Aku Yang Tamak

HAHAHA.. puas hati aku. Guna MacBook kecik ni memang menyakitkan hati kadang-kadang. Nak buat kerja AutoCad memang seksa. Tambah pulak sebelum ni aku guna desktop dengan skrin LCD 19″ lagilah terasa bebanan dia. Jadi nak tak nak terpaksalah aku beli cable bodoh buatan Apple ni supaya aku boleh guna skrin LCD ni. Nasib baik tak jual sekali skrin ni hari tu, aku jual CPU dia je.

Satu benda pasal aku ni, ruang kerja kalau boleh nak seluas alam. Aku memang tamak bab ruang bekerja ni sebab semak la kalau banyak-banyak benda letak dalam satu tempat. Desktop aku kat Mac ni memang cepat penuh lebih-lebih lagi kalau datang time rajin update blog. Jadi dengan ada skrin lagi satu ni, adalah lagi satu ruang besar yang boleh aku guna. Oh! Gembira sungguh ni..

Sekarang aku boleh control mouse dengan kedua belah tangan aku. Belah kiri ada trackpad MacBook, kanan ada mouse (pun baru beli -____-‘ ). Chatting dan segala benda yang ada window kecik-kecik boleh buat kat MacBook dan kerja serius macam AutoCad dan update blog serta internet surfing boleh buat kat skrin besar. Patutlah designer hebat-hebat kat luar tu guna skrin LCD besar-besar sampai 3 kadang-kadang. Baru aku faham macam mana perasaan dia..

Tunggu aku pasang speaker ngan subwoofer, lepas ni boleh la layan movie dengan sound system yang mantap.

Harga cable bodoh: Mencecah ratusan ringgit (tukaran wang punya pasal..)
Kepuasan yang dapat nak buat kerja: Priceless

2010/2011 Premium Sponsor

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

40 Comments