Tiga Bulan Bercuti Di Moscow

Reading Time: 2 minutes

Tahun-tahun sebelum ni biasanya exam aku habis paling awal pun 22hb tapi tahun ni, 14hb dah final paper untuk semester akhir ni. Kalau ikutkan, 16hb tu dah boleh balik Malaysia dan 17hb petang dah boleh makan durian. Tapi nak buat macam mana kan, ni tahun akhir aku kat sini. Lepas ni takde lagi dah nak tengok Moscow kecuali mungkin ada kalau aku nak datang tengok World Cup 2018. Tu pun kalau mampulah.

 

Semester depan cuma tinggal nak buat final year project dan bulan Januari kena present. Lepas present tu kalau paperwork dan terjemahan Diplom semua siap cepat, bulan Februari aku boleh tinggalkan negara ni. Rasa sayang nak tinggalkan pun ada sebab aku suka negara 4 musim ni dan aku suka tinggal di negara-negara yang ada European influence ni. Ada keunikannya yang tersendiri.

 

Pemandangan biasa musim panas di Moscow. Lebih banyak gambar dalam entri akan datang.

 

Orang tanya apa aku nak buat kat bercuti di Moscow sampai tiga bulan musim panas ni? Frankly speaking, macam-macam yang boleh dibuat, antara nak dengan tak nak je. Sebenarnya sama je, kalau aku balik Malaysia, bukannya aku kerja pun. Duit habis sebab keluar rumah tiap-tiap hari. Oklah, mungkin kalau nasib baik dapatlah lagi satu phone free daripada Maxis10 dan mungkin dapat jemputan buka puasa kat hotel lagi. Itu pun kalau dapat.

 

Semalam jamuan batch sempena untuk sempena dua orang rakan nak habis study semester ni, birthday seorang rakan lagi dan lagi seorang yang nak kahwin cuti musim panas ni. Agak kelakar dengan reaksi segelintir rakan aku terhadap rakan tadi yang nak kahwin masa raya, ‘sempat ke nak siapkan majlis semua?’ Pada aku benda-benda leceh dan membazir dalam adat kita nilah yang buat benda baik macam ni susah nak disempatkan. Tak payah majlis besar-besar, student pun lagi. Asalkan semua berjalan lancar, kedua-dua belah pihak setuju pun cukup dah. Yang penting bakal raja sehari ni hidup bahagia dengan pasangannya sehingga ke akhirnya.

 

Aku mungkin nak keluarkan sebuah ebook cuti ni. Dalam ebook tu aku akan tunjukkan step by step WordPress SEO dan mungkin untuk Blogger sekali, tapi part Blogger tu aku kena buat research lebih sikit. Nak letak seberapa banyak content yang boleh dalam ebook tu, selengkap-lengkapnya dan bukan copy paste daripada entri lama aku. Semuanya akan ditulis semula. Berapa harga yang sepatutnya aku letak? Kalau harganya dalam linkungan RM50-100, rasanya ramai tak yang sanggup beli?

 

Dah tersenarai dalam top link Denaihati.com selama 4 bulan berturut-turut (Febuari, Mac, April & Mei). Masa untuk claim hadiah wang tunai ni. hehe.. Aku sendiri tak sangka boleh dapat untuk 4 bulan berturut-turut (semuanya tempat kedua – memang konsisten). Apa-apapun, kepada sesiapa yang belum follow @Denaihati di Twitter dan Facebook, eloklah berbuat demikian. Banyak yang dia ingin berikan kepada Network Blogger Malaysia. Persoalannya sekarang, adakah anda sanggup berusaha untuk mendapatkannya?


Posted

in

by

Comments

18 responses to “Tiga Bulan Bercuti Di Moscow”

  1. Puteri Balqis Avatar

    Wahhh….3 bulan di Moscow…Kat sana xde jual durian ke..:)

  2. esempoi Avatar

    peh, gi moscow tu

  3. haiqal Avatar

    aku rasa baik kau letak 40.Then kau kata untuk limited time je.sure laku masa tu.hehehe

  4. Dila.13 Avatar

    Durian.. durian.. Cepat balik makan durian, En Ariff :) Btw, ebook SEO tu boleh dijual dengan harga pengenalan RM40 dulu untuk X ebook terjual. Lepas dah cukup kuota, bolehlah naikkan sikit ke RM50 (maksudnya penerimaan pembaca memberangsangkan). Jangan lupa nanti beri saya review dulu ebook tu. hehehehe!

  5. Denaihat Avatar
    Denaihat

    Adalah masa godek blog aku ni….ha ha ha. Menarik ebook SEO ni boleh bincang ni.

    1. ariff Avatar
      ariff

      ada nanti saya kasi bro terus je satu copy.

  6. Denaihati Avatar

    nampaknya ada lah masa mengodek blog aku ni ha ha ha

    1. ariff Avatar
      ariff

      nanti bro bagitau jelah apa2 yang nak diperlukan bantuan. mana yang saya reti buat tu saya buatkan.

  7. Syazwan Avatar

    mesti best habiskan summer nanti kat negeri orang. heheh
    pasal e-book tu, rasanya orang sanggup je membayar harga tinggi untuk ilmu yang memang berguna.

  8. namaakulynn Avatar

    oh,kiranya kalau nak balik cuti dah boleh la eh?nak habiskan masa kat sana la ni..mesti sayang nak tinggalkan sana.amik pic banyak2 sikit dah alang2 nak habiskan masa kat sana. ;)

    p/s:ebook?we ollss sokong ariffshah! ;)

  9. Lord Zara Avatar

    Buat ebook ARiff. At least orang boleh dapatkan ilmu dengan bacaan lebih baik kan?

    :)

  10. Fikri91 Avatar

    wah bestnya belajar dekat moscow..
    Aku plak masih melekat dekat Malaysia..
    kalau ko nak buat ebook gtau aku ae…
    Aku nak orang yang pertma review ebook ko…

  11. Sabahan Bloggers Club Avatar

    Kalau harga eBook tu di bawah RM30, jangan lupa beritahu saya kalau dah siap. Saya nak beli dua copy. Satu untuk saya dan satu lagi hadiah untuk contest kat blog. Harga kasi diskaun yer bro. ;)

    1. ariff Avatar
      ariff

      30 macam kurang berbaloi dengan effort and content yang ditawarkan. Takpe. Tengok dulu macam mana.

  12. ekspresiruang Avatar

    insyaAllah beli kalau harga berpatutan. rasanya RM50 tu ok kot. hehe. jalan2 tu jgn lupa snap gambar share kt sini bro. nak gak tgk bumi Russia. Aku suka bumi bekas perang dunia ke-2 ni especially Berlin. Huhu.

  13. Ali ridha Avatar

    harga biarlah adil.jangan pula
    letak rm59.99 atau rm99.99.
    nampak sangat nak untung 1 sen.hehe..

  14. namia Avatar
    namia

    terbaik lah … kalau betul lah ada ebook dri ariff shah memang tak akan lps kan …

  15. fyzal Avatar

    kalau ebook betul2 penuh info.. rm50 tu kire murah la bro.. orait la tu.. bila affordable, ramai orang boleh beli :)