. Ariff Avatar

      Biasalah. Nama pun barang free. Kena usaha sikit untuk dapatkannya

  6. Farid Laham Avatar

    wah best ni..kene tempah awal2

  7. nor Avatar
    nor

    lupa pasword big apa yang perlu dibuat

    1. Ariff Avatar

      Reset password. Go here

  8. mija Avatar

    harii lain takde ke??

    1. Ariff Avatar

      Ada lagi. Baru je beli

  9. Faizal Fredley Avatar

    wah nk daftar jap lagi..

  10. nurmisnan Avatar

    Awal2 dah daftar.. tggu mlm ni