Skema Pemarkahan Contest Gadget Impian

Daripada apa yang saya lihat, penganjur menganjurkan pertandingan ini untuk:

  1. Menggalakkan blogger menggunakan Google+ kerana butang +1 mempunyai pemberat dalam Google Search. Nama pun produk Google, jadi tak hairanlah mereka memberi kelebihan kepada pengguna produk mereka.
  2. Menggalakkan blogger memberi semula dan bertepatan dengan tagline penganjur utama (Denaihati) – Hidupkan Untuk Memberi. Contohnya, kalau tak pernah buat giveaway, maka ada yang keluar modal sikit untuk buat giveaway.
  3. Mengeratkan hubungan sesama blogger sebab pastinya para peserta paling minimum pun akan kenal dua tiga blog baru yang turut serta dalam contest ini. Saya telah habiskan 2 malam untuk melawat setiap blog yang ada dalam senarai akhir peserta contest. Terima kasih kepada yang membuat lawatan balas.
  4. Menggalakkan blogger menghasilkan sendiri formula atau cara untuk mendapatkan social votes (paling susah adalah Twitter dan Facebook). Bila dilakukan dengan cara yang sah, maka blogger dapat memahami dengan lebih baik konsep social media.
  5. Sebagai hadiah kepada blogger Malaysia yang menyertai.

Jadi bagaimana dengan sistem pemarkahan? Maklumat daripada entri Gadjet Impian Pilihan Hati memang tak cukup dan masih samar-samar.

Pada pendapat saya, berkemungkinan besar sistem pemberat akan digunakan dalam mengira markah perserta nanti. Alah, macam nak kira CGPA dulu la. Benda yang senang dapat pemberat kecil, benda yang susah dapat pemberat besar. Contohnya:

[table id=6 /]

Semua orang tau, bila dah ada button Facebook share tu setiap kali entri tersebut di share di mana-mana (atau dalam bahasa mudah, di-ping) dalam Facebook, angka Like pun akan bertambah.

Jadi sangat mudah sebenarnya nak dapat beribu-ribu Like sebab dah ada berpuluh-puluh group dan page Facebook yang dikhaskan untuk ping entri. Pada pendapat saya, ini adalah manipulasi sistem dan bukan markah social media yang manusia betul-betul baca dan Like, jadi pemberat untuk Facebook adalah paling rendah.

Komen adalah sebuah satu lagi sistem yang boleh dimanipulasikan atau disalah guna. Ruang komen dah jadi macam tempat chatting semata-mata untuk menambahkan point contest.

Saya pun mengaku ada berbuat demikian dan demi mengurangkan bualan kosong, saya jemput blogger lain untuk tinggalkan komen dan saya balas komen mereka dengan tips dan review pendek tentang blog mereka. Sekurang-kurangnya, ada manfaat di situ daripada sekadar bualan kosong. Sama kes macam Facebook Like, pemberat untuk markah social daripada komen pun perlulah rendah.

social crm

ReTweet dan +1 menceritakan kisah yang sangat berbeza. Disebabkan kedua-dua ini adalah paling susah untuk dapat, maka pemberat yang besar layak untuk kedua-dua elemen ini. Tengoklah sendiri, ada Like sampai 2k, tapi +1 tak sampai 50. 40 kali ganda daripada nilai tersebut, 40 kali ganda lebih susah.

Dan memang susah sebenarnya nak dapat +1. Saya boleh ceritakan sendiri kisah satu persatu bagaimana saya dapat +1 tu. Namun, cerita tu nanti lepas tamat peringkat pertama ni. Rahsia besar tu…

Ini hanyalah teori saya. Kalau saya jadi penganjur, ini yang saya akan gunakan. Of course, bagi yang menggunakan plugin waktu solat confirm dapat extra point. Sebelum ni tak guna sebab tak bertepatan dengan design blog saya, tapi sebab nak masuk peringkat kedua punya pasal, saya pasang. hehehe.. Kena faham, terlalu banyak masa dihabiskan untuk memantapkan design blog ni dan optimize blog jadi laju.

Juga sila pastikan link yang anda copy terus daripada blog Denaihati tu bukan nofollow. Kalau kasi link nofollow pada penganjur macam tak wajar pulak kan? Hadiah dah la lumayan, hadiah impian la katakan.. Sila periksa link anda.

Apa-apa pun, terima kasih kepada yang menyokong. Tanpa sokongan rakan dan pembaca semua, mustahil nak dapat social point yang saya telah kumpulkan sekarang. Harap dapatlah meneruskan misi mendapatkan hadiah tamat belajar di peringkat kedua contest ini.

Kepada yang ingin membantu sehingga ke saat akhir, teruskan ke entri ini dan tolonglah post kat wall Facebook ajak sesiapa masuk dan Like, RT, komen & +1.

47 Comments

  • cikpuanhady

    15 December, 2011 at 5:08 am

    juga sila pastikan link yang anda copy terus daripada blog Denaihati tu bukan nofollow. Kalau kasi link nofollow pada penganjur macam tak wajar pulak kan? >> tak faham tang ayat ni..

