Korang pernah tak kena check kad pengenalan dengan polis? Selama 4 tahun aku tinggal kat Russia, belum pernah sekali pun polis Russia tahan aku untuk periksa dokumen pengenalan diri aku walaupun pada hakikatnya benda ni memang biasa berlaku kepada orang asing yang tinggal di bumi Russia tu. Mungkin muka aku ni memang jenis muka baik, maka diorang tak syak apa-apa langsung la. Selalu je kalau keluar stesen Metro tu orang sebelah aku yang muka jenis dari Kazakhstan ni kena tahan dan kena check dokumen, tapi aku tak.
Jadi secara lumrahnya bila balik negara sendiri tak logik la kan kalau polis nak check dokumen pengenalan diri aku berdasarkan rupa paras yang boleh kata hensem ni <– perasan. Tapi semalam masa aku dalam bas RapidKL menghala ke KL, polis tahan bas tu kat depan Sunway Pyramid, naik dua orang anggota beruniform. Asalnya aku ingat orang RapidKL la nak check tiket je. Aku dok leka dengar lagu kat iPhone. Dia datang kat aku, aku hulur tiket tanpa rasa bersalah. Dia tak amik. Aku pandang dia pastu dia cakap, “Identity card”. “Oh..”, aku berkata sendiri dalam hati. Keluarkan kad pengenalan, tunjuk kat dia dan dia chow pergi ke penumpang seterusnya.
Kagum sekejap. Sejak bila polis Malaysia ni buat kerja macam ni? Sebelum ni aku pernah nampak diorang check dokumen kat stesen monorail KL Sentral, tapi masa tu takdelah dia nak check aku punya dokumen. Dia tengok mana ada muka bangla, filipina, vietnam dan sebagainya terus kena check. Masa tu aku ingat polis tu terlebih rajin hari tu kot. Tapi bila diri sendiri dah kena check, baru aku tau yang memang benda ni berlaku tapi kita tak tau. Mungkin diorang buat ni kat tempat-tempat tertentu je, tempat yang senang nak cekup pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sesat di Kuala Lumpur.
@ Stesen Monorail KL Sentral
Sekali terlintas pada fikiran aku, macam mana pula kalau masa aku kena check semalam, aku tak bawa kad pengenalan. Macam mana? Adakah polis tu akan tahan aku, bawa aku pergi balai dan aku kena panggil sesiapa untuk bawakan dokumen aku dari rumah atau lebih teruk kena bayar wang jaminan? Apa implikasi kalau kita tak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah semasa diminta oleh badan berkuasa ni?
Disamping itu, terlintas satu idea gila yang mungkin paling efektif untuk menangkap PATI ni semua. Senang je sebenarnya. Kumpulkan semua pendatang ni dalam satu tempat dan periksa dokumen diorang satu-satu sebelum diorang keluar dari tempat tu. Macam mana nak kumpulkan? Tak payah susah-susah, time ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan mana-mana negara kat Asia Tenggara ni buat operasi tu. Pendatang asing ni semua dah terkumpul secara tersendiri. Bila tamat perlawanan, siaplah dengan semua jenis anggota keselamatan yang ada kat pintu keluar stadium. Kalau nak libatkan tentera pun boleh. Tunjukkan kegagahan anggota keselamatan kita dan kedaulatan negara ni. Yang kena cekup tu terus hantar balik. Camtu barulah diorang gentar sikit nak buat kes jenayah macam merompak atau pecah masuk rumah ke.
Ketakutan adalah senjata yang paling efektif.
Tapi ariff,cara tangkap pati guna perlawanan bola sepak tak boleh pakai la..nanti cam ner nak dapat untung tiket kalau cara ni berjaya dihidu..
hm.. kalau bukan pendatang tanpa izin ni buat apa nak takut kan..
Gambar amoi tak seperti yang diharapkan *hihi, lalala*
La… salah post lak komen. *mengomel, kalau tekan TAB lepas isi nama ke email terus lompat post*.
heheh okei la tu, saya pernah kat bukit bendera time tunggu train tuk naik atas, ada group Thailand serbu ingatkan ape, nak bergambar bersama saya rupanya. So kembang idung ler dahla dok centered masa snap2 plus ramai lak tu orang len tengok sy jadi tumpuan… tapi lepas tu dia/mereka2 tu bagi soalan ramai-ramai dalam siamese habes saya xfaham, tukar English lak, heheh tau ape diorang tanya? Thailand tinggal di mana? hahaha terus rasa macam ada rupa kari pedas Thai ke mukaku? Siap high five lagi walaupun blur malu2 pastu…
hahahahaahah… tak boleh blah betul insiden ko ni. Entah macam mana diorang boleh ingat ko orang kampung dia..
