Tahniah Lee Chong Wei

Perjuangan seorang atlet bukan mudah. Sebagai seorang yang pernah menjadi atlet dalam beberapa buah sukan, saya benar-benar memahami kekecewaan yang dihadapi oleh Lee Chong Wei terhadap keputusan perlawanan malam tadi. Setiap titik peluh adalah sangat bermakna baginya dalam perjalanan untuk mengalahkan musuh tradisinya yang sememangnya telah terbukti lebih handal daripadanya.

Sebagai penonton dan penganalisis sukan sambilan tanpa gaji, ramai yang lupa betapa susahnya untuk menjadi seorang atlet yang terhebat dalam sukan yang diceburi. Untuk menjejakkan kaki ke peringkat Olimpik yang merupakan temasya sukan terulung di dunia adalah sesuatu yang bukan semua orang boleh lakukan.

Bila tengok balik video upacara pembukaan sukan Olimpik, memang tak dapat bayangkan perasaan setiap seorang atlet yang berarak masuk ke stadium. Pastinya perasaan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai dengan wang ringgit.

 

Bila sukan pun nak dipolitikkan..

Perasaan kecewa tu memang tak boleh dielakkan. Tapi itulah lumrah dalam arena sukan. Kita boleh berusaha seberapa kuat yang boleh tapi belum pasti kita adalah yang terbaik. There will always be somebody’s who’s better than us. Dalam kehidupan harian, perniagaan dan kerjaya pun macam tu, akan ada individu/pihak yang lebih bagus daripada kita. Oleh itu kita kena konsisten dalam memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan. Persoalan samada adakah kita akan menjadi terbaik atau tidak perlu dilupakan terlebih dahulu sebaliknya usaha untuk menjadi terbaik itu lebih penting.

Apa-apa pun, tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mendapatkan pingat perak untuk Malaysia di sukan Olimpik London 2012. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada atlet/bakal atlet negara pada masa hadapan.

Comments

  1. says

    sangat2 la tak suka bila ada orang isukan tentang menang atau kalah. tapi yang komen tu bukan reti sukan pun. hahaha.. patut bagi la sokongan moral. ni tidak. ish3..
    Entri terbaru Syaz >> Kerana 5 MinitMy Profile

  2. says

    Benar! bercakap memang senang.bila berbicara pasal sukan semua ada pendapat masing-masing tentang kegagalan Chong Wei memperoleh pingat emas apabila tewas kepada LIn Dan.Sahutan positif mahupun sedikit telahan negatif dari pengkritik sukan tanpa gaji. tapi berada di situasi tersebut merupakan suatu perkara yang bukan mudah. Kini, bukan soal menang atau kalahnya Chong Wei tetapi soal siapa boleh mengganti tempatnya selepas bersaranya dia.

  3. naihusna says

    LCW mmg hebat..rasanya tak pernah ada lagi atlit malaysia yg pernah sampai ke final dlm sukan olympic utk dua kali berturut-turut..pencapaian yg berharga dan harap boleh jadi motivasi kpd atlit2 pelapis selepas ini..

  4. says

    tahniah datuk..walaupun pingat perak,ianya satu pencapaian yang amat membanggakan…

    Umm, politics will always be politics..sentiasa akan mencari jalan utk kepentingan peribadi/parti dari apa2 isu….

  5. says

    Orang politik selalu cuba jadi popular sehingga tindakan mereka menambah benci rakyat. Kalau di Europe pemain bola profesional dibayar beratus juta apalah salahnya atlet Malaysia yg berjaya dibayar ganjaran duit … salah ke? Tak kan orang politik je nak nak dapat juta2 (emosi ni …. heee)