Terakhir Buat Moscow

Mood sedih. Ini adalah entri terakhir saya buat Moscow. Rasa macam nak menangis pun ada. Kalau bukan sebab Moscow, saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang. Kota sejuk beku ni banyak mencorakkan kehidupan saya, mentaliti, peribadi, pengetahuan, pandangan dan ekonomi saya.

We live in the present. Kena terima apa yang kehidupan telah berikan pada kita. Memang cerita takkan habis kalau saya fikir ‘kalau tak terima tawaran ke Moscow dulu, mesti jadi macam …. ‘. Dulu masa menempuhi kesusahan belajar kat sini, selalu sangat fikir macam tu, tapi sekarang saya terima dengan seadanya. If life give you lemons, make lemonade out of them. Deal with it!

Biasanya musim sejuk macam ni lah exam paling susah. Kelas saya campur dengan pelajar Russian, jadi memang standardnya lebih tinggi kalau kelas yang kesemuanya foreigner. Masa terpaksa duduki exam yang sama berulang kali sebab lecturer tak kasi lepas memang perit, balik kelas dah petang-malam. Kadang-kadang salji turun. Tunggu tram pulak lambat sebab rush hour. Menggigil dalam kesejukan dan kelaparan. Dengan kekecewaan sebab tak lepas dan kepenatan sebab kadang-kadang tunggu berjam-jam dari tengah hari sebelum exam .. wow.

Jadi pelajar di Moscow Aviation Institute ni bukanlah holiday atau enjoyment belajar di luar negara. Dah teruk-teruk kena macam tu pun, memang mustahil nak dapat segala jenis first class honors/dean list. Keep on dreaming la. Sangat berlainan dengan pelajar perubatan sini yang senang-senang je boleh dapat first class, just because sesi pembelajaran mereka tailored to foreigners. Kena bagitau ni sebab tak adil kalau keputusan pelajar engineering dengan pelajar perubatan di sini di bandingkan.

Hari ni merayau-rayau di bandar ni buat kali terakhir. Esok packing. Isnin last day dan petang Isnin bertolak ke airport. Flight jam 1 pagi. Selasa 10 pagi waktu Malaysia akan berada di Dubai.

DSC_7176

Stesen metro terbaru di Moscow. Masih lagi besar. Harap KVMRT nanti sebesar ini

Singgah ke Ploshad Pobedi (Victory Square). Lunch kat situ. Kali terakhir melawat tempat ni adalah masa saya awal-awal sampai dulu (hari pertama kalau tak silap). Dataran ni dibuat untuk memperingati kemenangan Soviet  dalam perang dunia (1941-1945).

Kalau ikut adat di sini, pelajar yang tamat sekolah (musim bunga) akan ke sini untuk celebrate. Sekadar mengikuti adat yang simbolik ini.

DSC_7181

Stesen metro Park Pabedi pun baru lagi

DSC_7184

Park Pabedi

DSC_7189

Siap ada leisure hall yang besar

DSC_7190

Setiap batu di tengah-tengah tu ada tulis tahun dari 1941-1945 untuk memperingati setiap tahun peperangan mereka. Setiap dataran yang ikut tahun lebih kurang 50-70m. Jadi boleh agak sendiri besar mana dataran ni

DSC_7191

Kalau spring/summer, yang tepi ni adalah kolam & fountain. So budak sekolah yang celebrate tadi memang beramai-ramai main air dalam kolam. Live wet shirt show

DSC_7196

Peta keseluruhan daratan. Besar lagi sebenarnya

DSC_7198

Singgah masjid sekejap. Ni bangunan sementara sebab bangunan baru belum siap

DSC_7201

Kat Stadium Olimpiskii (sebelah masjid) ada konsert Rammstein. Macam biasa, memang heavy presence of security officials. Kat Malaysia nak tengok macam ni tunggu event ada kaitan politik jelah..

Singgah ke Metro Sokol dan hajatnya nak pergi ke Stadium CSKA dan beli jersey kat stadium tu. Apparently, jersy pasukan bola sepak memang susah untuk dicari di kedai sukan lain seluruh Moscow. Giler. Malangnya sebab dah petang dan temperature jatuh, memang tak larat nak jalan meredah sejuk lagi. Jadi kepada yang menempah, kalau ada kat airport nanti saya beli. Kalau tak, I’m so sorry.

DSC_7208

Tiang di entrance metro Sokol

Naik tram dari metro Vikovskaya. Lalu sebelah universiti. Sayu je hati tengok.. Tak sangka episod di Moscow dah tamat.

DSC_7210

Tiap kali pergi balik uni, nampak graffiti ni. "Zachem" - For what? Kalau kita lakukan sesuatu, sentiasa tanya diri sendiri, untuk apa? Supaya kita dapat nilai semula samada apa yang dibuat tu berguna pada diri kita atau tidak. Contoh best, pergi demo/tunjuk perasaan, berguna ke?

DSC_7215

Shopping complex Shuka ni adalah shopping complex paling senang pegi. Memang on the way back from uni

DSC_7214

Another unknown journey ahead of me. The fact that it's unknown is the scariest. Hopefully there's light to guide me

Moscow. We share a love-hate relationship with each other but unfortunately now it’s time for us to say goodbye. Thank you for everything that you’ve thought me. До свидаия, Москва!


32 thoughts on “Terakhir Buat Moscow