SPM – Setiap Tahun Pun Terbaik

Reading Time: < 1 minute

“Eh batch aku punya SPM lagi hebat daripada batch kau”

– “Memanglah.. Tiap-tiap tahun result SPM terbaik”

Percaya atau tak, ini adalah benar. Tapi kenapa?

Pertama, keputusan SPM adalah implikasi positif kepada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Jadi kalau keputusan jatuh, dari segi politik memang kerajaan akan kena kritik teruk daripada pihak pembangkang dan orang awam.

Kedua, keputusan SPM adalah penanda aras prestasi Menteri Pelajaran. Strategi ni mudah je, kalau menteri baru masuk kurang daripada setahun, keputusan SPM mungkin tak sebagus yang disangka-sangka untuk tahun dia masuk. Setahun lepas tu, keputusan akan jadi ‘terbaik’. Untuk itu, adalah poin positif untuk menteri tersebut dalam rekod prestasinya.

Ketiga, keputusan SPM dan peperiksaan umum yang bagus adalah untuk menaikkan rating kerajaan, terutamanya ketika menjelang pilihanraya. Benda-benda kecil sebegini berlaku secara tidak langsung. Kita tak nampak, tapi ada positive vibe untuk kerajaan yang sedang memerintah.

Macam mana mereka buat?

Mudah. Turunkan gred untuk A. Katakan 90 – 100 dapat A+, mereka boleh turunkan ke 85 – 100. Semudah itu. Dan itulah sebabnya markah peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tak pernah ditunjuk.

Saya lebih suka kalau markah pelajar ditunjukkan. Macam tu barulah betul pelajar akan belajar separuh mati untuk dapat keputusan cemerlang dan dapatkan tajaan biasiswa. Kadang-kadang kita boleh nampak ada pelajar yang tak layak langsung terima tajaan ni semua, kadang-kadang ada yang salah guna dan ada yang tak minat nak belajar.


Posted

in

by

Comments

37 responses to “SPM – Setiap Tahun Pun Terbaik”

  1. pharmalif Avatar

    Setuju dgn pendapat ko. Keputusan cemerlang SPM tak bawa kita kemana sgt pun. Hanya setakat waktu dapat result je terkinja-kinja melonjak kegembiraan. then, selepas itu apa?? balik kepada asal hidup seperti manusia biasa, ditambakan lagi dengan rasa takut tak dpt biasiswa.

  2. Ayie Avatar

    Saya sebenarnya jarang blog atau rajin menulis blog tapi saya lihat cara saudara agak kemas dan bahasa melayu yang elok, mungkin sebagai titik tolak saya kelak. Saya baru memulakan blog di senangeja.blogspot.com tetapi saya jenis tak pandai bercerita dan malas mengumpat orang. Insya-Allah saya jadikan saudara cara positif untuk berblog.
    Berkenaan subjek SPM ni, saya rasa kebanyakan juruprogram komputer tahu secara langsung. Antaranya saya juga sebagai juruprogram komputer. Apa yang saudara tuliskan tu ada benarnya.

  3. Tho Ha Avatar

    Aku punya pengalaman tersendiri dengan SPM. Aku berjanji pada diri aku sendiri, aku tidak akan menyesal sekiranya semua mata pelajaran aku dapat F9. Masa tu aku berada dalam keadaan hyper tension dan rasa nak bunuh diri shj. Kalau aku bunuh diri, neraka selama-lamanya. Tapi kalau aku gagal SPM – aku boleh ambik SPM lagi, lagi dan lagi ——

    Sbg anak pensyarah, mak tiri cikgu, bapa saudara guru besar, abang dan kakak guru, kakak ipar pun guru, mak sedara pun guru, bapa sedara ustaz – keputusan SPM aku agak memeranjatkan orang lain, tapi aku mmg dah jangka. Aku tidak layak untuk masuk Tingkatan Enam dan tidak layak untuk masuk diploma. Aku merenung masa depan aku yang gelap.

    Tapi mungkin rezeki aku, aku dapat Pra-Diploma – dan itulah kenangan paling indah dalam hidup aku. Andai aku dapat putar waktu, aku ingin kembali ke zaman kampus. Aku dapat abang-abang senior yang tidak membuli aku, tidak seperti aku di Sekolah Menengah : Dibogelkan dan panjang lagi cerita kalau hendak aku coretkan. Kalau ditanya, aku pun tidak pasti masihkah aku punya teruna ??

    1. pharmalif Avatar

      fuuh… sadis gila

  4. sully86 Avatar

    this is not the real measure of a successful person. Its all a lie

  5. Tool Forex Profitz Percuma Avatar

    hmm…agak menarik artikel bro ni…

  6. kak dila Avatar

    tiap kali result SPM keluar tiap kali tu jugak akak telan air liur…..akak tak merasa amik SPM….mesti bestkan sebab masa tu segala ilmu yg ditimba akan dicurahkan diatas kertas2 soalan….tahniah pada yg pernah amik SPM walaupun kantoi…..pada yg berjaya….tahniah kerana usaha anda telah membuahkan hasil…..

  7. T-Shirt Termurah Avatar

    Ayat yg sama setiap tahun..dh mati kutu pikir ayat lain..

  8. Sya Isya Avatar

    tahu pasal julat markah di adjust ni masa Sya belajar Statistik time amik degree dulu. memang setiap tahun pun akan terbaik. takkan nak merosot lak kan. rekod tak bagus tu kalau merosot.

  9. Naziman Avatar

    Setuju sngat2..kalau dulu kat sekolah pun, kami selalu di beritahu oleh cikgu, asl target 80 keatas da tu, boleh da A+..

  10. hisham Avatar

    dulu tak pernah terfikir hal2 begini… tapi setelah bekerja… baru nampak strategi…dia ia dipanggil politik. yes dimana2 ada politik… namun akademik tetap.di hati.

