Korang pernah tak kena check kad pengenalan dengan polis? Selama 4 tahun aku tinggal kat Russia, belum pernah sekali pun polis Russia tahan aku untuk periksa dokumen pengenalan diri aku walaupun pada hakikatnya benda ni memang biasa berlaku kepada orang asing yang tinggal di bumi Russia tu. Mungkin muka aku ni memang jenis muka baik, maka diorang tak syak apa-apa langsung la. Selalu je kalau keluar stesen Metro tu orang sebelah aku yang muka jenis dari Kazakhstan ni kena tahan dan kena check dokumen, tapi aku tak.
Jadi secara lumrahnya bila balik negara sendiri tak logik la kan kalau polis nak check dokumen pengenalan diri aku berdasarkan rupa paras yang boleh kata hensem ni <– perasan. Tapi semalam masa aku dalam bas RapidKL menghala ke KL, polis tahan bas tu kat depan Sunway Pyramid, naik dua orang anggota beruniform. Asalnya aku ingat orang RapidKL la nak check tiket je. Aku dok leka dengar lagu kat iPhone. Dia datang kat aku, aku hulur tiket tanpa rasa bersalah. Dia tak amik. Aku pandang dia pastu dia cakap, “Identity card”. “Oh..”, aku berkata sendiri dalam hati. Keluarkan kad pengenalan, tunjuk kat dia dan dia chow pergi ke penumpang seterusnya.
Kagum sekejap. Sejak bila polis Malaysia ni buat kerja macam ni? Sebelum ni aku pernah nampak diorang check dokumen kat stesen monorail KL Sentral, tapi masa tu takdelah dia nak check aku punya dokumen. Dia tengok mana ada muka bangla, filipina, vietnam dan sebagainya terus kena check. Masa tu aku ingat polis tu terlebih rajin hari tu kot. Tapi bila diri sendiri dah kena check, baru aku tau yang memang benda ni berlaku tapi kita tak tau. Mungkin diorang buat ni kat tempat-tempat tertentu je, tempat yang senang nak cekup pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sesat di Kuala Lumpur.
@ Stesen Monorail KL Sentral
Sekali terlintas pada fikiran aku, macam mana pula kalau masa aku kena check semalam, aku tak bawa kad pengenalan. Macam mana? Adakah polis tu akan tahan aku, bawa aku pergi balai dan aku kena panggil sesiapa untuk bawakan dokumen aku dari rumah atau lebih teruk kena bayar wang jaminan? Apa implikasi kalau kita tak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah semasa diminta oleh badan berkuasa ni?
Disamping itu, terlintas satu idea gila yang mungkin paling efektif untuk menangkap PATI ni semua. Senang je sebenarnya. Kumpulkan semua pendatang ni dalam satu tempat dan periksa dokumen diorang satu-satu sebelum diorang keluar dari tempat tu. Macam mana nak kumpulkan? Tak payah susah-susah, time ada perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan mana-mana negara kat Asia Tenggara ni buat operasi tu. Pendatang asing ni semua dah terkumpul secara tersendiri. Bila tamat perlawanan, siaplah dengan semua jenis anggota keselamatan yang ada kat pintu keluar stadium. Kalau nak libatkan tentera pun boleh. Tunjukkan kegagahan anggota keselamatan kita dan kedaulatan negara ni. Yang kena cekup tu terus hantar balik. Camtu barulah diorang gentar sikit nak buat kes jenayah macam merompak atau pecah masuk rumah ke.
Ketakutan adalah senjata yang paling efektif.
slame aku dok kat smnjung nie…xpena plak kna check… myb muka aku macam bumiputra kowt?? haha… btw, awak agk brtuah gak sbb dpt kna interview by pcik polis tue….nsib baek awk bg tket, if tgh pcik polis tu mintak ic, then u plak bg tandatangan, camner agaknya ek??
hahahah… tak pasal2 je bagi tandatangan
hahahha…. (tengah bayangkan ariffshah bagi tandatangan kat pakcik pilis tu.)
typing error: polis. bukan pilis. heee..
baru kena tahan dengan polis 2 weeks ago. masa tu on the way balik from lrt gombak. mula- mula nampak kereta polis peronda lalu kat area parking. 3 orang polis melayu umur dalam 20-an dalam kereta tu tinjau- tinjau orang yang berjalan keluar dari station termasuk la my sister and i.
masa kereta peronda tu lalu sebelah, kitorang buat tak tau je, then kereta tu buat 3 point turn then berhenti betul-betul depan kitorang. siap mcam aksi polis tahan kereta penjenayah- cut infront dan park senget- cuma kitorang time tu sedang berjalan kaki.
keluar 2 orang polis tadi, yang sorang lagi driver. diorang tahan kitorang mintak tengok ic. so saya pun mula la bertanya, ada apa ni? diorang ckp nk buat random check. saya tanya kenapa kena check ic? diorang cakap nk penuhkan borang pemeriksaan, sambil tu diorang tunjuk la list nama orang-orang yang diorang dah check.
kebanyakan nya nama perempuan. adalah 2-3 nama india dan cina. yang lain nama perempuan melayu. ceh, x guna betul! patutla lalu sebelah kereta tadi pandang macam apa je.
so kitorang buat kesimpulan:
1. polis tu memang buat random check, tapi target kt perempuan melayu je, or
2. my sister and i muka macam PATI. hahahah (mana ada weiii), or
3. hari tu first day puasa kitorang x pakai baju kurung- tak menghormati bulan puasa, so kene tahan. logik ke?
waa… thanks atas perkongsian ni. Macam-macam cerita pasal polis ni rupanya.
