Teori Second Degree Smoker – Satu Penipuan?

Kalau sesiapa yang pernah tengok filem Thank You For Smoking (2005) arahan Jason Reitman yang mengisahkan tentang hidup seorang jurucakap kepada sebuah syarikat Tembakau, kita boleh nampak macam-macam helah sebenarnya yang digunakan oleh syarikat tembakau untuk menggalakkan orang hisap rokok. Ini termasuklah melalui filem dan kempen kesedaran tentang bahaya bahaya merokok yang di’spin’kan menjadi sebuah kempen yang memberi manfaat kepada syarikatnya. Aku suka filem tu sebab sedikit sebanyak aku dapat pelajari tentang strategi luar biasa syarikat-syarikat besar dalam meningkatkan penjualan produk mereka.

Semalam aku melepak dengan sepupu aku, seorang perokok. Idea dia sebenarnya pasal ni, cuma aku nak kongsikan dengan korang. Adakah benar teori berkenaan orang yang berhampiran dengan orang yang sedang merokok mendapat berkali ganda keburukan daripada si perokok itu? Atau adakah ini salah satu spin yang dibuat oleh syarikat-syarikat tembakau ni untuk memberi mesej kepada orang lain bahawa lebih elok sekiranya orang yang berada di sekeliling orang yang merokok tu sekali, beli rokok dan hisap rokok tu sekali?

Korang faham tak sentimen ni? Dalam bahasa Malaysia benda ni ada peribahasa dia; alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang korang dah hidu asap rokok yang bawa keburukan kepada kesihatan korang tu, eloklah korang hisap rokok tu sekali. Sama je efek dia. Kalau hisap rokok ada ‘feel’ dia tersendiri – cuba korang gitau, apa yang best hisap rokok ni. Aku tak tau langsung.

Jadi korang nampak tak apa yang berlaku sebenarnya. Penipuan ni maksud aku penipuan dari segi niat sebenar teori tu la. Mungkin ianya fakta, tapi fakta tu boleh ditwist supaya orang yang tak hisap rokok ni lebih baik menghisap rokok. Dari situ wujudlah ‘social smoker’ atau individu yang hisap rokok hanya disebabkan kawan-kawan atau family hisap rokok. Come on lah, selama aku hidup ni aku lepak dengan ramai perokok, satu batang rokok pun aku tak hisap. They don’t mind. Pendirian tu kena ada, teguh. Kita berhak memilih apa kita nak buat, bukan ikut apa yang orang buat. Kalau macam tu, memang susah la hidup ni asyik ikut apa orang buat je kan.

Saje nak kasi pening2 sikit pagi ni. Dan ya, aku tak galakkan korang merokok. haipp.. Shisha sekali sekala takpe. ekeke..

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

30 Comments

  • mijie

    16 July, 2010 at 2:38 pm

    jadi kalau berada di kalangan kawan merokok, janganlah segan untuk minta rokok dan sama2 hisap, jgn risau perokok ni biasanya pemurah kalau setakat sebatang rokok dan jumpa pun jarang2

  • zharmin

    13 July, 2010 at 11:07 am

    shisha tu bagi aku macam early step untuk menjadi perokok. Memang la shisha tak bahaya macam rokok, tapi masih tetap sama konsepnya macam rokok, hisap asap.

  • Niza Nyze Crazee

    13 July, 2010 at 10:27 am

    pB pun ramai kawan2 yang merokok, baik lelaki atau perempuan…
    pening gak kena asap rokok…
    soalan wajib pB kepada kawan2 lelaki, “U merokok tak?” :Pp

    p/s:shisha best…V^^

  • fyzal

    13 July, 2010 at 7:34 am

    betoi gak tu.. mungkin gak tu strategi utk dorong org hisap rokok. aku adalah kategori ex-smoker tp belum fully ex lagi sebab maseh dalam proses pemberhetian secara perlahan-lahan.

    hehehe.. shisha takpe ek sekali sekala.. :D

  • Cik Nass

    12 July, 2010 at 1:12 pm

    Perokok. :) Asap rokok mampu membuatkan aku demam. Asap rokok mampu menghilangkan selera aku nak makan. Asap rokok mampu menghilangkan mood aku. :) Aku tak dapat hidup dengan seorang perokok, kerana aku tahu, jika aku hidup dengan seorang perokok, aku akan menyusahkan hidup dia hingga ke akhir hayat. Tambah jika dapat anak2 yang kurang sihat lagi. Maka aku dan anak2 akan menyusahkan hidup dia hingga ke akhir hayat.

  • zharmin

    12 July, 2010 at 5:39 pm

    Aku pernah dengar teori ni dan aku tak nafikan, ada memberi kesan positif kat aku sebab kerana teori ni, aku takut nak dekat dengan orang yang merokok. Yelah, sebab tau kalau hidu asap rokok pun sama je kesannya dengan orang yang merokok..Terdorong untuk ikut merokok tu takde la sebab bagi macam bakar duit sendiri.

    • ariff

      12 July, 2010 at 9:40 pm

      bagus. Kalau nak elakkan daripada merokok ni, pikir pasal duit je. Orang yang tak hisap rokok lebih banyak duit dapat disavekan berbanding orang yang hisap rokok.

