Suami Ganas Dalam Bilik Tidur

Di suatu malam..

“Nah, ambik kau!” tiga das budak tu kena.

..

Rasanya budak India tadi tu dah rebah. Ni siapa pulak yang tolak aku?

“Sayang!”

———————–

cerita suami isteri

Rupanya yang ditumbuk tadi bukanlah budak India yang kurang ajar, sebaliknya kaki isteri kat sebelah ni. Hadoi!

Masalah tumbuk dinding masa tido ni memang dari dulu lagi. Setahun sekali mesti ada.

Dari sekolah menengah ada masalah ni. Masa form 2, tengah tido kat surau. Sekali ada senior form 5 datang kacau usik-usik hidung. Zas… penumbuk datang. Nasib baik dia budak silat, dapatlah tepis dan nasib baik tak kena tumbuk betul-betul senior tu. Kalau tak dah jadi insiden.

Kat Moscow seingat saya ada dua kali. Dinding bilik tu pernah kena tumbuk, meja kat belakang katil pun kena. First time tangan bengkak, second time tangan luka sebab kena bucu meja.

Yang budak India ni pulak.. sebenarnya kelmarin lepas kerja bergegas ke KL Sentral nak beli pas bulanan bas. Hujung bulan je boleh beli. Sampai-sampai, duit pulak takde. Terpaksa beratur kat ATM. Hujung bulan, orang pulak ramai. Lepas cucuk duit terus bergegas ke kaunter tiket.

Sampai sampai je, bila cakap nak buat pas bulanan, budak India tu dengan acuh tak acuh jawab, “Datang esok boleh?” Dalam hati dah mula maki ikut slang orang Melaka. Kalau tau tadi, takde dah datang penat-penat macam ni. Duduk rumah je beristirehat bersama isteri.

Malangnya dendam tu terbawa-bawa sampai dalam mimpi. Kesian isteri jadi mangsa. Nampaknya, lepas ni kena belikan isteri pelan takaful yang power siap dengan medical card sekail.

P.s. Sori tajuk kontrovesi. Can’t resist.

Comments