  • wazy

    11 December, 2011 at 1:35 pm

    Ada baiknya memasang button fblike ,retweet dan G+ ni,secara tidak langsung mendedahkan kepentingan button-button tersebut,selamat berjaya untuk semua peserta contest ni.

  • JAI

    11 December, 2011 at 1:47 am

    Pada pandangan gua, ia lebih kepada pembelajaran. Dari awal lagi nawaitu gua masuk kontest ni sekadar ingin belajar dan cuba memahami apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh penganjur. Jelas sekali ia mengajak para peserta mengoptimakan kelebihan yang ada pada setiap arahan yang diberikan. Cth Retweet, Like, Google+ dsbnya. Dari tak reti nak letak Google+ dan tahu macamana nak buat.

    Dari Skema pengiraan markah gua rasa dari entri bro gua memang setuju. Tapi ada beberapa perkara yang gua kurang pasti terutama yang menggunakan commentluv. Adakah Komen pemilik blog juga akan dikira?

    Memang Dasyat dan gerun gua lihat sesetengah blog boleh memperolehi komen sehingga ribuan. Tapi gua tak kisah sebab ia menampakkan usaha pemilik blog itu sendiri (Kerajinan mempromo entri masing2).

    Bagi gua mungkin kontest kali ini agak sukar untuk dimenangi namun gua percaya dari kekalahanlah kita belajar untuk menang. Apa-apapun All the best bro semoga berjaya (kalo tak berjaya gak..meh..meh..kita mintak penganjur sponser gajet idaman kat kita amacam..wakakaka)

    • myvitrd

      11 December, 2011 at 2:42 am

      kita senasiblah jejai.. komen dengan share FB ponboleh bilang dengan jari jika dibandingkan dgn org lain yg riban2 tu.. tapi aku taknak menyerah kalah.. waaupun hakikatnya memang takda harapan nak menang

    • Ariff

      11 December, 2011 at 4:17 am

      Kalau ikutkan semangat contest ni, peserta yang dapat imbangkan markah social dialah yang paling power. Tak berat pada satu bahagian je. Aku nak sangat tengok peringkat kedua nanti, tugasan peserta diorang kena cerita balik satu persatu mana diorang dapat markah social feed banyak-banyak. Peserta yang ada perincian terbaik dan terpaling jujur akan terpilih ke peringkat seterusnya. haaa…. lagi gerun dan lagi banyak dapat diajar kepada blogger lain dan dapat belajar sesama blogger. Barulah contest ni makin banyak manfaatnya dan bukan sekadar kejar hadiah.

      Tapi kalau penganjur nak sponsor terus hadiah gadget idaman kita, best gak kan..

  • kakyong

    11 December, 2011 at 12:53 am

    memang susah nak dpt kan org RT & like FB.. nak dpt +1 lagi lah susah..

    apa2 pun, dpt lah belajar cara untuk mengoptimizekan sharing/social button tu… x mampu dah nak kejor komen ribu2.. ratus2 pun payah hehee..

  • syahrilhafiz

    10 December, 2011 at 11:11 pm

    haha aku dah tak kisah semua tu, sebab apa yang aku tengok sepanjang contest ni berlangsung, nak dapatkan Like, tweet & G +
    1. Blogger sanggup sewa fanpage hanya sekadar nak naikkan like dia dan termasuk sekali automatik page dia turut bertambah Like
    2.bila nak dapatkan tweet pulak, suka cara zuleffort sebab buat contest tweet-tweet, tu pun salah satu usaha diorang nak naikkan bilangan retweet dalam blog.
    3. tang Google + aku failed sikit, sebab satu orang boleh satu klik je, so aku rasa pemberatnya google + ni lebih banyak..
    jadi tak kisah lah kalau penganjur kali ni cuba ikut skema permarkahan yg bro bagi, sebab aku rasa ada baiknya entri ni..

    dan satu lagi..serius betul apa blogger yang sebelum ni komen.. blog ko rasa berat la bila scroll guna google chrome, tu pelik tu, sebab scroll blog aku 2011 ok jeh..cuba tengok apa yang patut difixed kan balik :)

  • lin azlina

    10 December, 2011 at 1:14 pm

    saya antara peserta contest…mmg byk faedah menyertai contest tu..byk perkara dipelajari. Biarpun gadget impian dah malap…teruskan sokongan untuk peserta yang lain..

  • firdaus

    10 December, 2011 at 10:52 am

    good luck untuk peserta…

    —–
    susah betul nk scroll down blog ni guna g chrome ..
    rasanya background attachment tu takpayah buat fixed kott..

  • yangbaik

    10 December, 2011 at 8:21 am

    yangbaik tak dapat jadi peserta, tetapi sedang cuba memahami contest itu… dan tak lupa juga sokongan kepada rakan blogger.. teruskan perjuangan…semoga berjaya

  • anastasyea

    10 December, 2011 at 5:48 am

    Memang ada kekurangan sekiranya menggunakan item2 ini sebagai mata permarkahan. Aku pun pernah terfikir dulu tapi dah penganjur nak memilih cara ini. aku ikut je. Sekurang2nya boleh belajar mcm mana nak promote button sosial network ni =)