Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Sekitar Marrakech, Morocco

Kalau ke Morocco, Marrakech adalah bandar wajib untuk dilawati kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan tempat menarik lain seperti Atlas Mountains, Ait Ben Haddou, Ourika Valley dan sebagainya. Marrakech juga boleh dikatakan bandar yang paling tourist friendly dalam Morocco.

Kalau melawat Marrakech, mesti tinggal di riad yang terdapat di Medina (old-city). Sedikit pemahaman. Medina ni adalah bandar tua yang berusia beratus tahun di Morocco. Bandar-bandar ni biasanya dilingkungi oleh dindingnya yang tersendiri untuk melindunginya daripada ribut pasir dan bangunan di dalamnya dibina bersebelahan antara satu sama lain dan hanya membenarkan laluan kecil muat untuk k
ereta keldai mereka sahaja.

Jadi kalau menetap di riad di dalam medina, takde teksi yang boleh masuk dan park depan riad anda. Anda akan drop off di tempat drop off yang paling dekat dengan riad dan jalan kaki untuk ke riad. Masa nak pilih riad tu, pastikan bukan riad yang terletak terlalu ke dalam medina. Kalau tak, penat nak jalan sambil tarik beg masa sampai dan balik.

Saya menetap di Riad Berbere. Boleh cari di Airbnb. Interior design by a Belgian architect. Riad keeper ni orang Belgium yang dah ada 9 tahun pengalaman menguruskan riad di Morocco. Satu tips yang saya nak bagi dalam pemilihan riad ni ialah always choose riad yang diuruskan oleh foreigner, bukan local. Kalau local yang uruskan, saya boleh jamin servis mesti kurang standard. Riad kat sini semua mahal (yang cantik-cantik khususnya) dan yang managed by foreigner kadang-kadang mahal lebih sikit, tapi harga tu berbaloi dengan dengan servis yang anda dapat.

Jemaa El-Fnaa – Main Square


All roads lead to Jemaa El-Fnaa. Bukan to Rome. haha. Bila dah merayau dan bersesatan dalam Marrackech medina, saya sedar satu perkara ni. Semua laluan utama dalam medina ni akan bawa anda ke Jemaa El-Fnaa, or at least kawasan berdekatan dengannya. Jadikan Jemaa El-Fnaa ni tempat pertama anda lawati bila berada di Marrakech.

Jemaa El-Fnaa ni hidup sampai malam dan boleh tengok macam-macam. Waktu saya datang haritu boleh dikatakan low season tapi masih ramai orang berkumpul waktu petang untuk melihat apa yang ada di sini. It’s a big scale pasar malam. Kalau takde anak kecil, saya recommend lepak di restoren sekitar square dari petang sampai malam ni untuk enjoy view hiruk pikuk kota square ni dengan bermacam ragam manusia.

Marrakech Medina

Jalan-jalan dalam Marrakech Medina on itself is an adventure. First timers memang confirm sesat. Keluar dari riad waktu pagi, bila nak balik tengah hari confirm tak jumpa jalan. Jalan dalam medina ni memang tak rasa ada sense of direction. Anda perlu menghafal landmark seperti masjid, pintu, warna dinding dan sebagainya. Yang ada signboard cuma laluan ke Jemaa El-Fnaa, itupun kalau nasib baik jumpa signboard.

Medina ni dipecahkan kepada beberapa bahagian; tempat jual karpet, tempat tukang besi, tempat jual ayam, tempat jual sayur, pakaian dan macam-macam lagi. Laluan utama biasanya takde kategori sangat, bercampur aduk. Biasa kalau sesat tu bila masuk lorong-lorong kecil tempat yang hanya orang tempatan pergi.

Jangan takut kalau sesat. Prepare je duit. Ada this Canadian yang saya jumpa masa naik keretapi ke Fez cerita, dia terpaksa bayar 100 Dirham (~ 10 Euro) kat local yang tolong tunjukkan jalan ke hotelnya masa dia sesat di Marrakech. So not to worry sangat. Kalau sesat sampai takde harapan tu, bayar jelah local yang sedia membantu. Money is everything kat sini.

