Tiada Facebook Di Pejabat Kerajaan & GLC

“Sila tunggu sebentar ya encik..”
(Gambar dari page Only In Malaysia)

Pada pandangan aku kerajaan haruslah menyekat laman web sosial seperti Facebook dan laman web video seperti Youtube di semua pejabat kerajaan, pejabat swasta yang ada kaitan dengan kerajaan (Government Linked Companies – GLC), hospital, balai polis, pejabat di markas tentara. Pendek kata segala pejabat yang berkaitan dengan kerajaan dan rakyat harus disekat internetnya daripada melayari laman web seumpana ini. Mudah je sebenarnya benda ni, supaya pekerja tak leka melayari laman-laman web ini yang sememangnya melekakan.

Kawan aku, Amir Fikrie yang baru sahaja tamat internship di Porsche Design, Germany ada bagitau yang benda ni adalah normal di sana. Kat pejabat Porsche tu, semua kena sekat termasuklah Gmail dan segala jenis perkhidmatan email awam di internet tapi seingat aku diorang dapatla alamat email dengan domain @porsche.com. hoho.. Kalau guna email tu, memang bertambah handsome. Serius aku cakap. Kasi alamat email tu kat orang mesti orang respek habis-habisan. Tapi itulah, email tu boleh diakses kat pejabat Porsche je.

Pernah tak call service center TM atau apa-apa syarikat kat Malaysia, lepas tu dapat mesej: “Maaf, operator kami sedang sibuk. Sila tunggu di talian. Anda akan dilayan sebentar lagi.” Lepas tu dia mainkan lagi yang menyakitkan telinga dan tak sedap langsung. Tunggu sepuluh minit, ulang balik mesej sama. Masa ni sape yang guna prepaid memang dah letak telefon sebab tak sanggup tunggu bazir kredit. Apa agaknya diorang buat eh?

Berbalik kepada isu, benda ni memang wajar dilakukan. Gaji dibayar mengikut jam bekerja, bukan mengikut kerja yang diberi. Kalau ikut kerja yang diberi, pekerja tak perlu punch card, tak perlu datang pejabat. Dapat task, siapkan dan dapat bayaran. Tapi sistem kita bukan macam tu. Kat Malaysia kerja ikut jam, masuk pejabat pukul 8, balik pukul 4. Oleh itu, bekerjalah dalam waktu kerja anda dan janganlah main Facebook.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

67 Comments

  • intanazlina

    8 November, 2010 at 4:22 pm

    Salam,

    1st time nak komen kat sini…

    sbb perlu sekat FB ni, akibat leka bermain games… network akan slow secara tidak langsung menyukarkan org lain menyiapkan kerja. Terutama nye tugasan memerlukan akses kpd network.

    Ade pro and con, cuma perlu pandai2 la meggunakan nye.

    Jgn la terlalu asyik smpai terabai tugasan yg diberikan..

    Sbb tu kat office ni mmg block dr access to FB. Macam 1 kesalahan besar jika terkantoi tgh akses FB.

  • cik melur

    7 November, 2010 at 8:50 pm

    kat opis aku kat utusan, leh bukak pukul 1-2 dgn 6-7 jer… kami bukan glc tapi kene gak! hahaha… oleh itu, korang akan nampak budaya lunch awal sbb nak on fb pukul 1 tu..huhuh..

  • Vanilla Espresso

    6 November, 2010 at 8:37 pm

    Salam ariff, apa yang u paparkan tu memang betul kebanyakan pejabat kerajaan yang suka melengahkan masa untuk berurusan dengan customer walaupun customer dah ada kat depan counter dia orang nie sebok buat benda lain tah-tah tengah FB tu lah pasal lembab buat keja,tak fast and efficient langsung masa menjalan kan tugas, I sokong blog all laman web yang boleh mencacatkan tugasan harian sesebuah company!!!

