Tebus Tiket Singapore Airlines Dengan Reward Points Kad Kredit

Saya ada sejumlah reward points dalam kad kredit yang cukup untuk redeem beberapa keping tiket flight. Singapore Airlines dipilih sebab route lebih banyak, kapal terbang baru dan airport Changi yang memang world class!

1. Find a destination. Point to note, redemption tiket hanya untuk destinasi tertentu sahaja. Jadi jangan terkejut kalau kat senarai route ada tapi bila nak redeem takde route tu. Ini biasanya disebabkan route tersebut sentiasa penuh (seat availability rendah), jadi lebih untung kalau mereka jual pada customer instead of allow points redemption.

2. Cheap ticket. Biasanya tiket yang paling murah ni maksudnya ada lagi Saver rate. Saver rate maksudnya tiket banyak belum terjual. Kebiasaannya boleh waitlist.

3. Saver rate. Redemption untuk Waitlist Saver Rate lebih rendah berbanding standard. Kadang-kadang Saver rate takde, jadi tukarlah ke tarikh lain.

4. Waitlist. Apa benda ni? Secara asasnya waitlist ni macam beratur dalam line. Berapa lama tu tak pasti, kadang-kadang up to seminggu dua sebelum flight. Kelebihannya, redemption rate lebih rendah berbanding Standard Rate. Kekurangannya, boleh jadi tak confirm kalau tiba-tiba ada orang sanggup bayar mahal-mahal last minute untuk beli tiket. Point penting tentang waitlist:

  • Saver Rate mesti Waitlist untuk Business dan ke atas. Economy boleh lagi dapat tak perlu waitlist pada Saver Rate
  • Tak semua Saver Rate boleh Waitlist sebab kadang-kadang route boleh ditutup/blocked pada tarikh tertentu – seperti di atas tertera Not available
  • Standard Rate sepatutnya tak perlu waitlist, tapi boleh jadi ada waitlist – seperti di atas

5. Waitlist lebih daripada satu trip. Kalau nak redeem Saver ni, eloklah pilih beberapa tarikh dan lokasi supaya kebarangkalian untuk dapat tiket tu meningkat. Selagi tiket tak confirm, selagi tu point tak ditolak. Jadi boleh waitlist banyak lokasi dan tarikh.

6. Kalau boleh guna website untuk Waitlist/Book, itu cara terbaik. Tapi kalau tak dapat (kadang-kadang website block) dan status dalam website boleh waitlist, terus hubungi hotline Krisflyer Singapore. Dengan menghubungi Krisflyer secara terus, boleh minta mereka untuk beritahu flight/route/tarikh mana yang dibenarkan untuk redemption, cuma ambil masa yang lebih lama (bil telefon lebih mahal) kalau tak buat homework tengok dalam website dulu.

Harap waitlist saya confirm untuk perjalanan hujung tahun ni. Kalau dapat nanti saya inform ke mana dan berapa nilai yang saya dapat melalui redemption ini.

 

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

One Comment