Dalam medina ni ada banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Yang popular adalah Ben Yussof Mosque, Palace Bahia, Saadian Tombs dan Koutoubia Mosque. Tak sempat melawat ke semua tempat ni. Maybe kena pergi lagi sekali nanti untuk cover semua tempat menarik dalam medina.

Jardin Majorelle

Jardin Majorelle ni adalah taman kepunyaan Yves Saint-Laurent dan kalau nak masuk taman ni kena ada beg jenama Yves Saint-Laurent. haha. Takdelah.

Ada muzium arkeologi kesenian Islam kat sini tapi pengunjung boleh memilih untuk melawat taman Majorelle ni sahaja. Taman ni popular sebab ada backdrop bangunan yang menempatkan muzium dan struktur sekelilingnya yang berwarna Majorelle blue. Tempat ni memang instaworthy.

At the infamous Le Jardin Majorelle, Marrakesh . #marrakech #lejardinmajorelle #jardinmajorelle #morocco #naurahinmorocco

A post shared by Ariff Shah (@shahariff) on

Of course, nak masuk ni kena beratur untuk beli tiket tapi tak lama sangat. Around 10-15 minutes.

Ait Ben Haddou

Gladiator, Indiana Jones dan bermacam-macam lagi filem yang di telah dirakam di sini. Perkampungan yang dibuka sejak tahun 757 ini adalah sebuah Unesco World Herigate site sejak 1987 dan merupakan kawasan yang popular untuk penggambaran filem. Ini adalah kerana rupa bangunan unik bangunan yang dibina dengan tanah liat di perkampungan ini.

Failed attempt at taking our family portrait

Kalau tengok siri tv Game of Thrones mungkin akan ternampak bangunan ni dalam scene yang ada Khaleesi. Yang ni movie set yang dibina khas untuk siri tv tersebut. Ia dibina menggunakan kaedah pembinaan tradisional yang sama oleh penduduk di Ait Ben Haddou.

Walaupun dah ada perkampungan baru di seberang sungai, ada beberapa buah keluarga masih lagi menetap di rumah-rumah lama di sini.

Atlas Mountains & Tizi Pass

Tizi n’Tichka mountain pass visiting Ait Ben Haddou . #marrakech #morocco #aitbenhaddou #ourzazate

A post shared by Ariff Shah (@shahariff) on


Morocco mempunyai kawasan bumi yang unik. Gurun Sahara akan berhenti di kaki pergunungan Atlas yang diliputi salji, turun ke kawasan lembah hijau dengan air terjun dan seterusnya ke kawasan delta sungai yang subur sebelum sampai ke persisiran pantai yang menghadap lautan Atlantik.

Pergunungan Atlas mengasingkan padang pasir dan salji di puncak gunung menjadi sumber air yang menyuburkan tanah di lembah gunung. Orang tempatan gembira kalau ada salji atas bukit sebab mereka dapat air yang bersih.

Kombinasi muka bumi ini menghasilkan pemandangan yang cantik dan luar biasa. Bayangkanlah dari padang pasir yang panas boleh nampak puncak gunung yang dilitupi salji. Now that is something.

Terdapat beberapa tizi pass atau mountain pass ni adalah lebuhraya yang melintasi pergunungan Altas. Keseluruhan perjalanan adalah photo opportunity sebab pemandangan memang cantik.

Ourika Valley

Ourika Valley adalah lembah pergunungan Atlas yang berdekatan dengan Marrakech. Keistimewaan lembah ini adalah air tujuh air terjun sepanjang laluan ke puncak pergunungan. Disebabkan tak buat homework sebelum datang ke sini, kami terpaksa melupakan hajat nak tengok air terjun sebab kena hike naik atas.

Bukan tak mampu panjat waterfall tu tapi atas sebab-sebab keselamatan, terpaksa cancel pendakian.

A post shared by MJ® (@theoriginalemjay) on

Air terjun yang sepatutnya ditemui.

Banyak restoren tepi sungai but the food I tell you memang so-so. Kena research betul-betul tempat makan sebab memang bersepah restoren tepi sungai kat sini.

So there you have it. Ini antara tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya anda melawat Marrakech.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

3 Comments