Tempat Kerja Kau Best Ke?

Harap test flight nanti dapat ikut sekali

Satu lagi soalan yang paling menyampah nak dengar dan jawab.

Bila budak fresh graduate tanya saya soalan macam ni, pada fikiran saya satu je, budak ni banyak sangat ke dapat offer? Kalau setakat bidang aviation ni, boleh kira dengan jari berapa banyak kekosongan setiap bulan dan kalau nak cerita kekosongan untuk fresh graduate, lagilah sikit.

Kalau best pun, saya takkan cakap best sebab perkara best atau tak ni subjektif. Tak semua orang suka benda yang sama. Let’s say kalau kita bagi review yang bagus dan orang tu terima offer, sekali ada benda yang tak kena, orang yang kasi review tu jugak yang kena.

Kalau tak best dan saya cerita apa yang buruk pasal tempat kerja sekarang, dah nampak macam bodoh pulak pada mata orang luar. Orang boleh fikir, kalau tak suka, carilah kerja lain. Macam tu.

Perkara dalaman company ni sepatutnya adalah private and confidential. Benda ni etika dan profesionalisma sebagai seorang eksekutif di syarikat tersebut. Kalau nak sok sek dengan rakan sekerja, tu lain cerita.

Tempat kerja ni macam rumah tangga jugak la dan kedua-duanya memang berkait rapat. Kalau bad mood kat rumah, akan terbawa-bawa ke tempat kerja. Kalau bad mood kat tempat kerja, akan terbawa-bawa kat rumah. Cerita pasal masalah dalaman kat orang luar? Jangan sesekali.

Dan kalau setakat fresh graduate aviation, be humble la kalau nak terus berada dalam line aviation ni. Nak tau tempat kerja bagus ke tak, datang interview dan tanyalah 1001 soalan pada orang yang interview korang tu.

Dari situ korang akan nampak company tu macam mana nanti. Lepas tu buat keputusan sendiri macam orang dewasa, itupun kalau korang bagus sangat boleh dapat offer kat tempat tu. Ok?

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments

  • suratin

    30 August, 2013 at 11:29 pm

    Best bila kita ada kecintaan (passion) dgn kerja kita buat. Tak besh bila takde cinta pada kerja kita. Apa2 kerja yg dipaksa dan terpaksa mana boleh jadi best … Tapi kan pernah saya terdengar perbualan di radio .. pekerjaan paling besh ialah menjadi pianist di hotel menghiburkan diners waktu makan malam. Buka piani, buka music score , mainkan dan kdg2 nyanyikan lagu 4-5 buah .. tutup piano terus balik !!! Best kan keje camtu :)

  • suratin

    30 August, 2013 at 11:20 pm

    Peserta luar negara (bukan dari Msia) yang mengikuti kursus civil defence (bomba) di akademi spura kerap bertanya berapakah pendapatan (gaji) ahli bomba spura. Hairan jugak dgn soalan seperti itu. Tentulah gaji tetap yg diterima .Rupanya dinegara mereka tidak tetap. Sambil terburu2 dalam perjalanan pun boleh berunding tentang bayaran memadamkan api .. kelakkelakarr rabak mendengarkan cerita mereka !!!

  • akak tulip

    30 August, 2013 at 1:27 pm

    adakah kawan2 telah menyentap perasaan ariff dgn soalan cepumas ni?

    kebanyakkan orang takkan cerita keburukan company dia( of course itu P&C) kecuali orang tu tak dapata apa yang dia nak dari company dia (bonus, kenaikan gaji , pangkat, promotion) maka akan terkeluar lah kata-kata buruk ttg company tersebut.

    tapi sebagai pekerja , hargai lah kerja yang anda ada..kerana di luar sana ramai yang beratur mahukan jawatan anda tu.

  • akubiomed

    30 August, 2013 at 12:02 pm

    Memang betul kata bro Ariff. Syarikat ada menetap etika tak boleh bocor sangat. Sebagai insan kita tidak dapa lari dari sifat manusia. Jangan kutuk-kutuk melampau kerana ia tempat kita mencari sesuap nasi.

    Cuma apa bila melihat orang berkongsi pengalaman tempat kerja perasaan cemburu itu ada tetapi kita tak tahu samada orang tersebut berasa gembira dengan suasana kerja atau tidak.

  • Anarm

    30 August, 2013 at 9:18 am

    Mula2 kerja kat mana2 tempat pun akan rasa best. Tapi bila dah lama mesti rasa boring jugak asyik hadap benda sama je hari2.. Jadi, kena la motivate diri supaya suka dengan suasana tempat kerja tu.. Baru rasa best nak menjalankan tugas bekerja.

  • mokjadeandell

    30 August, 2013 at 7:40 am

    tempat kerja,kepuasan kerja saling berkait.kalau tempat kerja macam surga tapi orang orangnya bak dlm nuraka…hmm tak ada maknanya..
    Been to heaven and hell of a tempat kerja…bukan kerana tempat tetapi kerana orangnya selama hampir 40 thn bekerja.Ada tempat tengok bumbung pun dah phobia…bak kata seorang rakan kerja.

  • saljuhumairah

    30 August, 2013 at 7:19 am

    betul, ianya subjektif samaada best atau tak. ianya bergantung kepada tahap motivasi seseorang. pertama kali bekerja mungkin berbeza dengan orang yang barukar tempat kerja baru. yang peting, kenali kerja dengan sbenar-benarnya. bila dah sampai satu tahap kepuasan, Allah akan kurniakan rezeki yang seterusnya. sayangi kerja anda. bekerja adalah perkara yang berbeza dengan berniaga.

  • apricot

    30 August, 2013 at 12:01 am

    mugkin soalan tu perlu di tukar “tempat kerja kau best X?”..baru la soalan tu mcm annoying.mgkin sbb die fresh graduate dia nk tnya pndapt org yg dh kje.sy bidang aviation jgk.mmg x dinafikan..ssh nak cri krja dlm aviation unless u got the skill or licence…stakat ada dgree mmg x la..that’s why rmi yg lari pergi oil n gas..lgpun mlysia dgn aviation ni xrmi lg yg amek org sndri..bnyk expertise dari luar..

  • alhafizol

    29 August, 2013 at 11:12 pm

    Wah, helicopter bomba! Minggu lepas dapat merasa terbang dengan helicopter ni dari pengkalan udara kuantan ke tanjung leman, mersing untuk kursus waja dir penguasa bomba kb41. pengalaman yang sangat menarik. En Ariff kerja di mana?

    • Ariff

      29 August, 2013 at 11:44 pm

      Actually Bomba ada banyak helicopter ni. Semuanya buatan Russia.

      Hafizol anggota Bomba ya?

      Saya kerja dengan Aviation Design Centre

      • alhafizol

        30 August, 2013 at 12:57 am

        saya baru jadi sebahagian dari family bomba. sekarang ni masih dalam rekrut untuk penguasa bomba kb41. maksudnya tempat ariff kerja tu ada link dengan bomba juga?

  • haiqal

    29 August, 2013 at 11:10 pm

    Kalau dapat tempat kerja pun,bersyukur sangat.

    Ye lah,zaman sekarang persaingan sengit.Haaa,kita yang mencorakkan apa yang kita rasa pasal tempat kerja,bukan tempat kerja tu yang menghantui kita.