Tapi ok what Thai. Unik sket :D
kawan aku pernah kena cek ngan polis gak n kebetulan mmg dia tak bawak IC. patutnya kena denda bayar 50rggt kowt. tapi polis tu just warning jela.
kita mmg kena bawak IC pi mana2 pun, lagi2 kalau kuar sorang. bukannya sebab kita ni nampak cam baik ke tak polis tak cek, or bukan semestinya dia nak pastikan kita ni warganegara ke tidak, tapi penting kalau2 ada something happen, like accident ke pengsan tiba2 ke apa. bayangkan kalau kita takde IC time tu. bila nak antar hospital ke apa. terganggu kan proses dia. camtula lebih kurang.
baguz le tu polis buat tugaz dia tp sepanjang hidup saya pun tak penah lg kena spotcek i/c kat atas bas ni..
erm, idea bernas!…
oh iya berkenaan Moscow,betul ke nk balik lepas raya ni?siang tadi berborak ngn bapak pasal kebakaran di Moscow.habis semua kedutaan lari meninggalkn Moscow sebab,1.radioactive yg di dlm tanah telah naik kembali di sebabkan kebakaran, Chernobyl and another one lupe…hehe..2.sure punyer udara di Moscow berbahaya kerana radioactive(yg skng ni dh merebak ke Europa juga)…confirm byk yg akan kene cancer di situ.bapak ckp kalau sendiri tak dpt nk lari dr situ at least anak2 kene hantar keluar dari situ…kalau nk duduk balik,at least kene tunggu hujan turun yg banyak supaya radioactive tue turun kembali ke tanah…well nie hasil borak2 kami…maybe ada yg salah,cume dia kata tunggu lar sampai keadaan ok baru bole ke sana …ok selamat berpuase! :o)
erk. Seriously? Takde dapat apa-apa amaran lagi atau apa-apa. Kalau dah sampai tahap radioaktif tu, memang bahaya dah. Takut pulak nak balik ni.
bende dh dalam tanah,bile hutan terbakar naik lar balik…tp,check lar dgn kedutaan sana…nie secare theory nyer mcmtue lar…risiko tinggi huhu… bapak ckp europe nk saman rusia pun tak gune,dia nk bayar mcm mane rakyat dia pun susah…bak kate bapak..’tula jahat sgt,Allah turun kan api saje sudah’…nauzubillah lar jgn jd kt negara kita… :o)
nice sangat la.. haha.. nis ni dah la ada sikit2 muka Minang dari belah mak.
kalau ikutkan tak bawa kad pengenalan memang boleh kena denda RM300.
kalau macam family nis lagi la tak boleh nak tinggal. kitorang memang ada muka2 Indo sikit.. huhu.. nama pun anak Minang, kan?
polis buat kerja salah.. polis tak buat kerja pon salah jugak
mana mau? kita terjaga ataupun kita terabai?
salut PDRM!
Tak cakap salah pun..
aku tak pernah lagi kena tahan polis mintak IC, tapi pernah kena tahan mintak lesen memandu. mase tu memang pelik, sebab aku rasa aku takde buat apa-apa kesalahan. laju tak, safebelt pakai, road tax hidup lagi, aku agak-agak mungkin sebab tinted kereta aku yg agak gelap kot. sekali takde apepun, saje je tahan nak tengok aku ada lesen memandu kereta ke tak. diorang ingat aku bawah umur kot. (-_-”)
sekejap, aku suka dengan idea kau yang nak check dan cekup time dorang tengah gather ramai2 cam kat konsert atau perlawanan bola~
Kalau kat Russia time orang kumpul ramai-ramai macam ni, even konsert untuk universiti pun askar yang turun berkumpul jaga keselamatan memang cukup untuk bawak pergi perang tawan satu bandar. Jadi aku just guna konsep yang sama je dalam hal nak cekup pendatang tanpa izin ni.
yup..sekarang ni ada polis yang ditempatkan di stesyen star rapidkl..ada sekali tu pergi ke PWTC, then baru teringat tertinggal ic kat dalam kereta…lalu je depan diaorang hati dah berdebar-debar tapi buat muka confident…hahaha…
muke anda cam kemboja kott..hahah
oo
pasnie kne bwk kad pgnlan kemane2 shj
bgs polis kt mesia skank !!
patut tngkap lg byk diorg.
menyemak je
Betul. Memang kena hantar balik diorang ni. Selalunya yang datang tanpa izin ni yang banyak buat masalah.
hehehe a’ah kan, brilliant idea.
