Telur Masin Idaman Kalbu

Sumber

Tergelak sorang-sorang tadi bila jumpa iklan ni kat Facebook. hihi.. agak terasalah jugak bila budak ni tulis masak kari dengan masak lemak je. Yang masak entah apa-apa tu takde kaitan dengan saya. Betul. Tak tipu!

Setelah first batch graduate (lima tahun berlalu), barulah teknologi buat telur masin dijumpai. hehehe.. Mungkin hidup saya akan kurang sedikit stress kalau dulu lagi dah ada telur masin. Yelah, sekurang-kurangnya bertambahlah menu.

Bisnes dengan profit margin yang sangat tinggi ni. Nak tau berapa harga sebiji? Kira sendiri, RM1 = 10 rubel. Apa-apa pun saya yakin penjualan telur masin ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Semoga berjaya!

Note: Juga peminat telur masin. Feveret part adalah kuning telur tu. Dapat makan dengan nasi kerabu (nasi kerabu juga feveret saya), fuhhh! Memang best!

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

37 Comments