Singapura

Hujung minggu. Entri santai jelah. Hari ni adalah hari yang memenatkan. Esok, event Sepetang Bersama Blogger. Isnin, outstation ke Kemboja selama empat hari. Jumaat baru free balik. Yes, minggu depan memang busy.

DSC_7698Tinggal di Siloso Beach Resort di Pulau Sentosa. Ada waterfall kat sini. Eco resort. Memang tenang, aman damai.

DSC_7722

Marina Bay Sands kat belakang tu. Pada asalnya nak buat dua je bangunan, tapi tak bagus untuk fen shui katanya. Jadi dibuat tiga. Yang kat atas tu melambangkan kapal (kalau korang tak faham lagi apa sebenarnya atas tu)

DSC_7734

Singapore Flyer. Eye on Malaysia mana??? Malaysia Boleh betulla..

DSC_7760

Singapore Flyer. Sampai atas dah..

DSC_7770

Berhenti solat di Masjid Sultan. Insya Allah ya akhi..

DSC_7774

Masjid Sultan adalah antara masjid yang terpenting di Singapura. Dibina pada tahun 1819.

DSC_7789

Rooftop garden di Orchard Street. Suka konsep rooftop garden ni dan memang banyak sebenarnya di Singapura. Nothing much can be seen atas ni except hutan batu.

DSC_7805

Jalan-jalan explore pulau Sentosa. Unfortunately cuaca tak mengizinkan untuk masuk ke Universal Studios Singapore :(

DSC_7808

Pandangan ke arah selatan bahagian paling selatan. Pulau kecik tu mungkin kepulauan Batam. Entah la..

DSC_7810

Nah kau peta.

Ok. Mengantuk. Tak larat nak tulis panjang-panjang. Apa-apa pun, kepada yang akan hadir ke majlis Sepetang Bersama Blogger esok, jumpa di sana ya! Agak berdebar sebab esok saya pun akan berada di depan untuk menyampaikan ebook SEO Untuk Semua kepada peserta seminar. Wish me luck!

Comments

  1. says

    Apasal font untuk entri ni nampak menggigil-gigil?? Ini mesti tukang tulis entri ni tengah menggigil nak bagi speech esok.. Gud luck Bro. Moga-moga banyak la soalan yang peserta akan tanya lu esok..hahaha.

    • Ariff says

      Haha.. ingatkan apa la tadi. Takpe. Boleh punya. Soalan tak kisah, jgn diorg diam xfaham sudah