Terharu

Ehem. Dah habis belajar ni, biasalah saya cuti sikit. Jangan marah ye kalau tak update blog lama. Tiap-tiap hari hadap komputer, tak tulis blog tapi main game. Bila lagi kan nak dapat peluang macam ni..

Dalam ditinggalkan blog macam ni pun, alhamdulillah vote untuk Malaysia Social Media Award tetap masuk. Tak sangka boleh potong calon-calon yang awal. Agak terharu bila tengok bilangan undi dah capai 300+, siap boleh potong boss saya lagi (sekarang ni saya ada 342 manakala boss ada 330). heheh..

Objektif saya masuk award ni bukanlah nak cakap bagus ke apa tapi cuma sekadar menilai approval rating pembaca dan mereka yang mengenali. Dengan vote yang dah masuk ni pun dah cukup bersemangat untuk meneruskan aktiviti menulis blog saya. Kalau menang.. alhamdulillah. Satu lagi hadiah tamat belajar untuk saya.

Sebenarnya masih menunggu gambar masa presentation hari tu dari classmate Russian. Sampai sekarang tak upload lagi, menunjukkan bahawa budaya social media di Russia masih lagi kurang mendapat sambutan. Mereka masih ‘keep it real’ dan lebih sibuk dengan real life. Jadi sabar jelah..

Btw, siang tadi jalan-jalan kejap kat park. Ni hasil tangkapan hari ni. Tak banyak pun..

DSC_7111

DSC_7104

Ada ice sculpture dan istana ais. Yang bintik2 tu adalah coin orang letak.

DSC_7090

Untunglah budak-budak ni. Kecik2 dah dapat main dalam istana ais

DSC_7099

DSC_7088

Ada firepit. Kalau bawak jagung, bolehlah bakar. Family picnic Russian style

DSC_7108

Sejuk. Walaupun pakai glove, terasa jugaklah kebas. Beer pun kena kasi suam time sejuk2 ni

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

32 Comments