51368848091_295x200

Tarif Elektrik Baru Bermula 1 Januari 2014

Berikut adalah jadual tarif elektrik baru untuk pengguna domestik yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2014. Jangan terkejut kalau bil elektrik rumah anda tiba-tiba naik.

Tarif-elektrik_540_596_100Source: The Malaysian Insider

Walaupun tarif elektrik naik, good news is that mereka yang sebelum ni bill elektriknya kurang daripada RM77 tidak akan mengalami apa-apa kenaikan. Maksudnya, kalau guna sikit, tarif jadi murah.

Berkemungkinan besar rumah saya ni pun tak kena kenaikan. Fyi, rumah ni memang takde aircon, tu sebab bill elektrik sikit. Kalau semua adik-beradik balik je bil naik.

Satu persoalan yang perlu ditanya kepada kerajaan kita – bagaimana mereka negotiate tarif elektrik dengan TNB? Fyi, fungsi kerajaan adalah untuk memberikan perkhidmatan asas termurah selagi boleh kepada rakyat. Jadi kalau TNB yang bukan sepenuhnya milik swasta mampu jana berbillion ringgit keuntungan, sepatutnya ada lagi ruang untuk menurunkan tarif elektrik sekarang.

1465378_714146875275618_108823612_n

Peningkatan tarif akan dirasai oleh golongan yang mempunyai bil berjumlah RM77 dan ke atas sahaja. Jadi kalau korang termasuk dalam golongan ni (termasuk yang mempunyai bil elektrik RM2.2 juta sebulan), mungkin boleh mula berfikir secara serius untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

19 Comments

  • shahrina

    13 December, 2013 at 2:31 pm

    dulu masa duduk dengan mak bapak main bedal je on letrik. SEkarang dah duduk sendiri pandai2 la berjimat. Masa rasa susah nak bayar letrik ni timbulla rasa kagum ngan kemampuan mak bapak setelkan bil bulan2 dulu.

  • Zikri Ahmad

    6 December, 2013 at 3:15 pm

    saya pasti ramai yang pasti akan terasa dengan kenaikan tarif eletrik ni… tapi kita kena ingat sebenarnya ianya adalah pengurangan subidi..
    kita masih kena bersyukur sebab kerajaan masih menanggung subsidi eletrik walaupun telah dikurangkan =)

  • akak tulip

    4 December, 2013 at 3:16 pm

    Tariff di naikkan kerajaan..di bahaskan di parlimen..bukan oleh pengurusan TNB. harap semua maklum. Jgn salahkan tnb.kami di tnb mengikut perintah kerajaan.

    Pengurangan subsidi secara berperingkat yang di lakukan oleh kerjaan yang menyebabkan tariff di naikkan juga oleh kerajaan.

    Keuntungan yang dibperolehi oleh TNB bukan hak mutlak TNB. Sila google untuk lebih pasti. Jgn menghukum kami di tnb.

  • akubiomed

    3 December, 2013 at 1:47 pm

    Saya sudah mati akal hendak berjimat lagi pengunaan elektrik kerana sudah 9 tahun mengunakan lampu energy saver dan led.

    Barangan elektrik lain kalau hendak guna inverter memang tak mampu dibeli.

  • Myra Jay

    3 December, 2013 at 9:32 am

    Begitulah setiap 2thn sekali or setahun sekali pasti ada penyelarasan tarif..
    Kesian pada golongan pendapatan sederhana, walau bil di bawah RM77 tapi sikit sebanyak turut akan rasai tempiasnya jugak

  • Fadhil Husin

    3 December, 2013 at 9:04 am

    Pengguna macam saya ni rasanya tak berapa terjejas dengan kenaikan bil letrik kerana penggunaan bawah RM 30 je sebulan. Btw, nice info by @ameen. Kurang-kurangnya nanti tiadalah komplen yang tak munasabah dan ikut emosi sahaja.

  • Ameen

    3 December, 2013 at 12:15 am

    Salam,

    Semakan semula tarif ini adalah dikaitkan dengan kenaikan kos input iaitu kos bahan api:
    −Peningkatan gas paip daripada RM13.70/mmBTU kepada RM15.20mmBTU (1000 mmscfd)
    −LNG pada harga pasaran RM41.68/mmBTU
    −Arang batu pada USD87.50/tan (CIF@CV 5500 kcal/kg)

    Kenaikan perlu untuk memenuhi pelaburan dalam infrastruktur bekalan elektrik bagi memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap dan berterusan kepada pelanggan. Ia Juga bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

    Sebenarnya 78.60% daripada kenaikan tarif adalah disebabkan oleh kenaikan harga gas daripada RM13.70/mmbtu kepada RM15.20/mmbtu dan harga LNG sebanyak RM41.68/mmbtu. Manakala 3.4% kenaikan harga arang batu iaitu sebanyak USD 87.50/MT.

    Cuma 18%(atau 0.9 sen/kWj sahaja baki yang tinggal bagi menampung peningkatan kos operasi serta pelaburan yang diperlukan dalam infrastruktur industri bekalan elektrik agar bekalan tenaga elektrik yang mampan dan berdaya harap dapat dikekalkan.

    TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion sehingga RM4.0 bilion setiap tahun untuk bekalan dan sistem peningkatan baru pada rangkaian pengedarannya. Selain itu, TNB juga melabur di antara RM2 bilion kepada RM2.5 bilion setiap tahun untuk peningkatan rangkaian penghantaran dan pembangunan.