  11. Sara Avatar

    memang betol.. Sedar tak sedar sistem pendidikan pon telah dipolitikkan dari dulu lagi..

  12. hatiputera Avatar

    memang betul bro ariff…..tiap-tiap tahun memang meningkat…tapi tak tahu la kesannya hasil daripada peningkatan itu…

  13. KiD Avatar

    setuju..!! tiap2 tahun keputusan meningkat.. ta kira laaa berapa persen.. :)

  14. samanosuke_04 Avatar

    huhu kalo dapat result spm baik takpelaaa, kesian kat yang dapat result kurang baik, huhu ramai yang frust kat fb.. huhu sepatutnya diorang kene tahu lepas SPM banyak lagi benda lain nak kena hadapi dalam idop nie :)

  15. muazfaris Avatar

    eh, ariff dlu SPM berpa? soalan cepu emas ni, nk tgk ariff jwp ke tak..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      9A

    2. KiD Avatar

      bro, ariff yang power ni ko gi tanya dia.. jauh dia merantau ke Moscow.. =)

  16. Nurul Avatar

    Yup… setuju sangat.. sebab tu ramai pelajar masa ujian percubaan ade yang x de A, tapi bila real exam, ramai plak yang dapat A..

  17. sha Avatar

    bila kita dah habis degree rasa senang je exam matriks
    bila dah habis matriks rasa senang aje exam spm
    bila kita dah habis spm rasa senang aje exam pmr
    bila kita dah habis pmr rasa senang aje exam upsr

    ada sesiapa yg bersetuju tak?

    hehehehe

    if tanya sha, sha setuju..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. mestilah. benda dah lepas

  18. Ahmad Ijat Avatar

    Memang betol tu bro arif..setiap tahun terbaik. Tak pernah lagi dengar keputusan SPM teruk.

  19. DaHLia Avatar

    betul tu :D
    everything will be decided by them.. nak naik ke turun ke, memang mcm tu..huhuh

  20. MyKeyPad Avatar

    Ada betulnya juga ni,sbb aq pmr aq dpt 4A 3B wlaupn aq xsngka2 akn dpt result mcm tu. . .tp rasanya xda mslh jg. . .lg bgs pn sbnrnya. . .

  21. hazman aka species1980 Avatar

    Bro… Inilah yang dikatakan PELARASAN GRED… nak kasi balance….SAMA RATA katannya…… Benda nie dah dipratikkan zaman berzaman kan…..

  22. Lawrence Vision Avatar

    Saya before keputusan ini keluar memang dah agak keputusan SPM mesti gempaq punya, kalau tak mesti pembangkang dapat point nak kritik. Politik punya pasal bangunan sekolah yang sepatutnya dah boleh digunakan tapi kata Guru Besar perasmian bila ada pilihan raya sedangkan bangunan tu dah siap dah.

  23. jeff Avatar

    Nanti mereka yang SPM graduate ni akan berhadapan realiti bila masuk universiti dan keupayaan sebenar mereka bakal diuji.

  24. zul Avatar
    zul

    klau ada pihak2 yg bole sertakn bukti utk entry diatas,mesti lbh menyakinkn

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      hm.. benda macam ni kalau keluarkan bukti kena tahan bawah akta dokumen rahsia. orang yang tau, tau. tapi bukti memang tak akan wujud

      1. shraqs Avatar

        Aku setuju. Cara mudah nak tahu senang jer,.. cuba ingat zaman sekolah2 dulu nak dapat A bukan main susah nak lepas & kadang2 tu memang tak pernah dapat pun sebab rata2 grading di sekolah cukup tinggi sebagai cabaran kepada pelajar. Tapi bila exam awam, tiba2 je dpt A memanjang.
        Grading d sekolah biasanya ditetapkan oleh pentadbir sekolah, jabatan pelajaran guna grading yang lain dan begitu jugalah dengan Kementerian (yang tak pernah dinyatakan pasal grading yg digunapakai)

        PS : info ni dpt dr rakan2 guru yang dikenali.

  25. lAl Avatar

    Sebab tu yg straight A KEBANYAKANNYA suka lupa diri….

  26. Ladfe Amir Avatar

    jika sangkaan sebegitu tepat… ia sememangnya satu perkara yg sepatutnya tidak boleh dilakukan.

    mmg setuju..sepatutnya, markah ujian tu ditunjukkan supaya ianya boleh mendatangkan kesan ‘khas’ yg berlebihan.

  27. Umar Faruq Avatar

    Sangat tak best bila tak tahu berapa markah sebenar kita untuk peperiksaan. Bukan SPM je, UPSR ngan PMR pun same..

  28. akubiomed Avatar

    Semasa menyambung pengajian baru tahu samada boleh survive atau tidak. Tanniah kepada yang lepasan SPM yang berjaya mendapat keputusan dan yang kurang cemerlang jangan putus ada kerana perjalanan anda masih jauh dan boleh berjaya seperti orang lain.

    Saya sendiri mempunyai kawan-kawan yang SPM kurang menyerlah sekarang ini menjadi pensyarah di universiti tempatan dan ada yang mempunyai kerjaya yang hebat-hebat.

  29. azmanisma Avatar

    Result SPM pun boleh dijadikan benteng politik yer hehehe…

  30. AyongQiela Avatar

    Tak hairan la, kalau time before exam SPM, result add math, ramai tak score or fail, but time result SPM, semua power. Siap dapat A lagi tu. Tetiap tahun, range markah untuk dapat A per subject tu tak pernah sama. Dulu cikgu selalu cakap camtu.. Memang every year akan ada lagi terbaik.

  31. Syafiq Лomoтехн Avatar

    satu kritikan mudah.