Aku tak tahu sebenarnya apa nak tulis kat sini. Boleh dikatakan aku seorang yang tak reti untuk menulis biografi sendiri atau menceritakan tentang diri sendiri. Kadang-kadang agak malang lebih-lebih lagi apabila berada dalam sesi interview dan sebagainya. Aku lebih suka menulis apa yang aku fikirkan berdasarkan apa yang aku lihat, dengar dan alami dalam kehidupan seharian.
Ramai orang cakap aku ni kadangkala sangat sombong, tapi orang yang kenal aku dengan rapat biasanya menafikan tuduhan tersebut. Realiti adalah aku cukup susah untuk merapatkan diri dengan orang yang baru aku kenal dan aku memang pendiam. Aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang introvert.
Ingin aku tekankan bahawa blog ini hanyalah tempat untuk meluahkan pandangan peribadi dan tak mewakili pandangan apa-apa pertubuhan yang mungkin aku sertai atau telah sertai. Aku hanyalah aku, bertindak sendirian dalam dunia aku sendiri. Kamu boleh datang dan pergi sesuka hati. Tak perlu suka atau sokong aku sampai mati. Aku manusia dan kadangkala aku salah.
Fikiran aku memang jauh ke hadapan. Setakat ini boleh aku katakan yang pemikiran aku sudah menerawang sehingga ke sepuluh tahun akan datang dan seringkali berubah setiap kali berlaku perubahan dalam hidup aku. Apa yang aku rancang biasanya menjadi kenyataan. Contohnya, pada hari pertama aku melangkah ke sekolah menengah dulu, aku dah berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Misi tersebut berjaya dan kini aku dalam fasa terakhir pengajian di Russia.
Fizikal aku yang cergas adalah satu keistimewaan yang tidak dipunyai oleh individu lain yang seumur dengan aku. Aku jenis yang tidur awal dan bangun awal kerana aku percaya permulaan hari yang bagus adalah formula utama kejayaan setiap hari. Aku sentiasa mengawal pemakanan supaya kelak aku tidak mempunyai masalah kesihatan akibat daripada pemakanan yang tak seimbang. Aku bersenam untuk menjaga keremajaan tubuh.
Sebenarnya apabila sedang bekerja atau menulis, aku lebih suka menyendiri. Apabila bersendirian, 100% tumpuan dapat diberikan pada kerja yang sedang dibuat. Bagaimanapun, aku boleh bekerja dengan orang lain dan aku lebih selesa menjadi pekerja dan individu di belakang tabir. Aku tak perlu pengiktirafan orang ramai terhadap sumbangan aku kerana aku tahu tanpa sumbangan tersebut, apa yang ingin dicapai tidak akan tercapai. Bila sampai waktu dan ketikanya, aku sendiri akan mengambil alih dan menjadi ketua.
Hidup hanyalah sekali. Oleh itu adalah penting supaya kita mempunyai matlamat hidup. Matlamataku bukanlah untuk menjadi kaya harta berjuta. Aku hanya ingin mempunyai kebebasan kewangan seawal yang boleh, kerjaya yang aku suka dan keluarga yang bahagia.
Aku berpendirian dan aku suka lakukan sesuatu mengikut cara aku sendiri. Aku tak gentar dengan cabaran walaupun keseorangan kerana aku memang seorang yang berdikari sejak dari umur yang muda lagi. Aku boleh lakukan apa yang aku mahu lakukan.
Hati aku kadangkala keras seperti batu. Jangan salahkan aku ataupun ibu bapa yang membesarkan aku kerana kehidupan di Russia yang sejuk menjadikan hati aku beku. Aku tegas seperti seorang jeneral di medan perang namun aku masih boleh berlembut bila sampai waktu.

haaaa tula.. sekali pandang dapat rasa mcm orgnya sombong.. hehehe
hm…nak puji sket..pandai ek karang psl diri sendiri..
sometimes bile orang tanye sy, “cuba cerita pasal diri anda..”
hehehe..terus blank..sbb rase cam tak tau nak cerita pasal ape..ke sebab tak ade yang menarik? :(
first time bace blok ni. well, i feel interested with the way u organized ur words..n the way u interpret ur thought…btw all of the char seems really contrast with mine…i do ever thought is there anyone out there who have the same char like me n the one which is totally the other way around…now, found one…i do need to find ‘my twin’…
Tahniah, kreatif dan berwawasan kalau semua lelaki begini pasti tak pupus kaum lelaki di Malaysia
suka ayat tidur awal, bgn awal,, bla bla bla tu.. :)
nak bagitau , ada satu fake profile pasal kau kat tagged.. fake profile tu femes dikalangan mamat2 gay .. friend list fake profile tu ade dlm 3000 org.. aku lupa link mana sebab aku penah nampak pic kat blog kau ni dlm profile dia.. kalau aku cari , nanti aku kasi..
salam kenal..hehe
Waa..bgus2! Penuh vision n mission..jejaka kt lua sna bly ler jdkn ariff sbb role model yep..hee~
bestnyer blajar kat luar negara….
ak suka bace blog ini walaupun tahu hang susah nk rapt nga org….:)
tegas seperti seorg jeneral… suka ayt tu hahaahah….