Takde Sijil Halal Salah, Ada Sijil Halal Pun Salah

Apa masalah orang kita ni ya? Bila takde sijil halal, mereka minta sijil halal. Ok dah tu. Bila dah ada sijil halal, kadang-kadang masih lagi ada isu.

Kenapa ya? Adakah anda semua takut sebab orang yang bagi sijil halal ni mungkin kena rasuah juta-juta supaya bagi sijil halal? Ataupun anda tak yakin dengan kehalalan produk yang dah ada sijil halal? Ataupun anda lebih cerdik dalam menentukan kehalalan sesuatu dan dah buat pemeriksaan rapi pada premis/kilang/produk yang anda rasa tak halal tu?

Kalau tak yakin kenapa minta sijil halal JAKIM at the first place?

jakim-halal

Saya rasa pegawai-pegawai kat JAKIM tu mesti hantuk kepala kat dinding every year bila ada benda yang dah ada sijil halal, tapi disebabkan khabar angin punya pasal orang dah tertanya-tanya balik.

Jangan percaya semua benda yang anda baca di social media. Ini tak. Bila ada isu pasal halal/haram ni je, memang cepat orang share padahal benda yang dishare tu hanyalah khabar angin dan fitnah pesaing perniagaan. Kalau ada keraguan, buat rujukan dengan pihak JAKIM dulu, bukan share khabar angin kat social media.

Comments

    • says

      Blog pun sama kadang-kadang. Yang dikomen pun kadang-kadang lain daripada apa yang nak disampaikan dalam entri.

      Orang kadang-kadang malas nak baca. Baca lebih kurang faham then terus take action without thinking