Sijil Penyertaan Hari Belia Negara 2010

Sijil penyertaan Hari Belia Negara 2010 telah selamat sampai kat rumah aku siang tadi. Baru je terlintas nak tanya pihak Information Technology Youth Movement (ITYM) pasal sijil ni. Terima kasih diucapkan. hehe.. tak pergi Hari Belia Negara hari tu pun boleh dapat sijil. Pada masa tu aku masih di Moscow. Sekali lagi, terima kasih kerana memilih blog.ariff sebagai pemenang. Kejayaan macam ni sangat-sangat mendorong untuk aku berusaha dengan lebih keras memajukan blog ni.

ITYM juga ada menyelitkan poskad untuk sambutan Hari Belia Negara 2011 yang akan diadakan pada 15 Mei 2011. Mereka bercadang untuk mengumpulakan seramai 10 RIBU BLOGGER untuk menyambut Hari Belia Negara 2011. wow.. Itu satu target yang memang besar untuk dicapai. Geng Blogger pun rasanya ada 9000+ keahlian sekarang, so mungkin pihak ITYM boleh bekerjasama dengan pihak Geng Blogger nanti. Atau lebih best, buat gathering Geng Blogger masa Hari Belia Negara 2011 sebagai menyokong sambutan tersebut. Oh.. 5000 blogger pakai tshirt Geng Blogger datang Putrajaya. wow!! Kalaulah boleh buat macam tu. Memang bersejarah la..

Apa-apa pun insya allah kalau poskad tu tak hilang, nanti sampailah poskad tu dari Moscow. Korang cari-cari la poskad aku nanti ye :D Orang Moscow rasanya aku sorang je yang ada poskad ni. hehe..

Semoga sambutan Hari Belia Negara 2011 menjadi sebuah lagi cerita kejayaan dan semoga blogger kita ni turun padang ramai-ramai. Kalau ada yang nak sponsor tiket aku, confirm aku akan datang.

***

blog.ariff’s premium sponsor July 2010:

By Ariff

Blogger yang juga seorang engineer atau engineer yang juga seorang blogger. Graduan Universiti Penerbangan Moscow, Russia. Bukan Russian spy.

30 comments

  1. kalau join dapat sijil ke?
    ingat yang menang je dapat sijil…lansung x alert..haha,ada join untuk kontest IYTM….

  2. wahhh…x sangka ada benda2 mcm ni…huhu…mtk2 la de rezeki nk g nanti…huhuhu

  3. Kalau betul seperti yang ko cakap tu Ariff. Masa tu aku sanggup terbang dari Sarawak ke sana semata2 nak join. Hahaha…~ Ko pon datang la. Nak tangkap gambar dengan ko. :D

  4. guwa nak p jugak kalau masih pnjg umur…mna tau wktu tu guwa dah berada di tahap ariff sekarang…guwa berblogging bukan men2 tau…guwa serius..kihkihkih

    1. bagus2. mulakan dari awal. Kalau minat berblogging ni, ikut cara yang betul memang boleh maju

Comments are closed.