Skim MyHome Untuk Yang Berkahwin Sahaja?

Kerajaan baru sahaja melancarkan skim MyHome di mana peserta yang layak akan diberikan subsidi RM30,000 untuk pembelian rumah kos rendah mereka. Namun begitu, belum ada lagi perincian tentang kelayakan untuk menyertai skim ini kecuali syarat pendapatan hendaklah kurang daripada RM3,000.

Selain itu, pembeli rumah di bawah skim ini tidak boleh menjual rumah tersebut dalam tempoh masa 10 tahun daripada ketika ianya dibeli. Syarat yang sama digunapakai untuk pembeli rumah PR1MA.

Subsidi sehingga RM30,000 untuk rumah kos rendah ni memang banyak. Biasanya harga rumah kos rendah baru adalah dalam lingkungan RM40,000 – RM100,000. Namun begitu, kita tak tahulah berapa sebenarnya subsidi akan diberikan, mungkin ada lagi kelayakan untuk mendapatkan subsidi maksimum RM30,000 tu.

Dan pembeli hanya boleh membeli rumah kos rendah sahaja. Bila bercakap tentang rumah kos rendah, tau-tau jelah faktor lokasi rumah tersebut.Susah nak jumpa kat tempat yang ok, lengkap dengan pengangkutan awam.

rumah-kos-rendah-myhome

Satu lagi persoalan yang perlu ditanya, yang belum berkahwin layak ke apply untuk skim ni? Macam kat Singapore, mereka yang single hanya boleh membeli rumah bersubsidi daripada kerajaan sekiranya berumur 35 tahun dan ke atas.

Sebenarnya skim ni tiru Singapore punya skim. Cuma kat sana, pasangan yang layak mempunyai pendapatan isi rumah S$10,000 dan ke bawah. Jauh beza. Sepatutnya dah lama mereka tiru skim ni supaya lebih ramai mampu memiliki rumah sendiri.

Yang dah berkahwin dan dah beli rumah kos rendah boleh ke claim RM30,000 daripada skim ni nanti? Dapat duit tu boleh tambah rumah lagi satu. hehe

Apa-apa pun, semoga objektif untuk meringankan beban pemilikan rumah bagi rakyat yang berpendapatan rendah tercapai melalui skim ini.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

2 Comments