  • Wawa~*

    12 July, 2010 at 5:08 pm

    walauwey, x lak terpikir pasal “daripada dpt bahaya 2nd degree smoker yg lg truk tu lg elok merokok trus..” sy tgk mende tu as cara nak suh sape2 yg merokok STOP merokok so they won’t bahayakan org sekeliling dia.. ahahaha…

    x yah ler merokok tu.. xde pekdahnyer pon kannn… :P

  • fiq

    12 July, 2010 at 4:30 pm

    baik shisha atau rokok..dua2 pon tak bagus untuk kesihatan & memudaratkan. benda yang memudaratkan ni haram untuk tubuh.
    yup terfikir jugak pasal toeri 2x ganda tu. alang2 da sedut asap..baik isap skali.. alang2 da bersekongkol, baik terjebak sekali. alang2 meraba, alang2 terus rogol..kalau takut rahsea pecah kena bunuh pula..kan?

    pokoknye, pendirian kita. your choice, your call.

    coffee pon byk chemical. ada 1000 bahan kimia dalam secawan kopi. ini mungkin memudaratkan…tapi sekali sekala saya minum tak pe kan?? haha

  • jack

    12 July, 2010 at 4:17 pm

    propaganda syarikat tembakau semata-mata. second degree smoker affected coz dorg hidu bau asap rokok tu. dan org claim yg dorg nih 2x ganda mendpt keburukan. come on la…habes tu yg hisap rokok tu, yg telan rokok tu masuk dlm peparu dorg tu, plus hidu bau rokok tu jg, bukan ke 2x 3x 4x ganda dpt keburukannya??? haih…neways bro, shisha tu lagi bahaya dari rokok. tp skali skala xper kot

    • ariff

      12 July, 2010 at 9:43 pm

      hehe.. betul2 .shisha memang tak elok gak. Tu sekali seumur hidup je kot. Aku pun malas sangat, shisha ni buat kering tekak aku je

  • adamfaiz

    12 July, 2010 at 4:15 pm

    Ni sumer pilihan sendiri..memang di awal tu banyak terpengaruh ngan kawan-kawan, tapi buat pilihan sendiri lah..kalau dah “ketagih” jangan salahkan orang plak…

    Aku pun nak jumpa ko bro, boleh..? :)

  • hanisaleeya

    12 July, 2010 at 12:57 pm

    hmm.. susah nak cakap.

    hendak ditegur susah, tak ditegur makin menjadi..

    definisi kampus hanyalah di tempat dipacakkan tanda “kampus ini adalah kawasan larangan merokok”

    rokok sudah diibaratkan makanan ruji mereka, itu yang pernah sang perokok beritahu. merokok ibarat makan nasi sehari tidak merokok terasa tidak puas hidup, tidak sempurna jiwa.

    hakikatnya jiwa mati daripada kemanusiaan. tidak endahkan sesiapa.. hanya pentingkan diri dan kepuasan nafsu..

    menggogok asap lebih utama daripada mengisi perut anak-anak. jatah rokok lebih banyak daripada makan sehari-hari..

    rokok bukan saja membunuh jasad, merosak kesempurnaan sihat kurniaan Tuhan, tetapi juga mematikan sifat baik dalam diri, mendermakan penyakit rasa pada masyarakat..

  • Anwar Osman

    12 July, 2010 at 12:39 pm

    aku x merokok. satu family aku x merokok. family bini aku pun x merokok. alhamdulillah. menarik statement nie… membuatkan aku terpikir.

    Adakah mungkin statement kementerian kesihatan pasal org yg hidu asap rokok dr perokok dpt 80% chance untuk cancer berbanding perokok tu dikeluarkan oleh seorang perokok yg bekerja dlm kementerian kesihatan?

  • JAI

    12 July, 2010 at 12:21 pm

    Mmm..fakta menarik..memang bila dah terjebak nak keluar dari kancah ini,keyakinan pada diri dan kekuatan mental diperlukan. Itu yang saya tak ada..arghhh.. off topix..bro baper lama cuti nie?? Ingat 1 day nak lepak2 kat SJ,itupun kalau sudi…hehe

  • Lord Zara

    12 July, 2010 at 12:13 pm

    hahaha.
    aku jujurnya tak berapa gemar dengan perokok, tapi aku ada garis panduan aku sendiri.
    kalau orang yang merokok tu main hisap rokok tak pandai hormat situasi (contohnya di cafe time semua orang tengah makan) memang aku bangun dan sound. Oh, aku pernah buat begitu, banyak kali sebenarnya.

    Sebab aku berpendirian, betapa susahnya kita makan makanan berkhasiat tapi bercampur dengan segala jenis dadah, nikotin dari asap rokok tu, apa makna lagi makanan kita?

    So, kawan2 aku kalau dorang nak hisap rokok time keluar ramai2 dengan aku, dorang akan hisap jauh dari aku. Sebab dorang tau aku takkan marah kalau dorang hormat situasi aku.

    Yang social smoker tu, aku kesian dengan dorang. Sebab dorang buat something yang sangat sia2 sebenarnya.

    Kepada perokok tegar, apa nak buat kalau krang tak nak berhenti kan?
    Boleh hisap, silakan. Tapi hormat situasi. Itu sahaja. Masing2 ada hak, nak hisap silakan. Dan aku tabik pada orang yang dah berkurun hisap, boleh berhenti.

    :)