Takkan Sepanjang Hari Tweet Je..

Kadang-kadang aku kagum dengan sesetengah orang yang sentiasa berada di timeline Twitter sepanjang hari seolah-olah kerja mereka ni duduk depan pc/tweet via phone sepanjang hari. Takkan takde kerja lain kot?

Aku tak cakap salah, in fact itu kebebasan dan hak semua orang untuk bersosial, mengarut, chatting dan apa-apa sahaja yang boleh dilakukan di Twitter cuma tak terfikirkah yang masa diluangkan di Twitter tu kadang-kadang boleh digunakan pada benda lain yang lebih bermanfaat?

Ada juga yang aku lihat kadang-kadang terlalu obses mengejar bilangan tweet seolah-olah ianya sebuah pertandingan atau kebanggaan. Sekali lagi, aku tak cakap salah cuma ada baiknya kalau sikap bersungguh-sungguh macam tu diaplikasikan dalam perkara lain dalam hidup kita. Mana tau dapat kebaikan dan mungkin ganjaran dalam bentuk wang ringgit contohnya.

I’m not judging tapi aku cuma nak mengajak pembaca semua termasuk diri aku sekali reflect balik penggunaan masa seharian kita. Pastinya ada aspek dalam hidup kita yang boleh diperbaiki jika lebih masa dapat diluangkan pada perkara tersebut.

But if you’re happy with your life, keep doing whatever you’re doing ;)

 

Comments

  1. says

    Ada yang on twitter dari handphone. Tak boleh salahkan diorang gak. Ada yang di dunia nyata tak ramai kawan yang ndak dengar suara hati dia, jadi dia gunakan twitter, fb, blog sebagai medium. Sebab “mahu didengar” adalah salah satu social needs setiap manusia.

  2. says

    akan jadi Giler Twit bila ramai kengkawan yang memang kaki twit. ajak pegi makan pun dgn twit. so fat, twitter hanya dengan guna smartphone je.

  3. says

    jarang pakai tweeter. kalau ada menda nk cakap pon, just simpan je dlm hati dulu. kalau rasa perlu share dgn org, br tweet atau share dlm blog. xsmo menda yg terlintas di minda perlu ditweet. jgn biarkan org nampak kita cm xde kerja atau org nmpk ideologi atau pendapat kita ni rendah disebabkan tweet pendapat yg xmendatangkan faedah atau boleh difikirkan utk kemajuan.

  4. says

    aku xpernah kejar bilangan tweet, tp org sllu sgt perasan bilangan tweet aku dan diorg yg alertkan aku. hahahha. oleh sbb aku foreveralone, mmg hidup aku di twitter saja :)

  5. says

    Aku jarang nak tweet kecuali tweet
    post baru.. FB pun chatg dgn adik2 jer

    like u said, jika mereka happy apa yg mereka buat, let it be
    tapi berpada2 juger.. jgn sampai hal personal
    diri pun nak tweet or share dgn semua org..

  6. says

    aku kekadang je online twitter ni.kerja kat sekolah banyak.kalau ada kelapangan pun lepas pukul 5.lepas tu online tengok blog.kalau ada kelapangan baru bukak twitter.Alhamdulillah,setakat ni takde la obses sangat dengan twitter ni…

  7. says

    kadang-kadang yang sentiasa ‘tweet’ ini adalah yang kurang kawan dekat luar alam maya, keberangkalian untuk tweet adalah amat tinggi. Tweet-tweet jugak tapi jangan habiskan masa seluruhnya dengan bertwitter semata-mata.

  8. says

    bagi aku, twitter ni memang melekakan…
    membazir masa je…

    tp depend la kepada seseorang…
    ada yang tak kisah masa dia dibazirkan dengan begitu saja dekat twitter…

  9. says

    yup, itu la pasal. kadang pelik jugak ngan dorang yang keep on tweeting, maybe itu dah kerja dorang kot, atau mungkin dalam sedang kerja dorang keep on tweet jugak. apa pun biar la dorang nak buat apa pun. >.<