:)
tak terpk pulak.
adakah muka kau iras2 Myanmar ataupun Kemboja sampai kena tanya tu?
Hehehe.
(Gurau je dak Ariff)
Tapi aku dengar cerita, kalau kita tak bawa IC, memang boleh ditahan.
-_-”
Sebab tu aku bawa IC ke mana2 aku pergi sejak aku dapat IC
salam..haha kelaka btol time bro pg hulur tiket bas kat polis tu..mmgla wat derk je pasal tu bukan bidang kerja dia ekeke
aku pernah gak kena check, tapi time polis or jpj buat road block jela :D
senario seperti ini biasa berlaku….tiba2 sahaja….kalau tak wat spot check….gerenti PATI dah standby dan sure diorg dah tahu, lokasi2 polis selalu wat spot check nih. Alhamdulillah…aku x pernah kena macam nih walau dimana aku berada…..even lesen memandu pun….hehe
tapi mat mat indon ni agak kurang ajar terutama dalam bas , kalau penuh lagi lah dia suka , dapat main gesel-gesel dengan perempuan . kalau dia buat kat minah indon juga takpelah , ni kat perempuan melayu . hish
akoo pon terpikir kalau nak tangkap PATI, buat masa konsert2 xpun masa sukan… tp akan kecoh jugak. ohooo. kecoh x kecoh… elok je tahan peg dia org kat tgh laut. miahhaha!
haah, muka ko ada iras orang filipina skit
gyahahaha (syahirul yg guna joegrimjow acc)
depa tgk ariff ala2 indon kot…ekeke lawak je
eh xde ic kene thn msk lokap ke?? xkn lah smpi mcm tu skali kut…bknnye wat jenayah besar pun…plg2 kene saman byr denda kut…
Yeahh!!sokong ariff!!!buat diowang gentar!!
aku pernah kena check kad pengenalan. diorang ingat aku nie indon kosong. -.-
Kalau kena macam tu mesti ada rasa kesian kat diri sendiri. haha..
kalo kt Moskva kene thn tk bawak passport, masuk lokap tak…..
Masuk lokap rasanya, atau pun kena ugut suruh bayar saman (rasuah) supaya dia lepaskan kita
haha….kene pau ka..nice la polis russia ni
aku tak pernah lagi kene. kalau kene kompem dia cop muka aku vietnam ke apa XD
muke ko cam myanmar kot..
hahaha
hahaha.. tak boleh blah. Sejak balik Malaysia, baru first time dengar perkataan Myanmar. Kalau tak kat Moskow tu tiap-tiap hari terdengar orang Myanmar ni menjerit (bercakap)
bahaya betul la ko bro.. bajet ko orang rusia kot, heee…
btw, member aku pernah masuk lokap jugak. sebab lupa bawa i.c, miahaha…
perrgghh.. kat FB ada orang cakap komen perlu sebut no. IC je. Pastu diorang check kat balai. Kalau ada, lepas la
ariff..kalau dia tangkap ko..dia hantar terus blk russia.. duk sana terus,,cmne/haha
penah gak kene tahan beberapa kali time duk KL.. T_T muka aku tak de cam muke org malaysia ke? sedeh nihhh.. >.<
ala.. kesiannye..
muka ko ala2 org luar negara, so polis tu jeles dan cek la.. gyahahahaha.. kalo aku muka melayu :P
Muka ko memang Melayu. No doubt.
me and my friend jalan-jalan. 1 lelaki & 2 perempuan. kat ttdi. tgu bus. pastu. tetibe mai la dato polis. erm. mber i yg laki tu la kene tahan. tnye ic ada tak byk tnye smpai bus mai pun tlepas. ades…sib baik die bwk ic dier. kot kene tahan satu hal. dok jail tu tak best tu. even 1 hari. sib baik mber laki tu tak kene ape2. saba je la.