Tempat Jogging Baru – Subang Jaya Lake

Saje tukar selera tempat berjogging. Bosan pulak lari belakang rumah. Asyik nampak orang sama je. Awek pun sikit..

It’s official. Saya akan menyertai KL Marathon 2012. Pertama kali dalam hidup. Dapat jemputan sebagai wakil media. Oklah tu. Kalau buat live update masa lari pun ok gak rasanya. Something different.

Saya ada tiga bulan sebelum hari pertandingan. Dengan memasuki pertandingan seperti ni, adalah jugak alasan/tujuan pergi berjogging. Kadang-kadang, kita memerlukan tujuan untuk melakukan sesuatu supaya apa yang dilakukan tu lebih efektif.

Dulu tempat ni agak menyeramkan especially kat belah hujung trek tapi sekarang cantik dah. Trek pun dah dibesarkan. Kalau awek-awek nak jogging kat sini sorang pun no problem. Selamat.

Tak pasti berapa jarak satu pusingan keliling tasik ni tapi nak cakap, semalam saya dapat habiskan lima pusingan non stop. Padang belakang rumah yang tiga kali ganda lagi kecik tu pun kadang-kadang nak dapat enam round pun susah, tapi tasik besar ni saya boleh push sampai pusingan kelima.

Dan oleh sebab itu, pagi tadi pukul 7.30 baru bangun. Biasanya 6.30 dah mandi.. Jadi hari ni adalah hari recovery. Jadi tak payah lari. yeah!

Comments

  1. says

    mmg wajar bro kekalkan fitness bila dh blk msia.
    pengalaman saya yg dulu waktu study berat 70++ skg lps 2 tahun dah jd 90++…..
    nk berpeluh pon ssh bila dh kerja ni…