  • akubiomed

    5 November, 2010 at 10:16 pm

    Facebook ni addicted kalau tak dibendung boleh menjadi masalah kepada prestasi terutama yang perkhidmatan pelanggan. Kalau asyik ngadap FB bila nak layan pelanggan

  • MIEYRA

    5 November, 2010 at 10:00 pm

    hi arif,
    aku nk komen ckit pasal keje customer service yang ko ulas kt ats tu.ko bg contoh TM kan.aku dh 3 tahun dlm bidang ni dan mmg call centre takde akses internet untuk social network and even gmail ye.gmail cme boleh tgk email shj.this is true.yang call customer di holdkan lame is because mmg call queue memanjang.even klau dibnarkan akses internet pn mmg xsempat cuz call trus msuk n bkn tngu agent jawab ye.so must be ready all the time.mse aku keje customer service dkt celcom dlu,mmg call sentiasa queue dan kalau setakat jawab 100 call tu perkara biase je.itu boleh dikatakan minimum call tau.mmg byk call.so jgnla tuduh ktorg cmtu ye…tak baik tau…mmgla ade yg cmtu tp kebnykan company mmg dri awl xbg…huhu…sme cm ko ckp…mende ni melalaikn.tp skunk aku dh xperlu jwb call sebnyak tu…dah naik pangkat…klau x…boleh gile oi…haha

  • syahrilhafiz

    5 November, 2010 at 8:37 pm

    setuju…ok senang cite kat tempat aku belajar pun macam tu..
    staf download cerita adamaya…apa cite..nasib aku nampak..
    cerk..(download dari youtube la)…
    tapi itu la..bagi aku, yang perlu disekat orang yang diperlukan segera je macam operator, kerani dan bla3..sebab diorang ni ni yang banyak dok chat YM…

  • anastasyea

    5 November, 2010 at 6:07 pm

    betul tu .. tapi tak kan sampai 24 jam nak tutup. nanti mcm mana pekerja bawahan yg tak ada internet kat rumah nak celik IT. mcm kat office saya sekarang, sekatan hanya dilakukan pada waktu berkerja je. waktu rehat, lepas time office or hujung minggu dibenarkan. so kira adil la. =)

  • ZulAswadi

    5 November, 2010 at 2:04 pm

    setuju 200% dengan cadangan en.ariff ni. waktu keje kena keje lah jangan dok asyik ngan fb sume keje xjadi.aku sendiri pun kalau kat rumah ade keje nak buat mesti kena logout fb,ym kalau tak semua keje tak menjadi memang berhantu fb ni huhu..:)

  • madlut

    5 November, 2010 at 11:49 am

    sekat je…sakit hati bila telefon mana2 customer service telco, kena dengar lagu dan iklan dorang sampai 10 15 minit…customer service bank pun sama

  • Lord Zara

    5 November, 2010 at 10:33 am

    Kat sekolah aku Pengetua galakkan cikgu guna FB.
    >.<

    pastu bila dia minta FB aku, aku create another account just untuk sekolah. adakah dia expect aku bagi acc yang sekarang ni? mau pitam dia~

    hahaha~

  • CJ'alhafiz

    4 November, 2010 at 4:23 pm

    sokong…macam ni baru produktiviti and prestasi kerja meningkat…=) tapi skrg ni macam kerajaan sndiri yang galakkan guna laman sosial…..

  • Hisyam

    5 November, 2010 at 1:02 am

    internet sememangnya boleh ketagih seperti dadah. facebook ni seperti salah satu jenis dadah internet. jika korang tak dapat ekses facebook, korang tak boleh duduk diam juga betul?

  • Amir F.

    5 November, 2010 at 12:46 am

    haha.. Thanks Arep..

    aku memang setuju tu fb, twitter, dsbgnya memang ganggu produktiviti atas kepentingan organisasi tu jugak.

    satu sebab kenapa diorng tak bagi akses kpada e-mail sendiri tu atas sebab keselamatan. kalau semua orang guna e-mail syarikat diorng boleh pantau rekod keluar masuk maklumat dn fail apa2.

  • takky

    4 November, 2010 at 11:39 pm

    nak men FB boleh je but ikut mase yg sesuai…
    such as time lunch @ time mmg x de org @ customer mase 2….
    jgn 24/7 je nk FB

  • eiela

    4 November, 2010 at 11:05 pm

    Fenomena berfacebook memang bahaya,,haru biru tak macam laman sosial yang lain. Pengguna dia je lebih 500 juta. Tapi bagus di’block’ sebab ia melalaikan,,kerja tak productive jadinya. Block bukan setakat dalam Gov and GLC je swasta pun sama.