Rasanya kalau nak cakap dia check perempuan ajer macam tak logik gak, mungkin ni jenis yang gatal2 atau saje2 nak check, wallahualam. Apa-apa pun kalau dah kena tu kena la jugak kot. Tak boleh elak lagi. Nama pun random.
Nasib baik tak kena apa-apa.
Kalau x bawak IC tp ngaku warga negara. Kalau dorang bermurah ati xnak dakwa sebab x tunjuk IC, satu ujian tapisan akan dilakukan.
Antara ujiannya ialah, Kena nyanyi lagu negaraku dan bilang nombor 1-10. Sebab apa kena bilang nombor? Sebab warga indonesia x sebut Lapan. Depa sebut Delapan. Kalau hang kena suh bilang nombor, jgn duk wat tesasul p sebut “delapan” plak.. sah sah kena angkut naik trak. Hehehe…
hahaha.. ye ke? tak tau lak aku pasal ni. Kelakar2..
member aku pernah juga kena tahan dengan polis yang naik motor kat taman perumahan. Masa tu, hantar surat iklan. Tiba-tiba datang la dua orang polis ini.
Dia tanya mana IC, member aku jawab tinggal kat rumah. Lepas dia tanya asal negeri mana? Dia jawab sabah. Polis tu tanya siapa ketua menteri sabah. Member tak tau nak jawab. then, polis tu lempang dan suruh bla…
hahahah.. tak pasal2 kena lempang dengan polis. kejam giler.
Susah nak buat yg kepung stadium tu. Nanti tak pasal2 orang Malaysia pun ter”cedera” juga. Ramai orang tu..rusuhan.
selalu gak kuar jejalan tak bawak ic…bisa diatur pak polisi tuh…
aduh, terkedu aku kau cerita macam tu…. aku tak kisah itu semua, bila dia orang dah check tu, dia tangkap betul betul ke PATI tu. Pagi tangkap, petang lepas buat apa. Membuang masa.. PATI tu hari ni passport lain , kena tendang keluar Malaysia datang balik dengan passport lain.. Tak ke gile tu…
Memang x ley blah kalo kene tahan sebab xdek kad pengenalan..
selama ni pernah terpikir tp x pnh lak benda cmni jd dpn mate..
taun lepas ada gi JPN Putrajaya sebab kena buat assignment pasal MyKad. kalau tak silap, kalau takde kad pengenalan waktu diminta, boleh kena denda berpuluh ribu woo. tapi tak penah lagi dengar org kena denda ribu-ribu sebab tak bawak ic.
ha ah..idea mmg best…kumpul lps match bola sepak yg mlibatkan ngara diorg.tp mcm xselalu je ada match bola sepak.isk,Pati ni mmg ssh nk control
Susah nak control satu, pihak berkuasa kita pun tak konsisten nak control. Tu lagi satu hal
ariff.. dah dapat email?
bukan tak boleh. tapi biasalah. mesti ada peristiwa malang tak berbau..
pak cik polis yg muda2 sgt tegas kalah belangkas.!!
pernah jugak kena check pakcik polis dulu masa study kat tanjung malim. Tapi pakcik polis tu kool je, ktorg siap gelak2 lagi. Pakcik tu kata itu rutin je, kena masuk buku log. Kalau buku log kosong orang kata tak buat kerja pulak. Susah nak jumpa polis yang mesra macam tu. Terutama yang muda2, berlagak lebih, tapi tak semua kot macam tu.
kena bekukan sebahagian cuti polis time 1st raya ni. hantar dorang kat KLCC. lubuk pendatang di hari raya tu weh! rasenye 2 bus no problem.
heh cam spotcheck. ikut nasib la.
eh adakah u ariffshah of mozac 00-04?
yup. ni kelly eh.. ingat2 lupa dah.
yep akula tu. the school’s scandal queen :P
haha.. aku dah lupa pasal skandal ko.
takpe2. lupakan cerita lama
haha so nice of u. aku pun dah lupa tapi bila taip MOZAC aku ingat balik.
kau cuti eh? ah kalau sudi add ym aku kellykaida@yahoo.com eh cari publisiti sini plak aku haha.
thanks
nasib baik aku tak pernah terkena, pernah sekali gi kedai tak bawak dompet duit, jumpa polis tapi nasib baik dia tak tahan
Wah. Tak pernah tau pun polis main cek2 orang punya IC ni. *tiba2 teringat cite Gerak Khas – takut je polis tipu* huhuhuhu
bagus juga idea tu..salah satu lagi mungkin boleh bagi insentif kononnya ada cabutan bertuah untuk warganegara xxx dengan hadiah menarik misalnya di dataran merdeka or klcc ke…hik3
Your link has been post in my blog, lets check, anchor= Arifshah
Thanks! Will put up yours when I have my own list =)
Bila sebut pasal polis nak periksa dokumen pengenalan diri ni, teringat kisah jadi pelarian suatu masa dahulu, semoga ianya tak berulang.
Rasanya memang dorang ada buat gak operasi macam tu kat stadium kan, cuma kita jer tak sedar sebab, takkan kita duduk bersama-sama penyokong lawan kan. :D
Salam,
Mmg ada akta yg kita boleh ditahan jika tak bawa I/C,saya pernah tertinggal kat umah mujurlah ada pas pekerja maka selamatlah.