Standard Chartered KL Marathon 2014

Hari biasa sempena Standard Chartered KL Marathon 2014. Kepada yang belum pernah masuk, sekali sekala sekadar nak merasa oklah, but not every year. Tahun ni teman wife masuk event ni sebab dia tak pernah masuk.

IMG_4669.JPG
Bermula dengan race pack collection sehari sebelum event. Nak kena collect kat Dataran Merdeka. Naik motor/public transport kalau nak elak kesesakan.

IMG_4661-0.JPG
Race day. Hari dimulakan dengan bangun pagi sebelum Subuh jam 5 pagi. Jam 6.15 pagi dah sampai di stesen LRT Taman Bahagia. Tunggu LRT 10 minit. Siapa yang sampai sebelum jam 6 pagi dapat naik LRT free. Tahun sebelum ni memang ada shuttle bus percuma dari LRT Kelana Jaya ke tempat event.

IMG_4663.JPG
Dari LRT Masjid Jamek jalan sampai belakang Sogo untuk flag-off. Untuk half dan full marathon, mereka flag-off di lokasi lain dan lebih awal berbanding yang lari main-main ni.

IMG_4670.JPG
Tunggu masa je. 7.15 flag-off. Ramai gila.

IMG_4664.JPG
And off we run. Biasanya kita akan nampak orang yang lari laju dengan hebatnya. Bersemangat! Lepas tu kat 1km mark, kita nampak orang yang sama tadi dah mula jalan kaki. Hek eleh…

IMG_4665.JPG
Cuba bagi tau saya berapa bila je boleh jogging dalam KL dalam keadaan yang paling selamat dengan polis dan petugas DBKL di kiri dan kanan jalan kawal lalu lintas? Of course, the price to pay adalah RM75 seorang untuk SCKL Marathon ni.

IMG_4666.JPG
Nak sampai dah.

IMG_4667.JPG
Last 2 km. Sini paling mencabar sebab uphill. Dah la kat hujung-hujung.

Loading

10km je.. #SCKLM2014

View on Instagram


Dan dapat medal. 10km je. Nothing to shout about. Kena start training untuk half-marathon la. haiyo..

IMG_4668-0.JPG
Muka bangun tidur, tapi DAH MANDI. Personally, SCKLM2012 lagi best. Route kali ni walaupun masuk tengah-tengah KL, tak best sangat sebab banyak jalan sempit dan yang masuk pulak semakin banyak.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

14 Comments