  • hanisaleeya

    4 November, 2010 at 10:53 pm

    uitm pun block facebook kut.. sampai jam 6 baru boleh bukak..dengan library2 takleh bukak fesbuk padahal patutnya boleh je.. dah la line macam siput…

    tapi kalau semua nak sekat pun takleh gak.. sbb ada jabatan kerajaan yang buat pengumuman kat fesbuk, macam jabatan penerangan.. nis da tau sape admin page tu. a blogger tp takleh la nk bgtau nama dia..

    kalau domain@petronas.com.my pun nampak klass jugak kan? haha.. my dad. heish.. dia sakat dik nis suruh ambilkan email kat pejabat.. padahal boleh je bukak kat rumah..

  • iamnerves

    4 November, 2010 at 9:36 pm

    block gegile-gile kat pejabat or tempat yang handle dengan orang ramai contohye kat kaunter or operator…
    sebab kat situ yang problemye..
    yang kat ofis pun ok gak sekat..untuk elak kelalaian semasa kerja..
    aiceh
    =)

  • ailyl rozanna

    4 November, 2010 at 8:38 pm

    hahaha setuju sgt ! weh even dekat pejabat Al-Ikhsan Sports tempat i kerja memang di block semua jenis website kahkahh. ape pun tak boleh buka. Bagus gak la. dengan itu semua staff boleh bekerja dengan penuh dedikasi ! takde lagi mengulorrr. huhuu (pssstt : tapi kekadang bosan gak tak leh surf tenet!)

  • cahaya

    4 November, 2010 at 8:27 pm

    memang pon..ari tu kol celcom center..perghhh..masak..lepas tu kol hospital kerajaan..dekat setengah jam jugak dia nk sambung tu..padahal mase g hospital untuk bt appoiment tu..dorang ada je menebeng kat kaunter tu bergelak ketawa. entah apelah yg dorang buat tak angkat telefon..tp kalau mcm sesetengah tempat di jabatan kerajaan, memang dia sekat semua benda ni..mcm hari tu buat latihan industri kat jabatan kerajaan bahagian data, semua dia sekat..email just boleh baca je..tak boleh balas pon..jadi dorang hilangkn bosan dengan mencari resepi2 untuk di cuba di rumah nanti..hehe..

  • mas

    4 November, 2010 at 7:45 pm

    it is proven dat Facebook ini memang melalaikan. so i dont think it should be banned in gov. sector/GLC and etc only.

    Perlu juga diharamkan di private company as well (not necessarily GLC) sebab apa, ia memang mengganggu fokus seseorang tak kirala dia kerja kerajaan or swasta dan sesungguhnya menghabiskan boreh majikan yang membayar gaji pekerjanya.

  • zharmin

    4 November, 2010 at 6:43 pm

    Setuju…patut dah lama diban facebook ni kat office. Bukan sebab dengki, tapi kalau asyik khayal@lalai main facebook sampai pelanggan depan mata pun boleh buat bodo je, lebih memberi keburukan adalah…

    Tiap tahun gaji naik je, tapi kualiti perkhidmatan tetap macam tu….membazir2…

  • ZUL

    4 November, 2010 at 5:55 pm

    mungkin tak ramai yang tahu, pejabat kerajaan dah lama blok FB dan yang sewaktu dengannya. Yang kat atas tu kaunter TM la, TM tu bukannya jabatan kerajaan.

  • Anwar Osman

    4 November, 2010 at 5:50 pm

    ada yang mcm tu rupanya? sangat addict ngan facebook la tu.
    aku x berfacebook sampai mcm tu skali. login pun kejap2 saja. keja tetap jalan.

    member kat 7eleven jaga bahagian server sistem 7e. hanya dibenarkan berfb selama 15minite sehari(selama masa bekerja). sistem kat 7e auto disable fb after 15minutes of use.

