Student Beli Laptop RM7000

student beli laptop

Sebelum saya jadi seorang yang nampak macam celik kewangan macam sekarang ni (boleh la sikit-sikit..), saya juga seperti orang kebanyakan. Belanja ikut suka.

Dulu masa belajar, agak mewah. Kat Moscow dapat ‘gaji’ RM2,100 ~ RM 2,200 sebulan. Lebih kurang gaji RM2,500 la kat Malaysia. Sewa rumah, internet, makan, belanja harian semua lebih kurang RM1,600 – RM1,900. Kalau belanja banyak dalam sebulan pun masih boleh save duit sikit-sikit.

Walaupun masa tu saya dah mula berkecimpung dalam unit trust (tahun kedua universiti), saya takdelah hardcore sangat menyimpan. Belanja banyak jugak. Kesilapan kewangan paling besar saya buat masa tu adalah membeli laptop Dell XPS GTX SLI harga RM6500 lebih. Gila. Campur dengan pergi ambil laptop tu kat Pulau Pinang, kosnya jadilah RM7,000 untuk laptop tersebut.

Masa tu saya fikir, yelah.. dah belajar susah-susah dapat pembiayaan pelajaran dan kononnya nak guna laptop tu buat simulasi Matlab dan guna Autocad, jadi ‘dihalalkanlah’ pembelian tersebut walaupun pada hakikatnya nak guna laptop tu untuk main game. Of course, kerja pun jalan jugaklah kan. Kalau tak, tak graduate.

Tapi sekarang ni bila fikir balik, bodoh jugak beli laptop mahal-mahal macam tu. 3 tahun guna dah obselete, teknologi baru, barang komputer makin canggih dan spesifikasi semakin murah.

RM7000 tu kalau ikutkan beli komputer biasa baru dalam RM2,000 – 3,000. Separuh lagi boleh buat macam-macam lah. Simpan dalam unit trust pun boleh dapat RM5,000+ dah sekarang. Ceh.

Jadi itulah kesilapan kewangan yang saya menyesal sehingga sekarang.

Minggu depan saya akan jadi panel untuk bercerita tentang pelaburan kepada pelajar-pelajar di sebuah universiti tempatan yang tersohor. Hari tu jadi moderator, kali ni upgrade jadi panel. Step by step. Sikit hari lagi live talk show kat tv pulak. haha

Cuma, saya bimbang sesi perkongsian saya nanti tak sampai pulak poinnya kepada golongan pelajar yang mendengar. Saya tak nak buang masa mereka dan masa saya.

Jadi, kepada yang membaca, cuba kongsikan apa yang anda semua nak tahu tentang pelaburan / kewangan sebagai seorang pelajar. Mungkin ada kisah kesilapan kewangan yang boleh dikongsikan supaya orang lain tak ulangi kesilapan tersebut.

Wife saya kata, orang MLM dan skim-skim peleburan suka masuk universiti tempatan ni untuk pancing downline. Main ribu-ribu jugak diorang minta modal katanya. Jadi benda macam ni saya nak highlight supaya boleh dielakkan.

Apa-apa pun, terima kasih kepada yang sudi berkongsi kisah. Suruh kawan yang ada kisah kewangan lain untuk kongsi sekali kalau ada. Semoga sesi saya minggu depan berjaya.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

17 Comments