Simpan Bitcoin Sebagai Pelaburan – Pendapat Saya

Kalau tengok Bitcoin sekarang ni memang luar biasa kenaikan dia. Ada yang dah cakap Bitcoin akan naik sehingga $50,000 dalam masa dua tahun. Dalam seminggu ni, Bitcoin naik dari $11,000 sehingga ke paras tertinggi $18,000 hari ni dengan kadar kenaikan hampir 80%.

Sebelum bermula, saya nak highlight keyword penting entri ni iaitu simpan bitcoin sebagai pelaburan. Jadi entri ni takde kaitan dengan apa-apa selain daripada simpan bitcoin/cryptocurrency secara amnya. Ini penting sebab saya ada dengar-dengar tentang pelbagai skim pelaburan yang kononnya berasaskan bitcoin atau menggunakan nama bitcoin di luar sana. Entri ni takde kaitan dengan pelaburan dalam skim-skim seumpamanya.

Bitcoin. Saya tengok carta pun takut sebab banyak lagi yang saya tak tahu pasal Bitcoin. Walaupun saya merasakan Bitcoin akan naik lagi, tapi saya masih mengelak daripada menyimpan Bitcoin sebagai pelaburan.

Sebenarnya macam ni, bila sebut sahaja pelaburan anda kena faham yang rugi itu satu kepastian. Ulang 100x benda ni dalam minda anda sebelum terlibat dalam apa-apa pelaburan sekalipun.

Dalam pelaburan ada risiko atau benda yang kita tak pasti akan berlaku. Risiko ni terlalu banyak dan lain pelaburan, lain risikonya. Dengan mengambil tahu semua faktor yang mempengaruhi prestasi sesuatu pelaburan dan mengambil keputusan untuk meletakkan wang anda dalam pelaburan tersebut berdasarkan maklumat tadi dapat mengurangkan risiko pelaburan.

Pelaburan berisiko tinggi tak semestinya menjanjikan pulangan yang tinggi. Sama je dalam apa-apa pelaburan pun sebenarnya sebab end result adalah untuk buat duit.

Dalam hal Bitcoin, terlalu banyak yang tak diketahui lagi sekarang. Contohnya, Bitcoin terkenal sebagai selamat sebab semua transaksi yang berlaku tidak boleh diubah. Jadi kalau macam tu, kenapa Bitcoin yang dicuri tak boleh dikembalikan kepada pemilik asalnya kalau semua transaksi tersebut boleh dikesan (traceable)?

Walaupun begitu, saya masih melihat ada potensi besar dalam cryptocurrency berdasarkan reaksi sekarang. Kalaulah saya betul-betul ada duit lebih yang saya tak kisah pun kalau hangus untuk dilaburkan dalam crypto ni semua. Jadi kalau anda tak kisah dengan amaun duit yang nak dilaburkan tu hangus, boleh terus invest dalam cryptocurrency ni.

Saya nak tengok Bitcoin jatuh dulu dalam skala besar dan lihat bagaimana reaksi pasaran terhadapnya, barulah decide nak melabur dalam bitcoin ataupun tidak. Saya masih ada pasaran saham sebagai instrumen pelaburan yang memang lagi kurang pening nak fikir selain lagi senang nak dapat balik duit saya kalau diperlukan.

Sebenarnya tak perlu pun jump into everything dalam hidup. Kalau dah jumpa sesuatu yang boleh ngam dengan kita, just stick to it.

Kepada yang dah masuk awal dan dah buat duit, tahniah. Mungkin boleh share something pada bahagian komen untuk manfaat saya dan pembaca lain. Kepada yang belum, ada peluang lagi. Cuma fahamkan betul-betul risikonya. Pastikan duit yang nak dilaburkan tu adalah duit hangus dan bukan duit simpanan untuk keperluan lain.

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

11 Comments

  • mamat hensem

    3 January, 2018 at 11:51 pm

    kenapa Bitcoin yang dicuri tak boleh dikembalikan kepada pemilik asalnya kalau semua transaksi tersebut boleh dikesan

    sebab bitcoin tu dah pecah/gabung dan keluar masuk banyak wallet.

    A curi RM10, dia bagi B & C RM5. B bagi D RM2 dan E RM3, C bagi F RM1, G RM1, …… pusing2 ke ramai orang, duit RM10 tu pecah2 sekejap ada 10xRM1 lepas tu 100x 10 sen…. entah berapa ribu kali pusing, pecah/gabung balik, sapa boleh trace? wallet tu pulak anonymous (walaupun seorang jer tuan dia)

    each transaction validated dlm sejam, kalau dia boleh pecah 100, dlm 24 jam dia dah buat 2400 transaction,. itu kalau 100. kalau dia curi 1 coin busuk2 dia akan pecah bitcent (10) kalau dia curi 1000 coin dan buat transaction dlm microbit? ada 70 juta transaction (first level) nak trace.

    ada cukup komputer power ka?

  • JMR

    14 December, 2017 at 5:35 pm

    Mampu memerhati harga Bitcoin mendaki dengan pantas. Nak masuk, bak kata tuan, tak tahu risikonya macam mana. Cuma masih tertanya-tanya, apa lak ‘mining bitcoin’ ?

  • denaihati

    14 December, 2017 at 3:42 am

    Dua tahun lepas saya beli dan jual bitcoin tapi apabila harga dah sangat tinggi saya tak berani sebab risikonya sangat tinggi. untuk menguruskan masalah ini maka saya berubah arah kepada melombong bitcoin dan ethereum. dapat sikit setiap hari sebab mesin tak banyak tapi tak risau pada naik turun harga. kalau harga mahal makna untung lebih kalau harga murah untung sikit.

  • usry

    11 December, 2017 at 10:49 am

    Saya terasa juga menyesal sebab tak joint. RM4000 je pun masa mula diperkenalkan dua tahun lepas oleh kawan saya.
    Tak pe, mungkin ada rezeki lain kot tuhan nak bagi.

    • Ariff

      11 December, 2017 at 10:56 am

      Kaya dah kawan tu agaknya. Takpe. Dalam investment kalau nak cerita bab ‘kalau’ ni memang sakit hati. Learn from the missed opportunity and be ready for the next one

  • myvitrd

    9 December, 2017 at 11:29 am

    Setiap pelaburan ada risikonya.. setuju dengan tuan kalau ada duit lebih dan bersedia untuk dileburkan boleh cuba melabur dalam bitcoin.. 6hb lepas sejumlah USD65 juta nila bitcoin telah dicuri dan menyebabkan ramai penyimpan bitcoin kehilangan bitcoin.. lebih 4k BTC dicuri dalam satu malam oleh hackers..