    Gomen boleh contohi sistem nie. Terbaik.

  • arrizz

    4 November, 2010 at 5:48 pm

    bukan setakat block FB jer, block sekali segala macam unblock site punyer software tue..baru betul-betul block namanya..:)

  • Mai

    4 November, 2010 at 5:12 pm

    Btul ke pmpn ni dh kena fired..? erm elok lah aku pn pnh kena nk byr bil tp dia pny tottetotetottet kt dashboard lama sgt aku jln ke tpi tgk2 operator 2 tgh ber fb…hangin aku ase nk mnyumpah je..ingt aku tiang ke hape bdiri kt dpn 2?

  • fara

    4 November, 2010 at 5:03 pm

    *new reader ;) salam perkenalan
    surf febsuk tu tak salah, org yg surfing melampau2 tu yang salah.. patut2 lah kalau nak surf.. sape yg keje bahagian IT, administrator tu mesti pandai godam even dah kene block pun.. hehe

  • iela

    4 November, 2010 at 4:59 pm

    Memang betul tu.. haritu pergi la klinik kerajaan kat Shah Alam ni. Ada sorang lelaki ni duduk kat kaunter sambil melayan facebook. Lepas tu bila kena melayan orang boleh plak dia menguap..pastu macam nak tak nak je layan.. nasib baik la aku tak amek gambar.

  • Chybee

    4 November, 2010 at 4:51 pm

    betul2. bukan porsche je mmg semua company pon block benda2 hiburan ni. tapi blog, wordpress sume still boleh buka that’s why boleh update time internship n thesis dulu :p

  • mimie azimask

    4 November, 2010 at 4:49 pm

    yup.. agreed!!!!

    menyampah juga bila tgk pc org asyik FB je…
    nasib baik kat kementerian mie dah kena block..
    tapi yg bawak berukband tuh dapat access…
    kerja disuruh tertangguh tangguh…. FB depan mata ditatap…

  • belalang

    4 November, 2010 at 4:31 pm

    klu x silap belalang indonesia mengenakan sekatan terhadap akaun facebook oleh kakitangan awam di negaranya sekitat pertengahan tahun sudah.

    memang wajar sangat sekat je segala laman sosial di opis2 kerajaan nih.

  • fazidahaziz

    4 November, 2010 at 4:26 pm

    setahu aku,,,gov mmg x leh access benda nie semua melainka diorang pakai proxy…..dh block pun…masing2 cerdik lebih….

  • Kancilbiru

    4 November, 2010 at 4:24 pm

    bukan setakat buang masa, menyebabkan network pun slow bangat….org nak buat development, searching source code pun lembab…mencik! ada jugak yang dah pandai guna tunnel la nak masuk FB…hurmm….lantak lah…

    tapi jangan block blogger dah ler…ekeke…

  • L.Y.N.N

    4 November, 2010 at 4:23 pm

    teringat zaman dulu2 kat hostel..
    nak tepon mak bapak guna reverse charge punye tepon..
    mmg sangat menguji kesabaran laahh..
    nak tunggu operator tm tu angkat,,gile punye lama!
    tunggu punye tunggu,,last2 ”maaf..talian anda tidak dapat disambung..sila cuba sebentar lagi!”..
    mmg rasa nak hempukkk je tepon tu..

    tp,dulu2 tak tau la operator2 TM tu kusyuk layan ape..fb tak wujud lg..
    emmm..friendster mungkin?!!hahah

    p/s:::and,pasal tepon ber-operator ni jugak..pernah sekali..tengah kusyukkkk ‘puji-memuji’ dengan bahasa yg ‘sopan’ dsbabkan dah fedup tgguu..tiba2 betul2 operator angkat!gotcha!hahaha..kesimpulan::::jgn mengata dlm tepon..haha

  • Azah

    4 November, 2010 at 4:20 pm

    kat tempat aku, memang dah lama start benda ni.
    Facebook, mmg totally block time office hours. tepat jam 1-2ptg, n 5 ptg ke atas, blh akses blk. Effect nye.. pelajar turut sama x dpt akses.
    tp aku rs, byk kebaikan dr keburukan.