Status blog.ariff Jun 2010

Untuk bulan Jun ada peningkatan yang positif dari segi trafik dan income. Kalau tengok 50 ribu lebih pageviews dah cukup bagus sebab aku tengah kejar 100k. Data diambil dari Google Analytics. Kalau guna plugin Statpress dalam WordPress ni, jumlah dia 3 kali ganda. Dari segi total pageviews, setakat ni dah ada 400 ribu. Menuju ke arah 1 juta!

Bulan Jun memang banyak improvement. Dapat offer beberapa job untuk sponsored posts. Dapat exchange banner dengan CitCat.com – Sebuah search engine yang ada built in translating function, jadi kalau korang search sesuatu, dia terjemah terus ke dalam bahasa yang korang pilih.

Aku dah siapkan page-page untuk tutorial penting SEO, Alexa dan Google PageRank. Tutorial tu semua lengkap, updated, tepat dan mudah difahami. Kalau ada apa-apa soalan just tanya. Untuk tutorial SEO, memang proven berkesan, cuma kalau nak dapat front page Google tu memang bergantung pada PageRank korang dan site trust korang ngan Google.

Bulan Julai-Ogos, aku kat Malaysia. Pening gak kalau nak fikirkan apebenda nak update kat blog ni. Senang, tak payah fikir. Ada benda nak update, update je terus. Hopefully dapatlah aku join aktiviti dengan blogger atau syarikat advertising mana-mana nanti. Mungkin aku akan buat slot live blogging lak. Tengoklah macam mana.

Macam biasa, thanks to all. I heart you!


34 thoughts on “Status blog.ariff Jun 2010

  1. hai encik ariff, saya rasa kamu maksudkan citcat.com dan bukan chitchat.com. erm, dulu memang selalu jugak saya gunakan khidmat citcat.com tu. ada beberapa ketika tu, website tu down lama.. lepas tu saya terus jarang pakai. :)

    • Thanks sebab bagitau. Inilah jadinya kalau tulis blog tak check betul2. ish.. ish..

  2. Habis la. Lepas ni ramai la peminat yg nak jumpa ko. Itu yg ramai seronok tu bila dengar ko balik Malaysia. Dah bersedia untuk melayan? Haha.

  3. yeahh!! ariff ada kat malaysia nnt, leh akak jumpe ariff yang berilmu ni, banyak nak tanya ni, hehehe :)

    • Kena start slow2. Dah lama-lama biasa tulis entri banyak2, memang akan terbiasa nanti

  4. woww. best nye bila anda ckp anda dekat malaysia julai – ogos ni. g gathering blogger ke? hehe . btw goodluck untk mencapai ke 1 juta! xD